For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Monday, August 26, 2013

TIPS SENAMAN

1. Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testoren.

 2. Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul.

 3. Mengamalkan senaman di luar juga adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah.

 4. Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.

 5. Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman terutama dari segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindakbalas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik.

 6. Untuk mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, pelajari teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan.

 7. Individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita.

 8. Untuk keselamatan, aktiviti bersenam perlu dihentikan serta merta jika anda berasa sesak nafas, mengalami kaki kejang, terlalu letih, pening atau cuaca atau persekitaran tidak mengizinkan. Sumber: http://anizyn.blogspot.com/2008/01/tips-senaman-yang-baik.html#ixzz2QDTFDFyT

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.