Apakah 'fad diet'?
'Fad diet' adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dan biasanya diikuti oleh mereka yang terdesak untuk mengurangkan berat badan. Biasanya ‘fad diet’ adalah tidak sihat, tidak seimbang dan kemungkinan besar mempunyai kesan sampingan.
Bagaimana 'fad diets' berfungsi?
'Fad diet' tidak boleh membentuk tabiat makan secara sihat. Sesetengah 'fad diet' tidak menghilangkan lemak, tetapi hanya menghilangkan air sahaja. Kebanyakan 'fad diets' meningkatkan penghasilan urin yang menggalakkan pembuangan air melalui air kencing. Dengan cara ini, badan akan kehilangan air serta vitamin dan mineral yang penting.
Ada sesetengah 'fad diets' menjadi popular kerana berkesan dalam masa yang singkat. Contohnya, diet tinggi protein dan diet tinggi lemak mencetuskan ketosis dan menyebabkan pengurangan berat badan dalam jangka masa yang singkat. Pengurangan berat badan juga berlaku kerana kesan duretik akibat pengambilan karbohidrat yang rendah, kehilangan air dari badan, penggunaan glikogen dan ketosis. Mereka yang mengamalkan 'fad diet' biasanya akan mengalami pertambahan semula berat badan.
Sesetengah pelan diet sukar untuk diikuti kerana ianya membosankan dan menghadkan pengambilan sesetengah jenis makanan. Lama-kelamaan anda mungkin akan mengalami pengurangan berat badan, tetapi anda mungkin akan dapati selera makan tidak dapat dikawal dan ini akan mengakibatkan pertambahan berat badan lebih daripada berat badan asal.
Sesetengah 'fad diets' boleh membahayakan. Diet yang terlalu rendah kalori boleh mengakibatkan keletihan, ketidakselesaan dan kekejangan otot. Kekurangan protein dan karbohidrat pula menyebabkan rasa pening, keletihan dan pelbagai penyakit lain.
Kenapa 'fad diets' popular?
Ramai orang lebih suka mencuba 'fad diet' yang menjanjikan hasil yang cepat berbanding dengan berusaha mengurangkan berat badan dengan melakukan perubahan jangka masa panjang dalam tabiat pemakanan dan senaman. Strategi pemasaran yang agresif oleh syarikat pengeluar 'fad diet' juga mengambil kesempatan di atas fakta ini.
Jenis Diet
Diet Terlalu Rendah Kalori
Diet Terlalu Rendah Kalori adalah diet yang mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari.
Apabila pengambilan tenaga adalah rendah, tubuh akan mendapatkan tenaga yang diperlukan daripada simpanan lemak. Walau bagaimanapun tubuh akan menjadi lebih efisyen dan berfungsi dengan mengguna tenaga yang rendah itu dan kadar metabolisma tubuh akan menurun, juga cenderung untuk menggunakan tisu tanpa lemak daripada otot.
Diet Terlalu Rendah Kalori dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah akibat ketidakseimbangan tenaga. Kematian mengejut boleh berlaku pada pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain terutama pengambilan kalori kurang daripada 600 kalori sehari.
Diet Rendah Lemak
Menghindarkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.
Sesetengah pengikut diet rendah lemak memberi gambaran yang salah seperti menyebarkan mitos bahawa selulit adalah disebabkan oleh bahan toksik dan dengan mengamalkan diet ini boleh membantu mengurangkan lemak terutama pada peha atau pinggang.
Diet Tinggi Serat
Diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan kerana ia memberi rasa yang mengenyangkan dengan pengambilan kalori yang sedikit.
Jumlah serat yang disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut (kembung) dan cirit birit. Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, ia akan memburukkan lagi keadaan. Pengambilan bran yang banyak akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
Diet Tinggi Protein
Pengambilan karbohidrat dihadkan kepada kurang daripada 30 gram/sehari. Pengambilan terlalu tinggi protein dan lemak yang terlalu tinggi melambatkan perut kosong. Ini mengurangkan keinginan untuk makan dan menghadkan pengambilan tenaga.
Diet ini mungkin meningkatkan pengambilan kolesterol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat daripada sumber berasaskan karbohidrat, terutamanya bijirin penuh daripada tumbuhan.Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit dan fungsi kognitif yang terjejas. Pengambilan protein yang tinggi meningkatkan paras asid urik dalam buah pinggang dan berisiko untuk pembentukan batu dalam buah pinggang.
Nasihat
Anda tidak sepatutnya mencuba 'fad diet' tanpa mendapat nasihat daripada doktor. Jika anda merasa sesuatu yang tidak kena, hentikan diet tersebut dengan segera. Anda perlu maklum bahawa tahap keberkesanan amalan ‘fad diet’ adalah tipis dan boleh menyebabkan kesan sampingan.
Sumber : My Health
Nota kaki : perenggan yg coloured tuu adalah jawapan n info utk soalan abg zainal (reader Diari XXL) utk saye melalui facebook...so, perenggan tuu ade mengatekan risiko diet rendah kalori...
Soalan abg zainal ialah boleh ke dia mengamalkan diet rendah kalori dimane food intake yg dia nak amik ialah 1000 kalori sehari sedangkan pembakaran kalori utk seorang lelaki dalam keadaan rehat adalah 1800 kalori sehari...dan tanpa senaman??
readers, pliz respon!!!mungkin anda ade extra infos yg nak dikongsi bersame..
thank u...
Bukan sebarangan diari...
Monday, December 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
2 comments:
so atkin diet mcm ne lak?tinggi protein kan...
macam ne dengan atkins diet sis?
Post a Comment