JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Monday, July 20, 2009

Isra' dan Mi'raj

Para Imam hadis meriwayatkan secara terperinci mengenai peristiwa ini. Berikut saya paparkan secara ringkas berkenaan peristiwa tersebut.

Ibnu Qayyim berkata,” Menurut riwayat yang soheh, Rasulullah s.a.w diisra’kan dengan jasadnya dari masjidil Haram ke Baitul Maqdis dengan menaiki Buraq. Dalam perjalanan itu baginda di temani Jibril lalu turun disana dan sembahyang mengimami para nabi yang lain. Semantara itu, Buraq diikat dengan tali pada pintu masjid.

Pada malam itu juga, dari Baitul Maqdis baginda dibawa naik ke langit dunia bersama Jibril. Jibril meminta izin agar dibukakan pintu langit, lalu terbukalah pintu langit untuk Rasulullah. disana Baginda dapat melihat Nabi adam iaitu bapa bagi sekalian manusia. kedatangan baginda dengan menjawab salam dan Adam pun menyambut kedatangan Baginda dengan menjawab salam dan menetapkan nubuwah Baginda s.a.w allah juga telah memperlihatkan roh orang-orang yang mati syahidada disebelah kanan dan roh orang-orang yang sengsara di sebelah kiri.

kemudian Rasulullah s.a.w dibawa lagi naik ke langit kedua. Jibril meminta izin bagi pihak baginda. setelah dibukakan langit. baginda melihat nabi Yahya dan isa disana. Setelah berjumpa dengan mereka, Baginda mengucapkan salam lalu mereka menjawabnya dan menyambut kedatangan mereka menetapkan nubuwah baginda s.a.w

selepas itu baginda naik pula ke langit ketiga. Disana Baginda s.a.wdapat melihat Nabi Yusuf. Apabila bertemu dengannya, baginda pun mengucapkan salam dan Yusuf menjawab, menyambut serta menetapkan nubuwah Baginda s.a.w.

kemudian baginda naik lagi ke langit ke-4 lalu bertemu dengan Nabi Idris dan baginda mengucapkan salam serta menetapkan nubuwah Bagida s.a.w.

Kemudian Baginda naik pula ke langit 5 dan berjumpa dengan nabi Harun dan langit ke 6. perkara yang sama dilakukan oleh nabi harun dan musa seperti nabi-nabi yang lain.

ketika baginda hendak pergi meninggalkan nabi Musa, secara tiba-tiba nabi Musa pun menangis. Lalu baginda bertanya mengapa nabi Musa menangis. Lalu Musa menjawab ” Aku menangis kerana aa seorang pemuda yang diutus sesudahku, yang masuk ke syurga bersama umatnya dan yang lebih banyak daripada umatku yang masuk kesana”.

kemudian baginda s.a.w dibawa seterusnya baginda naik ke langit ke tujuh dan bertemu nabi Ibrahi. selepas mengucapkan salam dan menetapkan nubuwahnya baginda dibawa ke Sidratul muntaha, lalu naik lagi ke Bait ma’mur. kemudian dibawa naik lagi untuk menghadap Allah Yang maha Perkasa dan dapat dekat pula dengan-Nya hingga jaraknya tinggal sepanjang dua hujung busur atau lebih dekat lagi. Kemudian allah s.w.t mewahyukan apa yang diwahyukan kepada hamba-Nya. Allah s.w.t telah mewajibkam kepada Baginda s.a.w sembahyang lima puluh kali. Setelah mendapat perintah itu, Baginda pun turun lalu bertemu dengan nabi Musa.

” Apa yang telah diperintahkan Allah kepadamu?” tanya nabi Musa.” Aku telah diperintahkan supaya sembahyang 50 puluh kali dalam sehari,” jawab baginda s.a.w.

” sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup melakukanya. kembalilah menemui tuhan mu dan mintalah keringanan daripada Nya untuk umatmu,” kata Nabi Musa a.s.

mendengarkan kata-kata Nabi Musa, baginda memandang ke Jibril untuk meminta pendapatnya. maka Jibril menisyaratkan dengan berkata,” Itu benar, jika memang engkau menghendakinya.”

Bersama Jibril, Baginda bnaik emula menghadap Allah Yang Maha Perkasa, yang tetap berada di tempat-Nya. Begitulah yang disebutkan dalam riwayat Al-Bukhary. Baginda s.a.w berkeadaan sedemikian sehinggalah jumlah sembahyang itu dikurangkan menjadi sepuluh kali dalam sehari. kemudian baginda turun lalu bertemu sekalii lagi dengan nabi musa dan menyampaikan khabar kepadanya.

” Kembalilah lagi bertemu dengan tuhanmu dan mintalah keringanan kepadanya”,kata nabi Musa lagi. dan sekali lagi baginda menemui Allah s.w.t sehingga sembahyang ditetapkan lima kali sehari. sebenarnya nabi musa menyuruh baginda menemui Allah sekali lagi untuk meminta keringanan sekali lagi namun perkara itun tdak dilakukan oleh baginda kerana malu kepada Allah dan baginda redha menerimanya.

Setelah beberapa saat, ada seruan yang terdengar ” kewajipannay dari-ku telah Ku tetapkan dan telah ku ringankan bagi hamba ku”

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah s.a.w juga terjadi lagi pada kali ini. Dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj, banyak peristiwa yang terjadi di dalamnya. Antaranya baginda ditawari susu dan arak, lalu baginda memilih susu. lalu dikatakan kepada baginda,” Engkau telah dianugerahi fitrah atau engkau telah mendapat fitrah. Jika engkau mengambil khamr, bererti engkau menyesatkan umatmu senderi.

Baginda juga ada melihat empat batang sungai di syurga. Dua batang sungai dapat dilihat manakala dua batang sungai yang lain tidak dapat dilihat. Dua batang sungai yang dapat dilihat itu adalah Sungai Nil dan Sungai Eufrat. Dengan kata lain, risalah Baginda akan menempati daerah yang subur iaitu di antara Sungai Nil dan Sungai Eufrat…

Sumber : hafizdasar.com

1 comment:

ieda said...

huhuh bagus sgt info nieh .. akak pun tgh puasa nie .. alhamdulillah masuk hari nie dah 4 ari puasa didalam bulan rejab nie ..

insyaallah

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.