Dalam artikel ini, saya akan berkongsi bersama anda beberapa panduan dalam anda kuruskan badan dengan cara yang lebih selamat. Kadang-kala, dalam usaha kita untuk menguruskan badan, kita jadi alpa. Kita jadi lupa tentang perihal keselamatan kesihatan diri kita sendiri.
Mungkin juga kita tidak sedar akan perkara yang kita lakukan dalam usahan menguruskan berat badan kita itu boleh membawa risiko buruk terhadap jangka masa panjang kesihatan tubuh kita.
Mereka yang ingin kuruskan badan dengan cepat, berfikiran bahawa, mereka perlu mengurangkan kuantiti makanan yang mereka makan dengan mendadak. Mungkin ini boleh dijadikan cara untuk kuruskan badan, tetapi tahukah anda bahawa, cara ini bukanlah cara yang terbaik.
Malah, dengan cara ini boleh membahayakan tahap kesihatan anda.
Mari kita ikuti panduan berikut yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan anda dan dalam masa yang sama menjamin keselamatan tubuh anda …
Jangan sesekali mengamalkan “crash diet”. Crash diet bermaksud anda mengentikan pengambilan makanan yang berkalori atau lemak secara tiba-tiba dan mendadak. Apa yang tidak diketahui oleh mereka yang ingin berdiet ialah, perkara ini amat membahayakan kesihatan mereka.
Jika anda menghentikan sama sekali pengambilan makanan berkalori, ini akan menyebabkan tahap kandungan kalori dalam tubuh anda turun pada paras yang normal atau paras yang optimum bagi tubuh anda. Bila ini berlaku, ini akan menyebabkan tubuh anda akan mula membakar lemak sedia ada dalam tubuh anda.
Ya, tentu anda berfikiran, perkara ini amat baik!
Hakikatnya, bukan sebenarnya. Pembakaran lemak memerlukan tenaga yang banyak. Oleh kerana anda telah pun mengurangkan pengambilan makanan berkalori, ini menyebabkan tubuh anda kekurangan tenaga untuk membantu metabolisma pembakaran lemak tadi.
Ini seterusnya akan menyebabkan tubuh anda menjadi lemah, mudah berasa pening, sakit malah adakalanya iai boleh menyebakan sistem imunisasi yang lemah akibat kekurangan pengambilan makanan berkalori (lemak).
Menghentikan samada sekali memakan makanan berkalori rendah turut akan menyebabkan pembakaran otot-otot anda. Mereka yang mengamalkan diet seperti ini pada kebiasaannya akan kembali semula kepada diet mereka sebelum crash diet ini dengan memakan semula dengan banyak.
Ini seterusnya akan meningkatkan semula berat badan mereka secara mendadak.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah untuk bijak ketika penyediaan makanan berkalori tinggi ini. Jangan sesekali menghentikan secara tiba-tiba pengabilan makanan tersebut.
In bagi memastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya dalam diet seharian anda. Masak makanan anda dengan cara mengukus, memanggang tanpa menggoreng. Kalau goreng, kita kena guna minyak (minyak salah-satu sumber lemak berlebihan dalam diet). Betul tak?
Semoga perkongsian saya ini boleh dijadikan panduan buat untuk anda kuruskan badan anda tapi dalam masa yang sama mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
No comments:
Post a Comment