Alhamdulillah, kita hampir sampai ke penghujung tahun 1429 Hijriah.InsyaALLAH, apabila masuknya waktu maghrib pada hari ini, maka kita akan melangkah ke tahun yang baru iaitu 1 Muharam 1430 Hijriah.
Sempena tahun baru Hijriah ini, saya ingin melakukan sesuatu perubahan yang amat besar dlm hidup saya insyaALLAH.Selama 22 tahun saya bernafas, jujur saya katakan, saya tidak pernah peduli untuk berusaha menjadi seorang yang terbaik dalam hidup.Kehidupan saya selama ini hanya mengikut arus kehidupan.Tidak pernah saya melawan atau bertukar arah.
Selama 22 tahun, saya hidup sebagai seorang perempuan gemuk, bermacam-macam perkara yang saya lalui.Sebetulnya, perkara-perkara inilah yang buat saya tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini.Saya diejek, dicerca, diperli, dihina, dipandang rendah dan sebagainya.Itu sudah menjadi satu perkara normal dalam kehidupan saya dan sehingga saya tidak ambil pusing tentang perkara itu lagi.Inilah yang saya katakan tadi, saya hanya mengikut arus kehidupan, tidak cuba menukar arah atau melawan arus kehidupan itu.
Dengan tertubuhnya blog ini, saya mengharapkan sejuta kekuatan buat diri saya ini untuk membina keyakinan serta mengistiqamahkan diri.Selain itu, saya bukan sahaja berusaha untuk membantu diri sendiri, tetapi juga ingin turut membantu sahabat2 yang senasib dengan saya.Semoga kita dapat membantu antara satu sama lain dan berjaya menjalani kehidupan seperti perempuan-perempuan normal yang lain.
Di dalam blog ini, saya akan ceritakan progress saya dalam Program Menurunkan Berat Badan bermula pada 1 Muharam 1430 Hijriah, sehingga saya berjaya mendapat tahap BMI yang normal.Sahabat2 boleh bersama2 dengan saya dalam program menurunkan berat badan ini.
Selain itu, tips dan petua penjagaan kesihatan, pemakanan, senaman, motivasi dan lain2 bagi golongan seperti kita juga akan dimuatkan dalam blog ini untuk menjadi panduan bagi kita untuk mencapai misi kita.Tips dan petua dari anda juga amat dialu-alukan.
Disini juga saya sediakan satu platform untuk kita berinteraksi, luahan perasaan, bertukar-tukar pengalaman, saling menasihati dan sebagainya agar kita tidak keseorangan dalam mengejar impian kita, insyaALLAH.
Semoga kita istiqamah dalam perjuangan kita, amin ya rabbal alamin...
Bukan sebarangan diari...
Sunday, December 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
1 comment:
Assalam...selamat berjaya sahabat...saya juga sedang menuju ke arah 'hidup yg lebih sihat'..
Post a Comment