JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, February 20, 2009

Khasiat Kekacang Setanding Daging

(SAJI - Jun 2008)

KEKACANG atau nama saientifiknya Phaseolus genus adalah bahan makanan yang biasa ditemui di Malaysia. Antaranya kacang tanah,kacang hijau, kacang soya dan banyak lagi.Tahukah anda di sebalik rasanya yang sedap, ia menyimpan pet­bagai khasiat yang amat baik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan kita. Mari kita selongkar, apakah khasiat-khasiatnya.

Anda yang mementingkan kecantikan dan ingin menge­kalkannya secara semulajadi tanpa penggunaan kosmetik, amalkan kekacang setiap hari. Tidak kira cara penyediannya sama ada direbus, dibakar atau dimasak menjadi bubur. Ini kerana kekacang dapat menge­kalkan keremajaaan kulit anda. Namun, ia juga mesti disertai dengan corak pemakanan yang seimbang dan amalan hidup yang sihat seperti rajin berse­nam dan tidak merokok.

Selain itu, kekacang juga da­pat memberikan tenaga yang maksima dan khasiatnya itu dipercayai diamalkan semenjak dahulu lagi. Golongan pekerja dan atilt sukan yang banyak menggunakan tenaga menga­malkan makan satu hidangan kekacang dalam diet seharian mereka.

Salah satu jenis kekacang iaitu kacang soya hitam juga boleh dibuat jus dan jus ini menjadi penawar kepada mereka yang selalu sembelit dan kanak-kanak yang mengidap hiperaktif. Caranya mudah sahaja, dua sudu besar kacang soya hitam dibersihkan dan direbus dalam satu cawan air selama 10 minit. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal separuh sahaja air dan minum segelas air rebusan ini tiga kali sehari.

Lebih hebat lagi, kekacang dipercayai dapat mencegah penyakit kanser kerana ia mengandungi sejenis enzim yang dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser iaitu protease inhibitors. Jadi kekacang amat sesuai dimakan bagi sesiapa yang mempunyai sejarah ahli keluarganya mengidap kanser. la mungkin dapat menyela matkan nyawa.

Selain itu, semua jenis kekacang juga dapat merendahkan paras kolestrol dalam darah dan juga paras gula untuk pesakit diabetes. Untuk pengidap darah tinggi pula, kekacang yang kaya dengan sumber potasium selain pisang, dapat mengurangkan risiko pesakit ini untuk mendapat serangan strok dan penyakit buah pinggang.

Bukan itu sahaja, kekacang juga dapat menggantikan daging merah kerana is mempunyai khasiat sama iaitu dapat mem­berikan sumber tenaga dan ke­kuatan untuk melakukan aktiviti seharian. Jadi usah bimbang jika anda rasa dengan tidak me­ngambil daging merah anda akan kehilangan sumber tenaga kerena kekacang mampu menggantikannya

kekacang juga dapat menggantikan daging merah kerana is mempunyai khasiat sama laitu dapat memberikan sumber tenaga dan kekuatan untuk metakukan aktiviti seharian.

Sumber : Dr. Care

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.