For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Tuesday, December 29, 2009

Mia-Ina

Jawapan :

BAGAIMANA SAYA BERUSAHA UNTUK KURUS?

Mutiara yang indah bermula dari tamsilan minda akan sebuah pena. Namun, melakar hasrat idaman hati untuk dinobatkan karakter wanita kurus dengan diet sihat bukan semudah membina istana di kayangan. Itulah saya mia-ina yang mencipta susur arah membina tembok-tembok kekuatan diiringi cara dan rentak menjayakan impian yang diukir demi meruntuhkan suara-suara caci nista dan omongan orang di sekeliling akan bicara ”tembam”, ”gemuk” dan ”montel”.

Pendekatan saya untuk kurus mudah sahaja meskipun sesuatu yang mudah bisa menjadi sukar jika sering dilontarkan perkataan sedemikian. Realitinya ” Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,”. Pengenalan pertama saya bersama HERBALIFE adalah titik mula dimana saya berusaha menurunkan berat asal 60kg pada Disember 2008. HERBALIFE adalah tutor utama saya dalam mendidik jiwa, mendisiplinkan diri saya dalam mengatur menu dan asas pemakanan yang sihat . Di sebaliknya juga, terkandung pengisian senaman serta aktiviti sihat secara berterusan yang akhirnya membangkitkan sanubari saya untuk mengekang segala tabiaat buruk pemakanan saya satu ketika dahulu. Segala tips dan pantang larang yang saya gariskan demi mencapai impian anggun ini benar-benar membuahkan jiwa dan minda saya setiap kali melihat penurunan demi penurunan pada skala penimbang. Kala gema takbir raya 2009 meniti hari, terciptalah impian seindah bintang saya. Penurunan sebanyak 10.5kg selama setahun, penuh dengan rasa syahdu meskipun kini saya tidak bersama dengan HERBALIFE lagi. Bening air mata saya menitis sendu bercampur gembira apabila insan-insan yang dahulunya mencaci dan mengutuk saya terpana melihat perubahan & kata pertama yang sungguh bermakna buat saya adalah apabila seoarang sahabat menyebut ” Wah, mia dah kurus,”. Kurus? Ya, itulah detik rakaman indah destinasi usaha kental saya selama ini.

Pena tinta maya ( mia –ina )

APAKAH PERKARA PERTAMA YANG AKAN SAYA LAKUKAN SETELAH IMPIAN MENCAPAI BERAT IDEAL TERCAPAI?


Seribu impian...saya lorekkan menjadi tulisan. Tulisan yang melukiskan perasaan kala berat ideal 47kg mungkin tercapai di masa hadapan. Angan-angan bintang kejora ini saya gariskan sebagai satu anugerah jika apa yang diimpikan tercapai jayanya. Jika impian ideal itu terjana hendaknya, apa yang terbayang di benak minda saat ini adalah bergelar puteri kayangan duduk di singgahsana bersama putera idaman. Seakan cerita hikayat seribu satu malam pula impian pertama saya ini. Meskipun saya bukan puteri istana realiti, saya mengharapkan dengan berat ideal 47kg ini, saya bisa berbusana indah langsing dan ramping kala bergandingan dengan putera idaman saya saat disatukan nanti dalam mahligai cinta kami. Penampilan anggun di majlis indah itu akan didokumentasikan sebagai rakaman cinta seiring impian berat ideal yang saya miliki saat itu tiba.

Pena tinta maya ( mia –ina )

Saya suka baca blog Diari XXL kerana...

mengenali penulisnya Adik Siti Zulaikha Binti Kamaruddin bagaikan terasa indahnya ukhuwah maya ini meskipun belum mengecap pertemuan realiti antara kami. Ya, pastinya ukhuwah itu indah jika suntuknya waktu punca kelupaan, biarlah teguh setia mengukir seri ukhuwah..jika pertemuan punca kejauhan, biarlah tulus budimu,dik mengubati sejambak kerinduan ini..

Saat bertamu di Diari XXL buat pertama kali melangkah, saya teruja dengan kesungguhan, kekentalan dan semangat penulisnya yang tidak jemu menulis dengan bicaranya tersendiri malah kekaguman saya ini adalah rentetan usaha penulis ke arah mencapai berat idealnya. Penurunan demi penurunan, perjalanan diri penulis hari demi hari setia saya ikuti. Penulis menjadi inspirasi saya sejak kali pertama saya menulis di blog lagi. Kemenangan penulis dalam Pertandingan TBL anjuran Kak Kaseh baru-baru ini juga menyentak kalbu saya untuk memberi satu tabik dan tahniah atas pengorbanannya mencapai hasrat yang diidamkan.

Malah, kunjungan saya di teratak diari XXL ini lebih bermakna dan berilmu apabila saya menemukan pengisian diet dan informasi umum yang membantu melancarkan perjalanan diet harian saya. Ruangan yang menambat hati saya adalah ’DIET” dan ’PEMAKANAN’. Syabas buat penulis atas kesungguhan berkongsi segala tips dan petua-petua pemakanan sihat.

Buat Adik ika tersayang,
Salam ulangtahun blog yang pertama.

***

Apa komen anda??

2 comments:

Zulaikha said...

perghhhhh....kata2 kak mia begitu menusuk2 jiwa kalbuku...cayalaaaa...hehe

Mia-Ina said...

malunye.....mesti akak di cop 'jiwang' lps ni....dah biasa mengarang camni..aduh! xpe..xpe..yg pasti menyentak kalbu ika kan...hehe

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.