JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Sunday, July 26, 2009

Keburukan Kentang Goreng @ Fries

klik utk besarkan



Dengan kalori yang tinggi termasuk lemak tepu dan lemak trans, kentang goreng lebih memudaratkan kesihatan anda.

Dewasa ini, kulinari Barat semakin diterima dalam menu hidangan kebanyakan rakyat Malaysia. Kentang goreng adalah antara yang bukan lagi asing. Daripada menjadi hidangan popular di restoran makanan segera atau dihidangkan bersama sajian Barat seperti stik atau digoreng sendiri di rumah, kentang goreng begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.

Kesedaran masyarakat terhadap kesihatan hari ini yang semakin tinggi mendorong kebanyakan daripada kita menyedari keburukan di sebalik kelazatan kentang goreng.

Walaupun, kentang sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik, tetapi penyediaan kentang yang digoreng kemudian ditaburkan pula dengan perasa seperti garam menyebabkan menu ini lebih banyak mendatangkan
keburukan.





--------------------------------------------------------------------------------
Apatah lagi jika hidangan ini dinikmati di restoran, biasanya minyak yang digunakan untuk menggoreng digunakan berulang-ulang kali sehingga selalunya warna minyak bertukar hitam. Menurut pakar pemakanan Institut
Jantung Negara, Mary Easaw, minyak digunakan berkali-kali akan menyebabkan kandungan kalori pada makanan yang digoreng semakin tinggi dan membahayakan kesihatan.

Malah, penyelidikan nutrisi antarabangsa mendedahkan dalam satu hidangan kentang goreng, biasanya kandungan kalori hampir separuh daripada keseluruhan nutrisi yang ditawarkan sajian itu.




--------------------------------------------------------------------------------

Fakta nutrisi menyatakan bagi satu hidangan besar kentang goreng sekitar 169 gram, ia mempunyai 539 kalori, 63.4 gram karbohidrat dan 28.8 gram lemak iaitu 6.7 gram lemak tepu, 7.4 gram lemak trans serta lain-lain.

Tahukah anda berapa lama masa yang anda perlu untuk membakar 539 kalori? Ia bersamaan dengan 40 hingga 60 minit berlari di atas treadmill. Persoalannya, kalau anda fikir kembali, berapa kerapkah anda bersenam dan keduanya, sekiranya anda berada di atas treadmill, berapa lama biasanya anda melakukan larian?

Bagi yang pernah menggunakan treadmill, pasti sudah dapat membayangkan ia bukanlah sesuatu yang berbaloi untuk berlari selama satu jam hanya untuk membakar satu hidangan kentang goreng.

Bagaimanapun, sebagai satu penulisan yang adil, perlu untuk pembaca
ruangan ini menyenaraikan juga nutrisi baik yang terkandung di dalam
kentang goreng. Satu hidangan besar kentang goreng juga mempunyai dua
peratus kalsium, 13 peratus zat besi, lapan peratus vitamin C dan 5.9
gram fiber.

Namun begitu, selain kebimbangan mengenai kandungan kalori yang tinggi, satu lagi kerisauan pakar pemakanan ialah keburukan lemak tepu dan lemak trans. Kajian mendapati kedua-dua lemak ini meningkatkan kolesterol jahat (LDL) sekali gus mendorong kepada risiko penyakit jantung koronori (CAD).

Malah, dengan ramai ibu bapa sudah menghidangkan anak-anak mereka dengan kentang goreng setiap hari, anak kecil anda terdedah untuk mendapat penyakit jantung lebih awal daripada biasa.

Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi, Datuk Dr. Azhari Rosman, menyatakan plak kolesterol sudah terjadi sejak seseorang berusia lapan tahun lagi. Plak kolesterol yang semakin tebal akan menyebabkan darah tersumbat dan menyebabkan CAD.

Sumber : Rahsia Diet.com

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.