For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Monday, December 28, 2009

SELAMAT HARI JADI DIARI XXL dan CONTEST

Salam semua..

Hari ni genap setahun usia blog sy, Diari XXL...

Terima kasih pada pengunjung blog yg tak putus-putus menziarah dan aktif memberi respon terhadap post-post yg sy utarakan...

Tak lupe juga pada silent readers, walaupun sehingga kini anda masih mendiamkan diri, ketahuilah bahawa sy merasai kehadiran anda..haha..TENKIU SO MUCH!!

Berdasarkan statistik blog Diari XXL,

Total Hits, Unique visitor = 20,904

dan average reader yg same masuk ke blog setiap hari adalah seramai 25 orang!!

boleh tahan ramai..terima kasih ye semua!!



***

Sempena ulangtahun blog yg pertama..
Saya nak buat satu contest..
Hadiahnya ialah SATU PACK AIR MINUMAN EXCELERADE!!
muahahaha..mahu tak??


Jawab soalan-soalan di bawah...

1. Bagaimana saya berusaha untuk kurus?

2. Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?

saya tuu awk..bukan ika..hehe

dan Lengkapkan ayat di bawah

Saya suka baca blog DIARI XXL kerana ....

Tiada had bilangan patah perkataan bagi jawapan anda.

Kata-kata yg paling kreatif dan memikat hati sy, akan memenangi pertandingan ini...

Postkan jawapan anda di bahagian respon ENTRI INI!!

Syarat2 pertandingan :

1. Mesti jadi FOLLOWER blog Diari XXL..

2. Contest dibuka sehingga 30hb Disember 2009

3. Pemenang akan diumumkan pada 1hb Januari 2010

4. Jawapan hanya dalam bahasa melayu sahaja..no rojak2 okeh..ika menyahut seruan kerajaan, bahasa jiwa bangsa..hehe

5. Hanya jawapan yg dipostkan di bahagian respon entri ini sahaja yg akan dianggap masuk bertanding.

5. Hanya SEORANG PEMENANG SAHAJA yg akan diumumkan.

OK.GOOD LUCK!!

13 comments:

@adlynna@ said...

1. Bagaimana saya berusaha untuk kurus?
saya tidak makan nasi atau bende2 bermintak selama 1 bulan..saya amalkan.GM Diet...tpgm diet soh diet yang terator..tapi saya tak ikot..haha..hanya makan buah selame 1bulan tu..dan hasil nya mmg memuaskan..tapi dapat penyakit gastrik...hahahah..xpe..beauty is pain...grrrrrr

2. Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?
saya nak jadi model..huahuahuahau...no laa..saya nak g potosut..ramai yang ajak..tp sy x yakin dengan berat badan saya skunk..dah berat ideal nnt..br sy trima tawaran abang2 camera man ek....waaaaaa..

Saya suka baca blog DIARI XXL kerana blognih banyak bagi info2 tentang diet yang sehat..dan jugak menyebabkan rasa nak diet n nak kurus itu berkoba2 bile tngk pic cik ika kite nih...weeeeeeee....

Mia-Ina said...

BAGAIMANA SAYA BERUSAHA UNTUK KURUS?

Mutiara yang indah bermula dari tamsilan minda akan sebuah pena. Namun, melakar hasrat idaman hati untuk dinobatkan karakter wanita kurus dengan diet sihat bukan semudah membina istana di kayangan. Itulah saya mia-ina yang mencipta susur arah membina tembok-tembok kekuatan diiringi cara dan rentak menjayakan impian yang diukir demi meruntuhkan suara-suara caci nista dan omongan orang di sekeliling akan bicara ”tembam”, ”gemuk” dan ”montel”.

Pendekatan saya untuk kurus mudah sahaja meskipun sesuatu yang mudah bisa menjadi sukar jika sering dilontarkan perkataan sedemikian. Realitinya ” Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,”. Pengenalan pertama saya bersama HERBALIFE adalah titik mula dimana saya berusaha menurunkan berat asal 60kg pada Disember 2008. HERBALIFE adalah tutor utama saya dalam mendidik jiwa, mendisiplinkan diri saya dalam mengatur menu dan asas pemakanan yang sihat . Di sebaliknya juga, terkandung pengisian senaman serta aktiviti sihat secara berterusan yang akhirnya membangkitkan sanubari saya untuk mengekang segala tabiaat buruk pemakanan saya satu ketika dahulu. Segala tips dan pantang larang yang saya gariskan demi mencapai impian anggun ini benar-benar membuahkan jiwa dan minda saya setiap kali melihat penurunan demi penurunan pada skala penimbang. Kala gema takbir raya 2009 meniti hari, terciptalah impian seindah bintang saya. Penurunan sebanyak 10.5kg selama setahun, penuh dengan rasa syahdu meskipun kini saya tidak bersama dengan HERBALIFE lagi. Bening air mata saya menitis sendu bercampur gembira apabila insan-insan yang dahulunya mencaci dan mengutuk saya terpana melihat perubahan & kata pertama yang sungguh bermakna buat saya adalah apabila seoarang sahabat menyebut ” Wah, mia dah kurus,”. Kurus? Ya, itulah detik rakaman indah destinasi usaha kental saya selama ini.

Pena tinta maya ( mia –ina )

Mia-Ina said...

APAKAH PERKARA PERTAMA YANG AKAN SAYA LAKUKAN SETELAH IMPIAN MENCAPAI BERAT IDEAL TERCAPAI?

Seribu impian...saya lorekkan menjadi tulisan. Tulisan yang melukiskan perasaan kala berat ideal 47kg mungkin tercapai di masa hadapan. Angan-angan bintang kejora ini saya gariskan sebagai satu anugerah jika apa yang diimpikan tercapai jayanya. Jika impian ideal itu terjana hendaknya, apa yang terbayang di benak minda saat ini adalah bergelar puteri kayangan duduk di singgahsana bersama putera idaman. Seakan cerita hikayat seribu satu malam pula impian pertama saya ini. Meskipun saya bukan puteri istana realiti, saya mengharapkan dengan berat ideal 47kg ini, saya bisa berbusana indah langsing dan ramping kala bergandingan dengan putera idaman saya saat disatukan nanti dalam mahligai cinta kami. Penampilan anggun di majlis indah itu akan didokumentasikan sebagai rakaman cinta seiring impian berat ideal yang saya miliki saat itu tiba.

Pena tinta maya ( mia –ina )

Mia-Ina said...

Saya suka baca blog Diari XXL kerana mengenali penulisnya Adik Siti Zulaikha Binti Kamaruddin bagaikan terasa indahnya ukhuwah maya ini meskipun belum mengecap pertemuan realiti antara kami. Ya, pastinya ukhuwah itu indah jika suntuknya waktu punca kelupaan, biarlah teguh setia mengukir seri ukhuwah..jika pertemuan punca kejauhan, biarlah tulus budimu,dik mengubati sejambak kerinduan ini..

Saat bertamu di Diari XXL buat pertama kali melangkah, saya teruja dengan kesungguhan, kekentalan dan semangat penulisnya yang tidak jemu menulis dengan bicaranya tersendiri malah kekaguman saya ini adalah rentetan usaha penulis ke arah mencapai berat idealnya. Penurunan demi penurunan, perjalanan diri penulis hari demi hari setia saya ikuti. Penulis menjadi inspirasi saya sejak kali pertama saya menulis di blog lagi. Kemenangan penulis dalam Pertandingan TBL anjuran Kak Kaseh baru-baru ini juga menyentak kalbu saya untuk memberi satu tabik dan tahniah atas pengorbanannya mencapai hasrat yang diidamkan.

Malah, kunjungan saya di teratak diari XXL ini lebih bermakna dan berilmu apabila saya menemukan pengisian diet dan informasi umum yang membantu melancarkan perjalanan diet harian saya. Ruangan yang menambat hati saya adalah ’DIET” dan ’PEMAKANAN’. Syabas buat penulis atas kesungguhan berkongsi segala tips dan petua-petua pemakanan sihat.

Buat Adik ika tersayang,
Salam ulangtahun blog yang pertama.

" Menulis memang indah, seindah kata-kata yang tersusun rapi, berjejer bagai gunung yang pijakannya mampu menahan gempa, bersolek bagai perawan dalam pingitan, berdansa bagai penari-penari di atas latar. Sungguh indah, ketika kata dapat menggugah, menghipnotis, merangsang dan membuat pembaca sedih. Sungguh hanya deretan kata yang dapat memberi makna tersendiri, tanpa ada yang menggerakkan untuk menangis, tanpa ada yang memaksa untuk bergembira , tanpa ada larangan untuk bersedih. Semuanya bangkit dari diri pembaca lantaran kata-kata yang indah, daya hipnotisnya yang kuat, daya rangsangnya yang menggugah. ketika itulah penulis menemukan makna yang sebenarnya, makna bagi dirinya dan bagi orang lain,”

Selamat berkarya dan teruskan menulis,dik.


Pena tinta maya ( mia –ina )

NaNa YuSoF said...

Salam....hai kak ika... saya rasa nak sahut contest kak ika ni...hehehe...sebab saya ni pun antara silent reader akak...

Jawab soalan-soalan di bawah...
1. Bagaimana saya berusaha untuk kurus?
- Buat masa ini, banyak usaha yang telah dan sudah saya lakukan. Selain minum Jus Mate 5, saya turut bersenam, walaupun jarang dapat melakukannya. Bila ada masa lapang, saya akan berjalan kaki sekitar kawasan taman perumahan bersama kawan-kawan. Selain itu, saya juga turut melakukan senamrobik dirumah. Pemakanan saya juga turut saya kawal dan yang paling penting, sekarang saya dalam cabaran 99 hari tanpa nasi. Dan sekarang saya tidak sabar untuk mencuba MINUMAN EXCELERADE yang pemilik blog Diari XXL syorkan.

2. Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?
- Pertama sekali semestinya saya bersyukur kerana impian untuk mencapai berat badan ideal telah tercapai kerana semenjak kecil, saya tidak pernah kurus. Dan perkara pertama yang saya akan fikirkan adalah mencari jodoh. Ini kerana fizikal saya sekarang membuatkan saya malu berdepan dengan orang diluar sana terutamanya lelaki. Selain itu, saya akan kekalkan bentuk badan dengan mengamalkan pemakanan dan senaman yang baik supaya saya kekal cantik, ramping dan yang paling penting, sihat.

dan Lengkapkan ayat di bawah

Saya suka baca blog DIARI XXL kerana pemilik blog ini banyak berkongsi tips-tips kesihatan terutama sekali bab pemakanan dan senaman. Saya juga teruja dengan semangat pemilik blog ini kerana impian beliau yang inginkan berat badan ideal membuatkan saya juga bersemangat untuk menguruskan badan.

(jawapan keluar dari hati...huhuhu.....)

Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Diari XXL..semoga blog ini dikenali ramai... hehehe... dan harap dapat baca banyak lagi info dan cerita menarik dari kak ika..

NiNie said...

Salam ika....NiNIe pun salah sorang peminat blog ika ni walaupun dalam diam..tp setiap masa terluang pasti tgok DIARI XXL...

So...NiNIe nak pun nak try jugak masuk contest ika ni...huhuhuh..amat bererti untuk NiNIE taw...

Soalan 1.
Bagaimana saya berusaha untuk kurus?

Bermula dari membaca DIARI XXL, tercetus dihati untuk menurunkan berat badan NiNiE yang naik mendadak hanya dalam masa 9 bulan, sebanyak 30kg...NiNiE tak ade semangat nak turunkan sampai tarikh keramat 12.11.2009 yang lalu setelah membaca blog ika.. Bermula dari tarikh itu..NiNiE mengambil keputusan untuk TIDAK MAKAN MAKANAN BERAT terutama NASI selama 6 BULAN sehingga tarikh 29.04.2010 akan datang..untuk masa ni, NiNIE telah berjaya membuktikan NiNIE tidak mengambil nasi selama 48 hari sehingga tarikh ini.. apa yang NiNIe amalkan dan ushakan hanyalah :
1. Mengambil Oat untuk menurunkan kolestrol NiNIe
2. Mengambil makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan dan sayuran
3. Memasak lauk pauk dengan hanya KUKUS/STIM, REBUS dan menggunakan OLIVE OIL untuk menggoreng
4. Tidak mengambil KAFIEN yang tinggi
5. Mendisiplinkan diri untuk bersenam setiap pagi dan petang..

Banyak pengalaman yang NINIe lalui setelah bergelar SI GEMUK dan BESAR...tibalah masanye untuk NiNIe berubah...

Soalan 2.
Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?

Selama nini gemuk, banyak anggota badan yang sakit2 terutama kaki. Disebab itu juga, ibadah ninie sering terganggu...termasuk lah sukar untuk solat berdiri kerana sakit kaki dan lutut.. Dari dulu ninie impikan untuk beribadah secara sempurna terutama semasa duduk tahiyatul awwal dan akhir..NinIe tidak dapat melakukannya dengan sempurna.. Maka, pertamanya kalau NiNIe kurus..Ninie nak belajar semula solat secara sempurna macam orang lain!! That's my BIG wish!! Semoga ninie dapat mencapai impian besar ninie tu..
Selain tu, NiNIe nak jaga kesihatan ninie sampai ke tua memandangkan sejarah keluarga yang banyak sakit kronik seperti kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang...

Soalan 3.
Saya suka baca blog DIARI XXL kerana...

ia telah menjadikan saya sebagai sumber inspirasi untuk menjadi seperti pemilik blog ini iaitu Cik Zulaikha, membuatkan saya berazam untuk terus berusaha menurunkan berat badan yang selama ini, saya hiraukan dan tidak mengambil peduli tentang kepentingan menjaga tubuh saya sendiri. Yang penting, blog ika ini telah menjadikan diri saya kembali bersinar setelah ditinggalkan orang tersayang akibat tidak boleh menerima diri saya yang gemuk!! Gemuk ini telah memusnahkan cinta saya!!

Blog ika yang simple dan mudah dibaca, dan disebalik ke'simple' an itu, ia mengandungi sumber2 yang padat dan mampu memberi pengetahuan yang berguna kepada saya bg merealisasikan impian saya untuk sihat disamping tubuh badan yang langsing...

Selamat Hari Jadi DIARI XXL.. Semoga blog ini memberi lebih bayak inspirasi kepada manusia2 diluar sana yang sama masalah nya seperti saya...Semoga ika dapat mencapai impian ika dan Gud Luck untuk ika...

NJ said...

salam adik ika..kak N ni nak join contest tapi macam x berape nak reti jer nak buat karangan berjela2tu la..apa seadanya je la akak coret kan sini ek..apa pun SELAMAT ULANGTAHUN TUK DIARI XXL...

1.BAGAIMANA SAYA BERUSAHA UNTUK KURUS?..

Kak N mula dengan diet yang sebenar skrg kerana dah letih dgn diet2 yg berbagai jenis sebelum2 ini..mmg dah byak cara cuba..tapi cara skrg kak N rasa sihat dan lebih mudah nak dilanjutkan dalam menu harian..kurangkan makan nasi..jgn makan nasi malam..makan nasi sekali jer sehari kalau dah tak tahan godaan lauk2 yg sedap tu la kan..byak kan makan sayur2 dan buah2..senam tu..alamak mmg x berape nak sempat la pulak dgn keja sendiri skrg ni..tapi ada jugak bukan lansung tak ada.. kurang makan yg berminyak..tapi hantu coklat..jadi kena la kawal diri ni skrg..tujuan cuma nak sihat juga jauhi penyakit yg mudah datang bila berat kita melebihi had..juga nak turun kan berat ni la..supaya senang sikit nak pakai baju2 kurung yg dah lama tersimpan dalam koleksi almari pasangsiap kat bilik tu dah hampir 5 tahun.. masih baru lagi..apa pun kak N nak kurus tuk sihat juga senang nak bergerak melakukan apa juga tugasan sehari-hari..
Ada juga baca buku2 tentang diet yg betul dan tgok gambar2 lama tuk ingatkan kembali juga jadikan inspirasi nak capai tujuan..

2.APAKAH PERKARA PERTAMA YG AKAN SAYA LAKUKAN SETELAH IMPIAN MENCAPAI BERAT IDEAL TERCAPAI?

Menadah tangan bersyukur kerana setelah berusaha sekian lama untuk kurus seperti zaman beranak 2 dulu..dan akan buat kenduri doa selamat menjamu makan kepada tetamu yang hadir..insyallah ada rezeki lebih nak bersedekah lebih lagi..(sebab kak N dulu mmg kurus ika sebelum kawen 53kg paling berat..mendadak selepas melahirkan anak ke 3 secara pembedahan - tentu x sabar nak kurus semula mcm dulu cuma usia makin meningkat lebih menjurus kepada jaga kesihatan saje skrg ni.. itu yg utama nak kurus)

SAYA SUKA BACA BLOG DIARI XXL kerana...

Mula jadi BLOGGER ni..jalan2 kat rumah kawan2 baru dikenali.. terjumpa blog ni..terpikat kerana nama blog DIARI XXL tu yg terus masuk..jadi pengikut sampai skrg.. kerana isi tulisan DIARI XXL mmg byak membantu sesiapa yg nak kurus dan turunkan berat badan..panduan pemakanan..dan diet dgn cara yg betul..juga tuan rumah DIARI XXL ni mmg peramah juga mesra alam.. tanya apa saje akan dijawap.. itu yg kak N suka sgt..kak N lalu umah EYNDA DIARYS masuk ke DIARI XXL.. masa tu awal2 akak jadi blogger ni la..tapi mmg terus menerus akan jadi pembaca setia juga pengikut setia DIARI XXL..

Dan juga nak dapatkan tu..cuba minuman EXCELERADE tu la kan..kalau ok terus la nak cuba sampai capai tujuan diet..sbb dah pernah cuba berbagai produk sebelum ni (HERBALIFE,BIODEX,JUSMATE 5 dan pernah pergi ke MARY FRANCE pusat perlansingan tu la pun..turun kejap naik balik..aduhh seksa dan letih la..)

Tuk adik IKA semoga terus menulis di DIARI XXL yg byak menjadi panduan dan rujukan ini..terimakasih dan tahniah tuk DIARI XXL kerana dah jejak usia setahun kini..

NiNie said...

Salam..
NinIe dah isik tadi taw..tapi ntah nape tak leh nak publish kan comment ninie ni..nape ek??
Whatever pun, NiNIe try lagik untuk menjawab contest ika kali kedua...

Untuk pengetahuan, NiNiE dah mengalami peningkatan berat badan senayak 30kg dalam masa hanya 9 BULAN!!

Soalan 1.
Bagaimana saya berusaha untuk kurus?

Azam NinIe untuk menurunkan berat badan ni bermula semasa NiNIe membaca blog DIARI XXL pada 12/11/2009 yang lalu. Maka, sepantas kilat NiNiE membina Blog untuk menurunkan berat badan seperti IKA.. Maka sejak dari tarikh keramat itu lah NiNIe berazam untuk tidak mengambil makanan yang BERKALORI TINGGI dan sejak dari tarikh itu juga NiNIe telah menghentikan pengambilan NASI. Sehingga hari ini, genap NiNIe tidak mengambil NASI selama 47 hari!! Selain itu NinIe cuba untuk :
1. Mengamalkan pengambilan oat dan serat untuk menurunkan kolestrol NiNIe
2. Mengamalkan pengambilan sayuran dan buahan
3. Mengelakkan pengambilan makanan berkalori tinggi
4. Memasak lauk pauk secara KUKUS/STIM, dan REBUS serta menggunakan MINYAK OLIVE untuk menggoreng
5. Mengamalkan aktiviti sihat seperti bersukan, aerobik pada setiap pagi dan petang
.....sehingga 6 bulan iaitu 29.04.2010 untuk menurunkan berat sebanyak 37.8kg!!

Soalan 2.
Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah mencapai berat ideal tercapai?

Untuk pengetahuan IKA dan pembaca lain, NiNIe mengalami kesukaran untuk beribadah secara selesa dan betul kerana sentiasa mengalami masalah sakit pada kaki dan lutut... didalam hati NiNie, teramat sangat untuk beribadah macam orang lain...NiNIe mangalami masalah terutama pada duduk tahiyat awwal dan akhir dan ia tidak begitu sempurna..
Jadi, sekiranya nInIE berjaya menurunkan berat nInIe, NinIe akan belajar untuk memperbaiki mutu solat ninie..nInIe teringin sangat nak duduk tahiyat dengan sempurna...

Saya suka baca blog DIARI XXL kerana...
ia telah menjadikan saya dari seorang yang lemah kepada seorang yang kuat untuk menurunkan berat badan. Ia membuatkan saya berazam untuk menjadi seperti empunya blog ini untuk terus menikmati kehidupan dengan sihat dan tanpa gangguan dari masalah sakit buatan diri sendiri yang tidak menjaga berat badan...
Ia juga menjadikan saya seorang yang yakin pada diri setelah mengalami masalah ditinggalkan org tersayang akibat dari BAHANA GEMOK dan GEMOK ini telah memusnahkan cinta NinIe!! Suka semasa cantik dan ditinggalkan selepas berat ninie naik meningkat!! Oh Tuhan, Tabahkan hati NiNIe dan semoga NINIE berjaya meneruskan azam untuk KURUS dan SIHAT...
Blog ini yang bersifat simple tetapi padat telah menjadikan NiNIe memperoleh banyak pengetahuann berkaitan Diet dan Pemakanan serta info yang berguna untuk NiNIe meneruskan usha murni NinIe...
Selamat hari jadi DIARI XXL... semoga lebih ramai manusia diluar sana yang menghadapi masalah yang sama seperti ninie dapat membaca blog ini dan menjadikannya sebagai satu inspirasi untuk mereka...
Chaiyok2 Ika!!

Shazwani said...

salam..sy pon nk join jgak bole..dh jadi follower dah.okeh.sy cube yer.heheh :)

1. Bagaimana saya berusaha untuk kurus?
emm..saye berusaha nak kurus dengan cara yang pertama mengambil 2 orang contoh blogger yang menjadi sumber inspirasi saye iaitu Kak.Ika dan Cik Akak Manis Einz.hehe.mereka sebagai pembakar semangat saya.penting! haha. ok yang kedua saye tak makan nasi 3 bulan.saye cume ambil roti wholegrain dan biskut serta sayur-sayuran yang err..sbnrnye tak suke.tapi amik jgak! saye kawal semua pemakanan saye,tapi sy tak penah kebulur..mane leh tak makan langsung kan?.setiap pagi dan ptg saye akan eksesais yang biase2 je.pagi pegi taman rekreasi..berjalan2 keliling ptg naik mini stapper.emm.sy tak ambil sebarang pil2 kurus.walaupun penah terjebak tapi saye dah elakkan selepas saye betul2 nekad nak kurus dengan cara yang elok.hehe.ok tu je kot.

2. Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?
perkara pertama yang saye lakukan adalah saye nak shopim sakan baju2 yang saye tak bolee nak pakai dlu.sedih. ahaha. err selain tu..saye nak pegi kat orang yang penah ejek saye gemok! cakap kat mereka.."heii.saye dh kurus ok" haha(ok yang tu saye takkan buat)

Saya suka baca blog DIARI XXL kerana banyak info2 yang amat2 saye perlukan disini.saye suke membaca dan saye perlu membaca info penting untuk meneruskan misi saye.tq ;)

oklah.sekian.
ps: saye silent reader akak.harap diterima yerr..

Nadia Yuna said...

Salam ika, Akak harap penyertaan ini masih diterima pada tarikh 30 december ini. =)

1.Bagaimana saya berusaha untuk kurus?

Saya gemuk secara mengejut setelah ditimpa kemalangan acara padang di sekolah sejak bulan februari yang lalu. Ubat yang ditelan selama dua bulan menyebabkan berat badan saya meningkat secara mendadak sebanyak 15kg dalam masa empat bulan. Berat itu (tambahan 15kg) kekal sehingga sekarang. Saya sedar saya perlu untuk bekerja kuat bagi mengembalikan semula berat saya sebelum terjadinya kemalangan itu.

Pertamanya,
Saya akan mengawal jumlah kalori pemakanan saya dengan mengawal sedikit demi sedikit pengambilan nasi dengan melebihkan lauk sahaja. Saya bermula secara perlahan untuk mengelakkan badan terkejut dengan perubahan secara drastik. Saya gusar pengambilan makanan selepas itu lebih banyak dari kebiasaannya. Harapan saya, dalam masa seminggu, badan saya mula selesa dengan jumlah pengambilan makanan yang sedikit.

Pada minggu yang kedua,
Saya akan mula mengamalkan detox diet. Saya pernah mencuba sekali kaedah ini. Dan ternyata ia berkesan untuk mengurangkan berat badan saya. Ia juga berkesan untuk melancarkan sistem penghadaman saya untuk ke tandas sekurang-kurangnya sekali sehari (kerana pada saat ini 4 hari sekali pun belum tentu ke tandas. Perut ini sangat degil untuk menghadamkan makanan) Mungkin dengan meningkatnya pengambilan buah-buahan juga sayur-sayuran di dalam menu detox diet banyak membantu memudahkan penghadaman.

Bermula pada minggu pertama lagi,
Saya akan pastikan saya membuat senaman sekurang-kurangnya 20minit sehari. Sibuk mana pun. Saya akan pastikan saya buat! Ya! Mesti! Pada awalnya (hari pertama dan kedua), saya akan mulakan dengan briskwalking sekeliling taman untuk meregangkan semula otot yang sudah terlalu lama bersenang lenang. Pada hari ketiga saya akan mula berjoging dan mengumpul stamina untuk hari-hari seterusnya. (matlamatnya, setiap hari bertambah satu pusingan).

Bermula pada minggu kedua dan seterusnya,
(setelah badan mula selesa dengan tenaga) Saya akan terus berjoging dan kemudiannya bekerja melalui CD Aerobik yang ada. Usaha akan berterusan sehingga saya berjaya mendapat berat ideal saya.

** Setiap hari jumaat adelah hari untuk mencatatkan kemajuan diri =)
** Setiap hari juga saya akan memastikan sekurang-kurangnya saya minum 2.5 liter air masak (1 botol besar)

Nadia Yuna said...

2. Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?

Setelah saya mencapai berat ideal saya.

Pertama sekali, saya akan kembali menyarung baju-baju yang sudah lama membuang masa tergantung secara sendiri dalam almari selama 8 bulan! Akibat saya tambah 15kg. Saya tak muat nak sarung semua baju tu lagi. Maka inilah perkara pertama perlu saya buat. Membalas dendam. Menyarung baju-baju lama bersaiz S dan M. Bukan lagi L dan XL.

Keduanya, saya akan memberi hadiah (ganjaran)kepada diri sendiri dengan membelikan minyak wangi body shop (sebab saya dah lama teringin nak beli. Tapi mahal. Mungkin hadiah ini paling berharga sebagai ganjarannya). Saya akan lebih bermotivasiiiii~(^.~)

Ketiga, Saya akan memastikan saya dapat mengawal berat badan ideal dengan terus mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat untuk tidak kembali kepada tahap berat berlebihan dan obesiti. (oh. Sangat sedih bila tidak mampu menyarung baju lama sekarang)

Keempat, Pastinya akan kembali berjumpa kawan-kawan seperjuangan yang kebanyakannya sudah tidak mengenali saya kerana terlalu SIHAT bentuk badan. Dari S jadi XL siapalah yang mampu kenal saya kan? Setelah berjaya mendapatkan berat badan ideal. Saya akan berjumpa dengan mereka. Lebih berkeyakinan dan bersemangat tinggi (tak lagi rasa macam nak jalan sambil tunduk taknak tengok orang)

Nadia Yuna said...

Saya suka baca blog DIARI XXL kerana ....

Blog ini adalah blog pertama saya jumpa secara tidak sengaja yang memberi saya MOTIVASI untuk berjaya menurunkan berat badan! Ayat pertama keluar dari mulut saya ketika membaca blog ini pada masa itu adalah, Ya Allah, Kalau dia boleh. Kenapa aku tak boleh? Terus bersemangat untuk berusaha lebih gigih (walaupun terpaksa diberhentikan sementara waktu sehingga hujung minggu ini setelah dilarang oleh doktor akibat berlaku masalah kesihatan yang teruk. Tak boleh putus asa sekarang!)

Blog DIARI XXL juga sudah pasti memberi banyak input dan informasi berguna untuk saya gunakan sepanjang saya dalam tempoh berhibernasi mengembalikan berat badan asal. Input dan informasi blog ini banyak membantu saya bukan sahaja dari segi menu-menu diet , tetapi juga menimbulkan rasa semangat yang tinggi dan kembali BERMOTIVASI setiap kali melihat gambar tuan punya blog, dan angka penurunannya yang banyak itu.

Jika empunya blog DIARI XXL ini mampu mengurangkan hampir 40kg lebih. Apa alasan saya untuk tidak mengurangkan 15kg saya itu? Perkara inilah yang membuatkan saya terus setia melihat entri baru di blog DIARI XXL ini selain dari meneruskan penjelajahan maklumat entri-entri lama.

Kesimpulannya, blog DIARI XXL ini begitu BERMOTIVASI dan MEMOTIVASIKAN semua pembacanya. Percayalah! =)

Anonymous said...

1. Bagaimana saya berusaha untuk kurus?
2. –Saya kurangkan makan makanan yg berlemak, mengira kalori mengikut keperluan badan dan membuat senaman sekurang2nya 4x seminggu.

2. Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?
3. –perkara pertama yg hendak saya lakukan? Saya hendak pergi mendaki bukit ke..gunung ke…tak kisah le gunung apa pun..teringin sgt! Skang gumuks susah nak panjat..dah berat ideal nnt mesti senang nak panjat kan?


Saya suka baca blog DIARI XXL kerana ....

Saya suka kerana blog ika ni banyak informasi yg berguna. Selain itu..saya dapat menaikkan semangat saya utk meneruskan perjuangan ini sbb saya tahu bukan saya seorang saja yg mengalami masaah kegemukan yg dasat ini! . Semangat makin naik hendak berlumba dgn Ika..jangan marah haa ika… Teruskan usaha anda..

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.