JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Monday, April 6, 2009

Bila Nak Bersukan??Tunggu Gemuk??

Written by En Berudu Chumel
Thursday, 13 November 2008 23:40

Duduk di tengah bandar besar macam Kuala Lumpur ini. Sentiasa buat life penghuni nya hidup dalam keadaan cepat, pantas dan kalut. Pagi pergi kerja , petang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan malam terus dah terbongkang depan tv. Jika hidup bujang, ok la lagi. But jika dah ada pasangan or anak , maka terpaksa la sambung stress kerja dari office ke rumah plak. So jika dilihat balik. Ada ke masanya nak bersukan ??

Ermmm , udu tengok kat kota nie. Budaya bersukan tu ada. Ramai lagi insan yang masih sudi untuk mengunakan kemudahan-kemudahan sukan awam yang disediakan. Tapi jika dilihat dan direnung-renung. Perasan tak ?? orang yang berlari di trek jogging di taman tasik titiwangsa dan taman-taman yang sewaktu denganya, tidaklah seramai kelompok manusia di KLCC Shopping Complex.

Yeah , kebanyakan rakyat malaysia di kota ini ,memang suka berjalan berbatu-batu untuk window shopping. Buang masa berjam-jam lepak kopitiam dan mamak. Tapi akan cepat semput jika nak berlari non-stop 15 minit. Udu nak tegaskan kat sini budaya kesukanan itu ada , wujud dan tak ia ianya pupus macam dinosour. Tapi ianya tak boleh nak dibanggakan sangat.

Kenapa warga kita ini, amat payah nak bersukan ??

First kita tengok dari segi budaya. Sebab dari budaya itu la yang membentuk bangsa. Macam udu ini. Asal dari kampung yang jauh dari pendalaman. Orang Melayu yang berfikiran old school , biasanya akan berfikiran kolot sket dalam bab-bab sukan nie. Jika anak nak pergi bersukan ada banyak pantang dan larang yang kene ikut.

Jika anak tu nak pergi main bola. Selalu la membebel si emak pada anak ; Jangan main bola sampai senja nak kene sorok hantu !!! Jika balik selepas senja , nanti setan ikut !! dan seribu satu lagi momokan yang tiada henti. Si anak pergi la bermain bola dengan set pemikiran yang penuh dengan kekusutan. Udu jarang la dengar ada mak bapak yang jerit kat si anak " Pergi main bola elok-elok..berlatih sungguh-sungguh". So bila si anak dah besar, hasrat dan minat terhadap bola or sukan itu lenyap begitu saja.

Huik , mungkin akan ada yang gelak or cam x-percaya. Ini kes benar. Macam udu nie. Until now fobia sket nak pakai seluar pendek if nak bersukan. My mom cukup x-suka if udu pakai seluar pendek sampai nampak lutut. Ye aurat , udu faham. tapi macam lelaki kira ok la lagi kan.

Jika anak pompuan lagi payah. Haruslah satu kampung mengata jika berani-berani nak terlompat sana sini untuk bersukan. If tergediks sket , sure ada makcik mulut kompang akan jadi reporter mengata. " Anak sapa la yang terponggeng-ponggeng main netball tu ?". But itulah mentaliti orang desa. Dah tu makcik kompang zaman dia dulu mana ada paintball .Yang ada congkak jerk. So bila zaman melalui perubahan , perubahan itu akan menerima kesukaran or tentangan sedikit.

Macam udu kat school dulu. If pompuan tu aktif dalam bidang sukan , sure la kene cop sebagai Tom boy or Pengkid. Huik , if hari-hari kene ejek macam tu , mana la x-pudar semangat. Lama-lama gaya kesukanan itu hanya jadi satu aktiviti untuk memenuhkan jadual pembelajaran, dan dapat cipta nama sket kat sekolah.

Itu la sebab bila udu tengok-tengok balik , masa udu kat sekolah dulu. Ada ramai kawan-kawan yang berbakat di dalam bidang sukan yang boleh diketengahkan , tapi last-last semuanya hilang entah kemana. Sokongan dari mak bapak memang tiada. Jadi lepas sekolah. Sama ada continue life kerja operator kilang. Lepas 4-5 tahun badan pun dah sama besar dengan bus kilang. Macam ner tu ??

If kat kota kuala lumpur nie jangan cakap la. Jika ada 10 orang kawan. Kawan yang ke-11 jerk la boleh diajak untuk bersukan. Alasannya ialah sibuk , penat dengan kerja dan tiada masa. Tapi yang pelik tu, jika diajak duduk menggeteh kat mamak sampai 3-4 pagi , ada plak stamina .Tapi ada yang betul nya. Sebab life style kat kota nie yang membuatkan orang malas nak bersukan.Kerja sehari suntuk , balik dah penat ..si bila lar ada lagi masa nak bersukan bagai. So better balik , makan dan tido. So bila dah macam nie gaya hidup, secara x-sedar kita transform jadi masyarakat yang obesiti.

Gaya hidup memang x-sihat jika kita x-bersukan. Ala dapat berjog 30 minit dalam 3 kali seminggu pun dah kira okiess la kan.

Udu tertarik bila melihat satu perangkaan yang menunjukan , mereka yang bersifat obesiti di malaysia merupakan 4.7% lelaki dan 7.7% daripada wanita. Jika dipecahkan mengikut etnik, 16.5% kaum India adalah obes berbanding kaum Melayu dan kaum Cina iaitu masing2 8.6% & 4.3%.

perbezaan juga dikaji dari sudut pensempadanan bandar & luar bandar. lelaki bandar adalah 5.6% lebih obes daripada lelaki luar bandar yang mana peratusannya adalah 1.8%. manakala wanita bandar adalah 8.8% lebih obes daripada wanita luar bandar yang hanya merangkumi 2.6% sahaja daripada populasi.

*sumber: Ismail MN, Zawiah H, Chee SS, Ng KK. Prevalence of obesity and chronic energy deficiency (CED) in adult Malaysians. Mal J Nutr 1995; 1: 1-9.

Dan kajian ini dibuat pada tahun 1995 . Now ?? udu x-cheak lagi. Tapi 4 sure pasti ada peningkatan. Udah tu , Restauran makanan segera mati makin bertambah, dan dah macam cendawan tumbuh. Mana la makin x-gemuk orang. Sekarang lagi la...bukak 24jam...drive through lagi kann??

Obesiti ini dah la merupakan punca kepada penyakit . Ia akan bersangkut paut dengan penyakit diabetis, jantung, kegagalan sistem kardiovaskular dsb. Pelbagai kertas kajian & penyelidikan dilakukan untuk mengkaji obesiti ini. Didapati banyak punca yg mendorong ke arahnya. Antaranya pengambilan makanan tidak sihat, kurang melakukan aktiviti yg mengeluarkan peluh, faktor genetik (kemungkinan besar), kadar metabolisma yg rendah & faktor persekitaran.

So apa yang boleh dirumuskan di sini ??. Bila kita masih tercari-cari masa untuk bersukan. X-sedar kita dah pun obesiti . ( Huik..satu contoh bila kita tidak mengamalkan gaya hidup yg sihat ). Jadi jangan la nak banyak sangat alasan. Nak tunggu sampai dah tiada stamina or lemak dah berkumpul kat perut. Baru nak selongkar almari cari kasut sukan ?? Jadi apa kata start from now !!!

p/s: Udu , ada ramai kawan yang obesiti. Dan mereka ini kebanyakan nya memang terpaksa lalui cara hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat. Pagi kerja or pergi study , balik rumah sudah petang or malam. Dan lepas makan terus tido or rest. Apa pendapat korang ?? Yeah pendapat korang tentang gaya hidup sekarang ini yang menghasilkan induvidu yang obesiti !!! apa kata korang ??

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.