JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Monday, January 3, 2011

Tips Kurangkan Garam Dalam Makanan


Gunakan Sedikit Garam dan Pilih Makanan Rendah Garam

1. Rakyat Malaysia mengambil lebih garam dan sodium daripada yang di perlukan.

2. Peningkatan pengambilan makanan di luar (seperti makanan segera) secara tidak langsung boleh meningkatkan pengambilan garam sehari.

3. Pengambilan makanan terproses dan makanan dalam tin yang mengandungi kandungan garam yang tinggi juga juga meningkat. Adalah penting untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk memilih makanan rendah garam.

4. Walaupun pengurangan pengambilan garam adalah sukar diterima oleh sesetengah individu tetapi rasa masin itu secara perlahan-lahan akan dapat diatasi.

5. Gunakan rempah, herba, jus lemon atau cuka untuk meningkatkan rasa dalam makanan
Sodium dalam makanan boleh didapati secara semulajadi dalam makanan atau boleh ditambah semasa proses memasak contohnya Monosodium Glutamat(perasa tambahan) di mana bahan ini adalah tinggi garam.

6. Sodium adalah mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Keperluan garam bagi orang dewasa ialah 500mg sehari

7. Berhati-hati dengan garam yang tersembunyi dalam sesetengah makanan seperti sos, majerin, mentega dan makanan terproses (hotdog, burger, salami, bacon)


Fungsi Sodium :

1. Untuk keseimbangkan cecair dalam badan

2. Mengekalkan keseimbangan asid

3. Penyebaran inpulse saraf

4. Fungsi membran sel dan aktiviti otot

5. Penyerapan dan pengangkutan sesetengah nutrien


Tips Untuk Mengurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan

1. Ambil lebih buah-buahan segar, sayuran segar, daging dan bijirin

2. Hadkan pengambilan makanan tinggi garam dan makanan segera

3. Gunakan rempah dan herba untuk memberi perisa kepada makanan

4. Gunakan hanya sedikit garam dalam masakan dan elakkan tambahan garam semasa makan

5. Berusaha untuk menikmati makanan tanpa garam

6. Baca label kandungan makanan untuk menentukan jumlah garam yang terdapat dalam makanan terproses dan juga snek.

Sumber : My Health Portal

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.