JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, October 7, 2011

CARA-CARA BUANG LEMAK SECARA SEMULAJADI

MAKANAN penyumbang utama ke arah kesan pada seluruh tubuh badan. Baik daripada permukaan kulit, bentuk tubuh hingga ke organ dalaman, malah pemakanan seimbang mampu menghindari penyakit berbahaya.

Mengidamkan bentuk badan cantik, mengimpikan kulit wajah berseri bukanlah perkara sukar. Namun, soal pemakanan menjadi titik permulaan dalam perkembangan seseorang.

Pakar Pemakanan Universiti Putra Malaysia, Prof Suhaila Mohamed, berkata setiap orang cuba untuk mengelak daripada menjadi gemuk, tetapi sesetengah kegemukan akibat lemak berlebihan juga mengundang kebaikan bagi membantu mengekalkan kesihatan badan kerana lemak juga adalah punca kepada sumber tenaga badan.

"Lantaran itu, tidak mustahil, rata-rata masyarakat berpendapat bahawa memiliki berat badan berlebihan adalah satu isu dalam penampilan diri. Mempunyai masalah berat badan berlebihan sebenarnya bukanlah menjadi masalah, tetapi masalah kesihatan yang juga mungkin memberi kesan serius kepada kesihatan," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Molekul lemak sangat penting pada setiap sel dalam badan. Lemak di dalam badan terdiri daripada tiga kategori iaitu struktur, penyimpanan dan metabolik.

Beliau berkata, selain melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit hingga 40 minit pada satu sesi, banyak jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan lemak badan. Antaranya, bawang putih yang mengandungi antibakteria membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat.

"Selain itu juga kacang soya, buah-buahan citrus seperti oren, lemon dan anggur, timun dan juga lobak merah juga boleh membantu menghindar lemak. Asparagus juga sangat baik dalam membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang kerana mengandungi kimia 'asparagine'.

"Antara lain tauge. Sayuran ini mengandungi khasiat terutama vitamin C dan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme badan," katanya.

Prof. Suhaila berkata, penjagaan kulit adalah sangat penting kerana kulit adalah organ paling besar, malah memerlukan penjagaan rapi, namun masih ramai lagi yang mengabaikan penjagaan kulit.

"Kulit terdedah kepada pelbagai pencemaran, suhu dan kekeringan yang menyebabkan nyahhidrasi dan juga tekanan luar. Faktor berkenaan mampu menyumbang kepada pelbagai masalah kepada kesihatan.

"Antaranya, jerawat yang disebabkan oleh pengumpulan minyak dan sebum berlebihan. Selain itu, penuaan, kulit kering, berminyak, dermatitis, ekzema, garis halus dan malignan melanoma," katanya.

Beliau berkata, ungkapan 'anda adalah apa yang anda makan' sangat biasa kita dengar dan menunjukkan keperluan khasiat dalam pemakanan sangat penting.

Antara khasiat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit ialah vitamin A yang boleh didapati dalam lobak merah, betik, mangga, bayam, kentang, brokoli, tomato dan tembikai.

Bukan itu saja, vitamin B kompleks juga boleh didapati dalam daging, daging ayam, bijirin, pisang, ikan, telur dan mentega kacang. Vitamin C pula membantu mengekalkan kolagen yang membantu struktur kulit dengan memakan buah dan sayuran seperti oren, lemon, guava dan buah beri.

Prof. Suhaila berkata, antara lain untuk keperluan kulit ialah vitamin E yang boleh didapati daripada ikan salmon dan daging; selenium and zink, serat dan juga protein.

Kesihatan juga terletak kepada corak awal pemakanan. Oleh itu, melakukan rawatan drastik bagi mengurangkan berat badan dan melakukan prosedur kecantikan seperti pembedahan kosmetik, sedut lemak atau mengambil suplemen yang kononnya boleh memberikan anda bentuk badan menawan tidak begitu disarankan, namun ia bergantung kepada pendirian masing-masing.

FAKTA: Makanan yang membantu membakar lemak.

1) Bawang putih: mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat.Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak.Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.


2) Epal: mengandungi bahan kimia dipanggil 'pectin' yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.



3) Kacang soya: mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.



4) Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon: mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.



5) Asparagus: mengandungi kimia 'asparagin'. Ia sejenis 'alkaloid' yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.



6) Tauge: sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.



7) Lobak merah: mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.



8) Seleri: mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.



9) Timun: mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.



10) Tomato: tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan



11) Oat: membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.



12) Kubis: makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.



13) Teh hijau: mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.



14) Bawang merah: mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.

Sumber : Berita Harian (Isnin, 30/03/2009)

1 comment:

Anonymous said...

good info, kena pandai pilih makan kan untuk sihat dan langsing

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.