LOS ANGELES: Sekumpulan sainitis Universiti California, Amerika Syarikat mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.
Kajian itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perisa cili truan. – Agensi.
-Sumber daripada kosmo.com.my-
mmm…boleh percaya ke cili ni boleh kuruskan badan ye?
Berikut pula sebahagian daripada hasil sedikit research saya…
Dalam cili, terkandung sejenis bahan kimia semulajadi yang dipanggil sebagai capsaicin. Capsaicin ini fungsi dia dalam tubuh kita sebenarnya untuk mengstimulasi satu proses yang mempercepatkan penukaran makanan yang kita makan kepada haba (tenaga=kalori).
Dalam istilah saintifiknya proses tu dinamakan sebagai “diet-induced thermogenesis”.
Bagi anda yang menjalani tempoh berdiet ni, proses ini amat membantu anda. Tubuh anda akan lebih cepat membakar kalori dalam tubuh secara automatik berbanding ianya akan disimpan dalam tubuh untuk dijadikan lemak berlebihan (ni yang anda tak nak kan? )
Jadi macam mana, nak makan cili banyak-banyak? heh
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan, para pengkaji dan pakar diet ada mengatakan, tak guna anda makan cili banyak-banyak pun, tapi dalam masa yang sama anda tak bersenam dan masih makan makanan berlemak secara berlebihan.
Apa yang penting, keseimbangan. Cuma anda boleh lah lepas ni tambahkan penggunaan cili dalam masakkan anda.
Sumber
No comments:
Post a Comment