JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Tuesday, March 22, 2011

Kau Kurus Tapi Makan Banyak..TAK ACI!

Ada satu cerita bikin saya panas hati je..Hahaha..Kadang2 rasa tak adil betul dunia ni...Tapi tak baik cakap macam tu...Semua yang terjadi adalah qadha dan qadar Allah (Ketentuan Tuhan) kaaannn...

***

Semalam saya ke Summit Shopping Centre dengan teman baik saya. Nak usha shoplot untuk disewa sebab kami nak buka butik.(Insyaallah, very soon..Doakan kami.)

Lepas kami dah tengok kedai, kami dinner di sebuah restoran.

Masuk je restoran ni, saya ternampak lah ada satu minah cun ni tengah dok makan spaghetti sorang2.Perempuan ni betul2 duduk di tepi pintu masuk restoran.So, nampak laa kan..Besar juga tau pinggan..Spaghetti agak banyak.Harga dalam RM12.00++, memang berbaloi.

Kemudian, saya ambil tempat betul2 mengadap perempuan tu.Selang semeja je.Tengah saya dok tengok menu, tiba2 nampak waiter hantar sandwiches.Ini bukan sandwich bodoh2 tu tau.Ni yang stok tinggi punya.Bukan dua keping roti potong dua ok, tapi 4 keping roti potong.Harganya dalam RM8.00++.

Dalam kepala ni berprasangka baik lah kan..Ohh, mungkin kawan dia yg order tapi tak sampai lagi..Tengah dok fikir positif, tiba2 nampak dia ngap seketul sandwich..Ok2..Boleh tahan lagi..Lagi seketui tuu mungkin untuk kawan dia.

Lepas tu, mai sorang lelaki duduk sebelah dia.Boyfren dia kot.Nampak dia panggil waiter nak order.Hensem jugak lelaki tu..Hahaha..

Tengah borak2 dengan kawan saya, tiba2 nampak perempuan ni dok pegang sandwich lagi seketul.Tengah makan ok.Nampak gak dia hulur kat lelaki ni, tapi lelaki ni tak nak.Habis dia ngap semua..

Then, lelaki tu tiba2 lak pi toilet time makanan dia sampai.and guess what?Perempuan ni pi ambil bowl (lelaki ni order meehun apa tah.) lelaki ni, letak depan dia, ambil chopstik lepas tuuuu ngaaap lagi..3 4 sudu gak wehhh!!! hahahaha...

Perghhh...Memang masyuk betul kalau jadi macam perempuan tu...Maintain je selim river walaupun makan banyak.Mungkin lepas makan, dia buat cardio sejam and weight lifting 50kg kot...Mana tahu??Hehehe...

Setiap adegan saya cerita pada kawan saya.Dia tak nampak sebab dia duduk membelakangi perempuan tu..

Kawan saya cakap,

"Bukan dia yang makan tu, saka dia yang makan!"

Hahaha...Sabar jelaa...Hehehe..


1 comment:

Ina Jaie said...

hahahahahaaa..... betul lah tu.. saka dia yang makan... tapi kan, x semestinya orang kurus yang makan banyak tu sihat.. kekadang yang kurus pun ada masalah kolestrol tinggi... :)

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.