For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Friday, February 26, 2010

PERINGATAN..REMINDER..

Assalamu'alaikum wbt semua dan salam maulidurrasul..

Merujuk kepada entri di bawah oleh Puan Zalia

Blog LWC - Isu Ini Sudah Selesai

***

Saya sedar isu ini telah selesai..
Saya yang terlepas pandang, baru petang tadi saya sempat membacanya..

Tujuan saya menulis entri ini, bukan untuk memanjangkan lagi cerita..
Saya hanya ingin menyatakan pandangan saya dan juga memberi peringatan kepada pembaca-pembaca blog saya ini..

***

Walaupun blogger tersebut menulis entri menegur blogger Puan zalia,
sedikit sebanyak saya rasa tempias nya juga..
Kerana saya dan Puan Zalia, lebih kurang sama keadaannya...

***

perempuan ni poyo je buat blog..
hari-hari bagi orang maklumat..
tapi diri sendiri sampai sekarang tak kurus-kurus!!
makan macam-macam!! tapi nak kurus konon..

(ini keadaan saya..keadaan puan zalia pula, tukar hari-hari bagi maklumat kepada asyik buat contest diet saja!!)

YA!! saya akui..betul lah tu...

Jika anda benar-benar seorang yang gemuk..
atau anda sendiri pernah menjadi gemuk suatu ketika dahulu..
Saya pasti, anda akan merasa apa yang kami rasa..

Betapa sukarnya untuk melawan nafsu makan!!

***

Pada pandangan saya, untuk berdiet ini, kita tidak perlu kejam kepada diri sendiri..
setakat yang termampu lah..
mana yang boleh tahan, tahan lah..
mana yang tidak, layan kan saja, CUMA JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN..

***

Kemudian berkenaan isu ajaran sesat..
Apa yang blogger postkan mengenai menu makanan sehari-hari..
dikatakan mengajar para pembaca mengenai sesuatu yang salah...

Saya tidak rasa pembaca sebodoh itu untuk menilai dan mengikutnya bulat-bulat...
Pembaca pun sudah tahu, itu adalah diari pemakanan..
yang mana baik, ikutlah..
yang mana tidak, jadikan pengajaran..

Jadi pembaca Diari XXL sekalian...
Saya tidak lah mahu anda mengikut cara saya berdiet..
Kerana setiap orang ada daya tahan dan kemampuan yang berlainan..
Banyak informasi yang saya telah beri di dalam blog ini..
Terpulang kepada anda hendak cuba yang mana..
Dan yang mana sesuai dengan diri anda, teruskan!!

Jika anda sedar, apabila anda bertanyakan kepada saya bagaimana untuk kurus,
saya tidak memberi sebarang guideline untuk anda..
saya hanya menceritakan apa yang saya buat..
kerana saya sedar, lain orang lain ketahanan dan kekuatan diri masing-masing..
Terserah pada anda..

Oh, itu ialah berkenaan bab makan..
Dan bagi saya, senaman pula TIADA TOLERANSI..
Itu adalah wajib..
Berkali-kali saya ingatkan kepada pembaca blog saya!!

***

Nama pun diari, jadi perlulah jujur dalam segala hal makan..
Takkan realitinya kita makan KFC, tetapi di dalam blog kita nyatakan kita makan sup sayur hanya kerana kita anjurkan contest diet atau menjadi admin blog diet!!!

Kami manusia biasa..ada nafsu makan..cuma tidak bernasib baik kerana metabolisma badan rendah!!!

***

Kedua berkenaan dengan produk atau supplement nak turunkan berat badan..

Walaupun saya menjual EXCELERADE, saya masih ingin mengingatkan kepada anda..

WALAU APA PUN JENIS PRODUK YANG ANDA MAKAN, KALAU ANDA TAK BERSENAM, SAMPAI MATI PUN ANDA TAK KURUS!!

Tolonglah jangan rely sangat on produk..nak jadikan supplement itu boleh...tapi jangan harapkan 100% on produk..

Produk itu hanya MEMBANTU anda, bukan MENGURUSKAN anda dalam sekelip mata!!

***

Seseorang yang hebat dalam soal pemakanan dan dietary, TIDAK AKAN MENGANJURKAN SEBARANG SLIMMING PRODUCT..Sebaliknya, mereka pandai memanipulasi makanan mentah yang ada untuk jadikan ia berkhasiat!!

***

Saya hanya seorang perempuan biasa yang gemuk yang ingin menurunkan berat badan ke tahap ideal...Informasi di dalam blog ini adalah info menarik yang saya baca dan ingin berkongsi dengan semua orang...

Dengan rasa rendah diri nya, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak mahu anda semua menjadikan saya sebagai idola kerana saya hanya manusia biasa..
Saya mampu merancang, tetapi untuk melaksanakannya 100% adalah sangat mustahil...

Walau apa pun, saya tidak akan berhenti menaikkan semangat saya dan juga anda semua untuk misi menurunkan berat badan..

Biar sama-sama susah dan biar sama-sama senang!

Dan peringatan terakhir dari saya,

Jika anda telah berjaya mencapai berat ideal, perjuangan anda itu jangan berhenti setakat itu sahaja...Berjuang untuk membantu rakan-rakan lain yang senasib dengan anda suatu ketika dahulu...Jadikan mereka seperti anda..Berjuang jangan kerana wang..
.

(Itu sebenarnya nazar saya!)


Jazakallahu khairan kathira!

4 comments:

Mak Doyah said...

eee...sapa la yg kurang ajar duk hantar komen macam tu Ika? Kalau dia tu dah pandai sgt dan dah slim melim sangat, tak payah la nak mengata orang....tak patut betul..

Zatil said...

tak paham la napa org nak bagi teguran2 yang tak membina dan menyakitkan hati....rasulullah kan dah ajar, kalau takda bende yg baik utk dikatakan lebih baik diam.

mmg betul, pembaca tidaklah bodoh. mereka dikurniakan akal untuk berfikir. masalah hanya timbul kalau mereka tak menggunakan akal yg diberi dan ini bukan salah blogger tp salah individu sendiri.

takpalah zully...cekalkan hati. zatil tau zully boleh!!!

(ni pon dlm usaha nk dpt BMI terbaik~~~)

Mia-Ina said...

biasalah ...dlm hidup ni mesti ada org dengkikan kte...mmg betul kata ika....setiap org ada daya ketahanan msg2x..so kena ikut cara diet sendiri...kte hanya boleh jd kan panduan bg org yg kte lihat sbg inspirasi2.

pe jua produk yg digunakan...mmg benar, ia hanya membantu...yg ptg kekalkan senaman...mmg akak selalu tekankan kpd pengunjung blog akak gak....rahsia kurus bukan hanya produk2.....senaman dengan disiplin & jg pemakanan..klu pengorbanan x dibuat, manakan dpt hasil.

setuju lg pendapat ika ttg kte ni manusia biasa..yela, takat makan sesekali kfc ke, gulai ke...xpe sbnrnya cuma kena amik dlm keadaan berjaga..sape kata x boleh lgsung kan ika..even kte in diet proggramme...

P/s : sedih, krn ada org ckp "klu diet ni, ko kan x leh sentuh makanan itu makanan ini...huhu," sampai hati diaorg..kte pun nk jg rs

Mey Mey said...

Sokong ika manyak2 gak...
hehe...takper we know what we r doing..

:D

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.