JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, January 5, 2011

Bagaimana Menjaga Kesegaran Buah?



Tahukah anda apabila sayur-sayuran atau buah-buahan segar dikupas atau dipotong, satu enzim yang dikenali sebagai Polyphenol Oxidase terdedah dan ini secara tidak langsung bertindak balas dengan oksigen di udara. Tindak balas pengoksidaan inilah sebenarnya yang menyebabkan buah-buahan serta sayur-sayuran bertukar menjadi lebam dan berwarna kecoklatan.

Justera warna lebam yang terlihat pada sesetengah buah seperti buah epal dan pear adalah disebabkan oleh tindak balas ini. Jika buah rosak akibat mengalami perlanggaran, maka kawasan ini akan mengalami pengoksidaan kerana terdedah pada oksigen.

Jika anda penggemar buah-buahan, tentu anda kecewa melihat buah-buahan yang baru dibeli bertukar lebam dan kehitaman. Di sini terdapat beberapa teknik untuk mencegah buah-buahan lebih cepat rosak dan lebam.

TEKNIK 1 - Sapukan jus masam pada permukaan buah-buahan
Memberus permukaan buah dengan menggunakan jus buah-buahan dari jenis sitrus seperti lemon, limau nipis dan oren. Biasanya ramai orang menggunakan jus lemon bagi tujuan ini.

TEKNIK 2 - Rendam buah-buahan di dalam air berasid
Teknik ini boleh digunakan dengan cara merendam buah-buahan di dalam air yang berisi jus lemon atau cuka epal. Biasanya gunakan 1/4 cawan jus lemon untuk 1 1/4 air sejuk. Tujuan mencampur jus lemon ke dalam air sejuk adalah untuk membantu kadar pH yang terdapat pada permukaan buah-buahan. Sementara itu, kehadiran air sejuk dapat mengurangkan jumlah oksigen yang terdapat pada buah-buahan yang terdedah. Walau bagaimanapun kita tidak boleh merendam terlalu lama. Buah epal tidak boleh direndam lebih daripada 15 minit, sementara pisang tidak boleh direndam lebih daripada 5 minit. Setelah rendam, tos dan keringkan sebelum dimakan.

TEKNIK 3 - Merendam buah-buahan dengan menggunakan Vitamin C
Ascrobic Asid merupakan produk yang sering digunakan untuk tujuan komersil. Namun fungsinya sama dengan Vitamin C, boleh juga berperanan sebagai anti-lebam. Caranya mudah sahaja iaitu dengan merendam buah-buahan yang telah dikupas dan dipotong ke dalam jus epal sehingga saat anda hendak menghidangkannya. Keasidan yang terdapat dalam jus epal menghalang potongan epal menjadi lebam dan bertukar menjadi warna kecoklatan. Selain itu, cara lain adalah dengan melarutkan pil vitamin C, 500 miligram di dalam satu gelen air dan kemudian rendamkan buah-buahan ke dalamnya sehingga ia sedia untuk digunakan.

Cara-cara terbaik mengolah buah epal

'An apple a day, keep a doctor away'

Pepatah Inggeris di atas membuktikan bahawa khasiat buah epal untuk kesihatan. Kita perlu mengetahui cara terbaik untuk menjamin kesegaran buah epal.


1) Basuh buah epal dan potong kepada 2 bahagian

2) Buang hujung di kedua-dua bahagian secara V.

3) Potong buah epal kepada 4 bahagian. Lakukan teknik yang sama untuk sebahagian epal yang lagi satu.

4) Buangkan pula bahagian tengah buah epal yang mengandungi biji.

5) Perahkan lemon dan dapatkan jus sebanyak 1/4 mangkuk. Campurkan dengan air sejuk.

6) Rendamkan kesemua buah yang telah dipotong selama 15 minit, kemudian toskannya.

7) Potongan buah epal sedia dihidangkan tanpa cela.


TIPS

Pastikan anda menggunakan pisau bermata tajam untuk memotong sayur dan buah-buahan. Pisau yang tumpul atau rosak akan menyebabkan lebih cepat kerosakan pada buah atau sayur yang dipotong. Seelok-eloknya guna pisau pemotong buah dan elakkan untuk memotong bahan mentah lain.

Sumber : Hijab-Batik

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.