JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, January 13, 2012

MAKAN LEWAT...KESAN JANGKA MASA PANJANG



``MAMAK, teh tarik gelas besar satu, kasi tarik tinggi-tinggi tau. Kau bagi kopi O, `kaw' punya dekat kawan aku ni.'' ``Makan bos?'' ``Makan... roti canai telur sama nasi lemak sotong. Cepat sikit ya. Lapar ni.''

``Okey, okey, siap!''

Setelah penat bekerja dan menelaah pelajaran, tiada yang lebih enak daripada menikmati sekeping roti canai kosong, telur atau sardin yang baru diangkat dari kuali leper dan dicecah bersama kuah kari atau dal.

Selain itu, sepinggan nasi lemak yang masih `berasap' bersama sambal sotong, lawan dengan segelas besar teh tarik atau kopi O `kaw' merupakan antara menu utama pada sebelah malam.
Kalau dahulu, makan di luar pada waktu malam adalah untuk memenuhi undangan tertentu tetapi kini perubahan gaya hidup telah menjadikannya sebahagian rutin harian termasuk selepas detik 12 malam.

Bukan sahaja para pekerja syif malam bahkan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, ahli keluarga, mereka yang tidak boleh tidur (penghidap insomnia) atau seseorang yang sedang dalam kesunyian dan mahu bersendirian.

Semuanya berpusu-pusu menceriakan suasana malam di warung-warung mahupun restoran-restoran sambil bersembang kosong atau isu-isu semasa di dalam ataupun luar negara.

Jika Selasa lalu kita didedahkan tentang belacan dan kaitannya dengan kanser sistem penghadaman, trend makan malam di luar ini pula mendatangkan kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada kesihatan.

``Trend ini akan meninggalkan kesan jangka panjang yang tidak baik terhadap kesihatan seseorang kerana ia tidak memberikan peluang kepada lemak untuk dicernakan.

``Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

Menurutnya, makanan bergoreng yang mengandungi banyak lemak dan minyak menyebabkan masalah kegemukan yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit lain.

Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

Lain-lain penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

Dr. Tee berkata, lemak yang merupakan sumber kalori terbanyak gagal melalui proses penghadaman sempurna jika seseorang itu terus tidur selepas makan.

``Sekurang-kurangnya dua jam diperlukan sebelum tidur bagi membolehkan kalori dibakar dan dihantar ke tempat-tempat lain di dalam badan,'' katanya.

Pengambilan kalori yang melebihi keperluan harian (lelaki bersamaan 2,000 kalori manakala wanita 1,800) akan diubah menjadi lemak di dalam tubuh.

Jika seseorang makan 3,500 kalori lebih banyak dalam masa beberapa hari atau minggu, berat badan mereka akan naik 0.5 kilogram.

Seseorang itu akan kehilangan berat badan yang sama jika makan kurang daripada jumlah kalori berkenaan.

Ditanya tanggapan senaman ringan boleh membantu membakar lebihan lemak sebelum tidur, Dr. Tee bagaimanapun menyangkal tanggapan itu.

Malah, katanya, tindakan itu hanya akan menjadikan seseorang lebih cergas dan semakin sukar untuk melelapkan mata.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak (menggunakan santan) seperti mi goreng, masakan berkari, roti canai dan nasi lemak.

Sementara itu, minuman yang mengandungi kandungan gula berlebihan seperti teh tarik dan minuman berkarbonat juga perlu dikurangkan dan digantikan dengan susu atau kacang soya.

``Jika masih mahu makan malam, pilih makanan yang lebih sihat.

``Contohnya, roti, sandwic, pau, salad atau ulam-ulaman, bijirin, biskut tanpa krim, makanan berasaskan sup, rebus, kukus atau panggang.

``Bagi para pekerja syif malam, mereka perlu memakan sesuatu pada waktu rehat bagi mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan selepas pukul 10 malam,'' katanya.

Mengulas lanjut, apabila seseorang makan lewat malam, mereka cenderung untuk meninggalkan sarapan kerana masih terasa kenyang sewaktu bangun tidur.

Sedangkan, sarapan penting untuk meningkatkan kadar metabolisme yang menjadi sumber tenaga seseorang untuk melakukan kerjanya.

Akibatnya, mereka hanya akan menunggu waktu makan tengah hari dan ini menyebabkan badan kekeringan zat makanan untuk satu tempoh yang panjang.

Tidak makan pagi menyebabkan kadar metabolisme berada pada kedudukan `gear rendah' seterusnya menyebabkan seseorang tidak aktif dan hilang daya tumpuan.

Dr. Tee turut melahirkan kekecewaannya apabila terkenangkan sikap orang ramai yang mengambil mudah tentang berat badan ideal - indeks jisim tubuh (BMI) sendiri.

``Kalaulah mereka sedar kepentingan berat badan dan kesihatan, sudah tentu mereka akan mengingati berat badan masing-masing seperti nombor kad pengenalan,'' katanya.

Selain menyimpan alat penimbang berat badan di rumah, tahap kesihatan juga boleh ditentukan dengan mengukur lilitan pinggang.

Seseorang itu berisiko mengalami masalah berat badan serius sekiranya mempunyai ukuran pinggang 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi wanita, tambah Dr. Tee.

Memperkatakan tentang aliran baru ini tidakkan lengkap tanpa menyentuh tentang gangguan pemakanan berkaitan yang dikenali sebagai Sindrom Makan Malam (NES).

Seseorang itu dikategorikan sebagai NES apabila menunjukkan gejala seperti tidak berselera makan pada waktu siang tetapi sebaliknya di sebelah malam.

Mereka juga mengalami insomnia dan ada ketikanya bangun empat ke lima kali dalam satu malam kerana lapar lalu bergegas ke dapur dan membuka peti sejuk.

Rata-rata penghidap NES yang terdiri daripada golongan gemuk obes tidak boleh tidur selagi mereka tidak makan.

Mereka mengambil lebih separuh daripada keperluan kalori harian selepas pukul 7 atau 8 malam, terutamanya kek dan biskut rangup kaya karbohidrat.

NES yang mula ditemui pada tahun 1950-an baru-baru ini mendapat cabang terbarunya yang dikenal pasti sebagai Sindrom Makan Tidur (SRES).

Kalau orang lain perlu bangun untuk makan, penderita SRES berjalan dalam tidur dan hanya menyedarinya pada pagi esok apabila terdapat lebihan jem pada muka dengan katil yang berselerak sisa-sisa makanan.

NES dan SRES mempunyai persamaan dari segi gangguan tidur, dikatakan berpunca daripada tekanan dan menjadi pencetus obesiti.

Cara pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI):
BMI merupakan pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan.

Contohnya: 50 kilogram (berat) dibahagi 1.56 meter x 1.56 meter (tinggi) bersamaan 20.54

Petunjuk BMI:

- Kurang 18.5 - kurang berat badan

- 18.5 hingga 24.9 - berat badan sihat

- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan

- 30 hingga 39.9 - obesiti

- 40 ke atas - obesiti morbid (berpenyakit yang boleh mengundang maut).

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Sumber

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.