Rasulullah bersabda yang bermaksud:“wanita itu perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”(HR Muslim). Berikut adalah sedikit tips yang ingin saya kongsikan bersama. Buat pembaca yang ingin menjadi isteri idaman. Ehem… Tidak lupa juga kepada mereka yang mahu menjadikan isteri mereka isteri idaman.
1.Taqwa kepada Allah dan jauhi maksiat.
2.Elakkan dari keluar menuju ke pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram.
3.Tidak membiarkan suami di dalam kemaksiatan.
4.Berupaya mengenal dan memahami suami.
5.Bersikap qanaah(berasa cukup dengan apa yang ada).
6.Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak, menjaga kebersihan rumah, menghiasnya dengan baik dan menyiapkan makanan pada waktunya.
7.Membelanjakan harta suaminya pada tempat yang sepatutnya serta tidak berlebih-lebih dalam membelanjakan harta kearah perhiasan diri dan alat-alat kecantikan.
8.Bergaul dengan penuh kemesraan kepada keluarga suami serta kerabat-kerabatnya. Khususnya kepada ibu suami selaku orang yang paling hampir dengannya.
9.Wajib menunjukkan kecintaan kepada suami, bersikap lemah lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan mentaati segal perintahnya selagi tidak mendatangkan maksiat kepada Allah.
10.Menyertai suami dalam perasaannya serta turut merasakan dukacita serta kesedihannya.
11.Berterima kasih kepada suami diatas kebaikannya serta tidak melupakan keutamaannya.
12.Menyimpan rahsia suami serta menutup aibnya kerana isteri adalah orang yang paling hampir dengan suami.
13.Meminimakan diri dari mengulangi kesilapan.
Lagi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga...“Amalkan tips dibawah bagi menjaga keharmonian rumahtangga"
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok yang tidak berbuah.
Yang menulis tak dapat apa2, yang membaca pun tak dapat apa2…melainkan kita amal apa yang kita tulis/baca.
Lagi Tips Untuk Isteri.....
Dr Fatimah telah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luardan dalam.
Caranya:Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
p/s : a credit to shida yg fwded kan info ni...thank u...tak sabar nak kahwin..wlupun calon takdek lg..AHAKS!!! =P
Bukan sebarangan diari...
Friday, January 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment