JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, April 26, 2013

JUS BUAH VS BUAH POTONG

Bagi mereka yang mempunyai persoalan yang sama di minda, pastinya selalu bertanya.. yang mana lebih baik? Jus buah ke atau makan buah?

Ok, mengambil jus buah-buahan adalah cara untuk membersihkan dan memulihkan sistem tubuh. Dengan cara ini, badan lebih mudah mencerna sari buah atau sayur-sayuran tersebut. Dalam bentuk jus pula, buah yang dimakan jauh lebih banyak dari segi kuantiti kerana anda boleh mengisar pelbagai jenis buah dan minum dalam masa yang sama. Jadi buah-buahan tersebut boleh dimakan dengan waktu yang relatif lebih cepat.

 Tapi adakah itu bermaksud jus buah adalah lebih baik? Tidak juga. Makan buah potong juga ternyata sama baiknya. Malahan hasil serat yang diperlukan oleh tubuh akan lebih banyak diperolehi jika buah tersebut dikunyah terlebih dahulu. Kadangkala jika jus dibuat terlalu cair ataupun dicampur dengan bahan lain, enzim pencernaan tidak dikeluarkan dengan baik untuk melakukan tugasnya.

Selain itu juga, ada antara kita yang suka mengambil jus buah-buahan yang ditambah dengan kuantiti gula melampau, jadi akan menyebabkan ianya kurang baik untuk tubuh. Kerana itu, jika anda suka memakan buah tanpa dikisar menjadi jus, teruskan saja kebiasaan itu. Tetapi anda boleh ikuti tips ini juga :

1. Pilihlah buah yang matang sempurna (tidak mentah atau terlalu matang) sebelum dijadikan buah potong.

2. Habiskan buah potong anda perlahan-lahan, jangan makan banyak dalam jangka masa yang cepat. Dengan begitu anda akan memberi kesempatan tubuh untuk mencernanya dengan sempurna.

 3. Makanlah buah potong 1 jam sebelum makan atau 1 jam sesudah makan.

 4. Tidak semua buah disyorkan dijadikan kudapan buah potong. Walaupun sihat, makan pisang dan alpukat sebaiknya dihadkan, kerana kalorinya cukup tinggi. Durian, nangka, dan cempedak juga termasuk buah yang banyak mengandung kalori sehingga disyorkan tidak dijadikan kudapan.

 Tapi bagi anda yang suka mengambil jus buah-buahan, ada beberapa perkara juga yang anda harus diikuti: 

1. Apabila membuat jus buah atau jus sayur-sayuran, tidak digalakkan untuk membancuhnya terlalu halus. Sebaiknya kisar denga agak kasar agar supaya seratnya cukup untuk memberi kebaikan pada tubuh.

 2. Penggunaan jus buah harus disesuaikan dengan keadaan tubuh. Contoh: orang yang menderita gangguan metabolisme tidak digalakkan mengambil jus oren dan jus tomato kerana kedua-duanya mempunyai pengaruh sangat besar dalam acidify pH darah, sehingga akan mengganggu keseimbangan tubuh, yang selanjutnya akan mengganggu proses detoksifikasi semulajadi yang ada.

3. Penggunaan jus terbaik adalah segera diminum setelah dibuat, tidak dibiarkan terlalu lama, kerana akan terjadi proses pengoksidaan yang boleh memecah dan merosakkan kandungan enzim dan vitamin didalamnya.

4. Harus mengetahui jumlah jus buah yang baik bagi tubuh. Contohnya, jus epal selamat diminum satu gelas bahkan lebih, sedang jus mengkudu hanya setengah sudu saja. Jadi…baik jus buah mahupun buah potong mempunyai kebaikannya masing-masing yang boleh anda nikmati setiap hari. Yang penting, pengambilan buah adalah baik untuk tubuh! :)

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.