JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Saturday, November 19, 2011

Bahaya Diet Secara Drastik

AMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari.

Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.

Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit.

Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.

Pengerusi Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan, Shaklee Corporation, Dr Jamie McManus, sebenarnyer ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan.

Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga.Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.

“Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari.Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah.

“Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.

“Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk.

Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar

Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat. berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.

Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996.

Secara purata kadar pengambilan tenaga (daripada makanan) penduduk dunia bertambah 25 peratus, tetapi aktiviti cergas pula berkurang 25 peratus. Senario ini menyebabkan masalah pertambahan berat badan dan obesiti menjadi masalah seluruh dunia.

Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi.Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.

Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut.

Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya.

kita sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.

Individu yang berumur dan ada masalah kesihatan juga disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba ubat atau program menguruskan badan untuk mengelak risiko tidak diingini.

Biar apapun program yang kita cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam..

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.