
(SAJI - Jun 2008)
SEBAGAIMANA bayam dipopularkan menerusi kartun Popoye, lobak juga menjadi pilihan ramai kanak-kanak menerusi kartun popular, Bugs Bunny. Gelagat arnab licik ini yang sentiasa mengunyah lobak dengan asyiknya membuatkan para ibu tidak mempunyai masalah untuk memujuk anak-anak mereka untuk memakan turnbuhan berkhasiat ini. Selain itu, rasanya yang manis berbanding sayuran lain yang pahit membuatkan is antara sayuran menjadi pilihan ramai.
Lobak tumbuh di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk dan warna. Di Malaysia, jenis yang biasa ditemui adalah berwarna merah dan putih. Lobak yang kaya dengan beta karoten amat baik untuk mata. Tahukah anda selain itu is boleh digunakan untuk merawat luka melecur akibat terkena minyak panas. Luka tersebut hendaklah direndam dalam air yang mengandungi ketulan ais dan kemudian is hendaklah dibalut dengan pembalut yang direndam dalam jus lobak merah.
Beta karoten sejenis nutrien yang banyak terdapat dalam buahan dan sayuran berwarna jingga, juga adalah nutrien antikanser, yang dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Selain itu, jus lobak yang se-dap itu sebenarnya dapat meningkatkan tenaga anda untuk ada metakukan aktiviti seharian jadi, is adalah amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
Sup lobak pula berupaya untuk merawat cirit-birit yang berterusan dan juga mampu menghalang sembelit. Selain itu, is melindungi anda daripada bahan kimia bertoksid. Tanpa kita sedari, kita terdedah kepada bahan toksid disebabkan pencemaran yang berleluasa, jadi mengamalkan makan lobak dalam diet seharian kita mampu untuk melindungi diri kita daripada bahan beracun ini.
Berita baik untuk si perokok yang ingin meninggalkan tabiat buruk ini. Anda hanya perlu mengunyah sebatang lobak jika tiba-tiba anda teringin merokok. Cara ini berkesan untuk menghentikan tabiat merokok dan menghentikan ketagihan dalam masa dua minggu sahaja.
Di samping itu, dengan memakan sebatang lobak mentah setiap hari dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah. Adalah digalakkan untuk mengunyah sebatang lobak setiapkali anda memakan makanan berminyak.
Sumber : Dr. Care
No comments:
Post a Comment