JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Monday, December 12, 2011

7 TIPS RANCANG DIET

pelan diet
Adakah anda memang berazam untuk kuruskan badan anda?
Jika ya jawapan anda, anda haruslah mulakan dengan membina pelan perancangan diet anda. Pelan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan dan motivasi untuk anda rujuk agar anda dapat mencapai berat badan ideal idaman anda.
Tahukah anda sudah ramai sebenarnya yang berjaya menurunkan berat badan mereka dengan mengikut pelan perancangan yang telah mereka bina di awal-awal progress diet mereka. Anda boleh sesuaikan dan tidak perlu menyeksa diri anda semata-mata untuk kuruskan badan anda dengan membina sebuah pelan perancangan diet yang ketat dan tidak memberi anda keselesaan.
Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan dalam membina pelan perancangan diet anda …
  • TIPS 1: Masukkan elemen-elemen amalan pemakanan makanan yang sihat dalam pelan diet anda. Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan salah-satu komponen yang amat kritikal dalam pelan diet anda. Dalam pelan tersebut, tak perlu anda memaksa dan menahan diri anda daripada memakan junk food seperti coklat ke, keropok ke, atau makanan berlemak yang lain. Yang penting setiap makanan diambil dalam kuantiti yang sedikit.
  • TIPS 2: Tetapkan hari yang spesifik dalam seminggu untuk anda menikmati makanan-makananjunk food ini. Tapi sekali lagi saya ingatkan anda, jangan pula anda makannya secara berlebihan pula ya. Jadikan hari tersebut sebagai hari untuk anda reward diri anda sendiri.
  • TIPS 3: Reka pelan pemakanan yang lebih spesifik. Lakukan sedikit research di internet ataupun dapatkan buku-buku resepi masakan makanan yang sihat dan berkhasiat. Pelbagai resepi masakan anda untuk setiap hari. Ini bagi memastikan tak la anda boring nanti dengan makanan yang sama.
  • TIPS 4: Pastikan ada jadual untuk sesi senaman berkala dalam pelan diet anda. Pelbagai aktiviti senaman yang berlainan boleh anda masukkan dalam pelan tersebut mengikut hari-hari tertentu. Contohnya mendaftarkan diri di gym berdekatan ruman anda, dapatkan siri DVD tutorial senanam untuk anda lakukan workout hanya di rumah, gunakan alat senaman seperti treadmilldan sebagainya.
  • TIPS 5: Dapatkan rakan untuk sama-sama jalankan aktiviti diet anda. Anda boleh ajak mungkin rakan sekerja ke atau adik-beradik anda untuk bersama membina pelan dan menjalankan mengikut perancangan tersebut. Ini bagi mengekalkan motivasi dan semangat untuk anda teruskuruskan badan. Anda boleh tonton rancangan The Biggest Looser contohnya dan ikut apa yang mereka lakukan ;-)
  • TIPS 6: Pastikan pelan diet anda ditulis di atas kertas. Tak guna anda hanya sekadar berkata-kata yang anda nak kuruskan badan. Tulis dalam diari khas atau buku kecil untuk mudah anda rujuk nanti dari masa ke semasa.
  • TIPS 7: Bertindak mengikut perancangan. Bila anda dah selesai membina sebuah pelan diet anda, anda kena ikut pelan tersebut dan pastikan ianya berjaya dan mencapai matlamat.
Begitulah serba-sedikit tips-tips yang boleh anda ikut ketika anda membina pelan perancangan diet anda.

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.