For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Friday, May 14, 2010

Beli Baju Kat Mana?

Salam...

Sedang saya window-shopping online on clothes/dresses, tiba2 teringat satu peristiwa masa Uni saya first year dulu...

Saya dapat satu sms dari senior asrama saya...

"Ika, free tak? Akak nak jumpa boleh?"

"Ada apa kak?"

"Adalah...Kita duduk dekat kerusi corridor..Akak nak jumpa kamu seorang.."

"Baik.." dan saya adalah sangat cuak...

***

"Ye kak..Kenapa ni sampai nak jumpa sorok2?"

"Sebenarnya..."

"Akak tengok Ika ni yakin je pakai seluar..seluar jeans..kadang2 nampak ika pakai blouse, shirt, macam2 lah..baju yang cantik dan elok je walaupun ika besar...

Akak pun besar juga..tapi akak tak reti nak pakai...akak asyik pakai baju kurung je..kadang2 track suit dengan tshirt, itupun macam jarang je pakai...

hmmm..sebenarnya, bukan tak reti, tapi susah nak cari baju size akak sebenarnya...

Ika beli baju kat mana??"

***

Laaa..itu rupanya masalahnya..aku pun perasan juga kakak tu jarang pakai seluar..hatta nak turun ke cafe beli makanan sekalipun dia berbaju kurung...

(Lepas ika keluar dari asrama, ika duduk rumah dan gain weight...masa ni jadi macam kakak ni juga..tshirt dan jeans aje memanjang...bila ada function, baju kurung...hahahaha!)

pada masa tu, memang lah saya boleh melawa...banyak baju saya boleh pakai...apa2pun, baju2 saya semua pada masa itu ialah cap SCARLET PLUS (Jaya Jusco)...Seluar slack pun...Cuma jeans saya pakai jenama Lee..Agak mahal sikit lah jeans tuu..Kalau denim, memang susah nak cari size saya...

tapi sekarang ni, dah banyak kedai yang jual baju plus size..Takdela banyak sangat, tapi ada lah juga selain Scarlet Plus (S.P)...S.P agak mahal sebenarnya bagi saya...Memang lah baju dia paling mahal pun RM59.90 (exclude blazer)..tapi cuba anda tengok kualiti kain dia...

ada yang susah gosok lah, cepat ronyok lah (selalunya shirt), kain panas, cutting pendek (labuh baju atas punggung)..Yang mana yang elok tu, elok lah..bergantung kepada nasib sebenarnya..hehe...

***

Jadi, besides S.P, saya juga selalu beli baju di dua tempat ni..Satu offline satu online..Post ni bukan bertujuan nak promote siapa2 atau saya dapat komisyen ke apa..TAK PUN..Tapi nak bagi info laa kat mana boleh beli baju size besar ni...

1. BUTIK NEW LOOK (Tesco Mutiara Damansara)
-ada juga cawangannya di Tesco Sri Alam...

2. BUTIK ONLINE CUCUCAMBER
- http://cucucamber.blogspot.com


Dua kedai ni, baju lawa2...Yang butik online tuu saya selalu dapatkan dress maxi untuk saya...hehe...harga pun takde laa mahal sangat..below RM50..

Kalau nak mahal boleh pergi MS. READ...haha...Mesti geleng kepala kalau tengok harganya..kikiiki...

Ada siapa2 tahu tempat lain tak??Kalau ada, inform lah di bahagian komen entri ini ok...Thank you..

heeeeee...

10 comments:

Aimi A.Z said...

Cuba cari jenama Ex'otico. Setakat ni saya jumpa satu kedai dekat JJ Cheras Selatan and kalauu tak pun cari dalam Metrojaya. Kalau Metrojaya Mid Valley tu memang ada lah. Kain dia sangat sedap dan t-shirt dia berfesyen-fesyen. So, nampak la macam bergaya sikit. :P seluar pun ada kat situ. Harga kalau T-shirt tuh standard RM69. Tapi rasa berbaloi la dari Scarlet Plus.

and for Shirt or blouse untuk pergi kerja, selain dari kat MS Read booleh cari dekat Brands Outlet, IOI Mall. tapi, bila search, saya jumpa dia ada dekat AEON Bukit Tinggi, AEON Malacca, Ampang Point, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan banyak lagilah. Harga selalunya RM100 untuk 2 blouse.

Owh, dan banyak lagilah. Nanti saya buat blog post pasal ni. :P

Elle said...

brands outlet ade kat Ikano jugak. kat isetan ade Total Women.Tapi range harga lebey kurang Ms. Read gak..ade satu kedai nama BOS tak silap kat Tesco Shah Alam,tesco sebelah pusat akuatik tu..lagi satu Bos ade kat Giant Tmn Permata..hmm..mana lagi ha..adoi limited choice la huhuhhu..aa..klu ms read maju junction dia punya harga dah marked down sbb last season punya huhuhu..sekian mekasih

Anonymous said...

hi, i ade jual baju-baju special size & special design...sila dtg tengkok-tengkok, terima kasih^^

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.366217450066333.84775.362919080396170&type=3

Anonymous said...

kedai pakaian jenama PEACE pun ada saiz yg besar2.

siti mahiza said...

cube tgk kt jessabellapluzsizestealz.blogspot.com :)

SITI NURAISYAH SHAMSUL said...

Kalau tau area jb yang ada jual baju kurung saiz besar share lab ngan saya info nya... Sebab kadang2 beli baju dah OK tapi kain pulak dah.... X ok ( x ngam ) aduii...!!! Slalu buat kantoi dan spoile mood nak shopping baju raya... Kalau korang tau share lah erk?

Facebook: Aisyah Jaybee
Email: aisyah_jaybee87@yahoo.com.my

IRAKI said...

Blh tau kat mana ada jual t shirt lengan panjang size triple kat area kl?

Anonymous said...

cari kat Dorothy Perkins, Erika, Ms. Read, Peace Butik, Total Woman, Nature Clothing - Plus size woman..

sya lin said...

Check Out www.syalincollections.blogspot.com untuk baju2 plus size and extra plus size.

sya lin said...

Baju plus size and extra plus size yang cantik2 di Come visit our website.



Add Us at

http://www.facebook.com/syalin.collection



Like us at

http://www.facebook.com/SyalinsCollection



View us at

http://syalincollections.blogspot.com/

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.