JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Saturday, April 4, 2009

Khasiat Sup


Sup sering disajikan sebagai makanan sampingan ataupun sebagai ‘pembuka selera’ sesebuah hidangan. Namun begitu sup sebenarnya mengandungi 1001 khasiat yang tersembunyi di sebalik peranannya yang hanya disajikan sebagai hidangan pembuka selera. Pengambilan sup mahupun salad sebelum anda mengambil makanan berat dapat mengelakkan anda daripada mengambil makanan berat yang banyak. Sup boleh dikategorikan sebagai makanan global di mana cara penyediaan dan kandungan sup berbeza mengikut budaya dan gaya hidup sesebuah masyarakat. Antara jenis-jenis sup dan khasiatnya adalah:

SUP AYAM
Sejarah membuktikan bahawa sup ayam dianggap sebagai menu mujarab untuk menyejukkan badan. Pada abad ke 10, Avicenna seorang pakar perubatan Parsi juga mengakui keajaiban sup ayam. Masyarakat Yahudi percaya bahawa sup ayam sesuai diambil oleh mereka yang mengalami hemorrhoids dan kusta peringkat awal. Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Stephen Rennard dari University Nebraska, campuran kandungan sup ayam mempunyai nutrien dan vitamin yang mampu memperlahankan aktiviti sel darah putih. Ini mungkin disebabkan ia mempunyai kesan anti radangan yang mampu mengurangkan kesakitan. Mudah untuk disediakan, murah, berkhasiat dan mudah untuk dihadam menjadikan sup ayam menjadi pilihan untuk menyejukkan badan. Selain itu sup ayam merupakan sumber ubat yang natural dan pastinya tidak mempunyai kesan sampingan.

SUP GINSENG
Sup ginseng amat popular di kalangan masyarkat Cina. Keajaiban sup ginseng di dalam bidang perubatan Cina sememangnya diakui sejak sekian lama sehingga ke hari ini. 1001 khasiat yang tersembunyi disebalik ginseng dibongkar oleh saintis sejak dahulu lagi. Masyarakat percaya setiap perkara di dalam dunia mempunyai pasangannya.

-Yin dan Yang. Sebagai contoh, jika tubuh anda terasa sejuk ia disebabkan kandungan Yin yang terlebih didalam tubuh dan begitulah sebaliknya. Sup ginseng digunakan untuk memperbaiki peredaran darah dan juga untuk memanaskan badan. Sup ginseng kebiasaannya dicampur bersama potongan ayam untuk memberi kelazatan selain meningkatkan lagi khasiat yang terkandung di dalam ayam dan ginseng itu sendiri. Masyarakat di Tibet percaya bahawa sup ginseng yang dicampur dengan ginko dan ayam boleh merawat paru-paru, batuk, meningkatkan stamina serta daya ingatan.

SUP KENTANG
Khasiat sup kentang jauh lebih baik berbanding kentang goreng. Sup kentang mengandungi vitamin C dan vitamin B6. Vitamin B6 membantu menukar ‘tryptophan’ kepada ‘niacin’. Niacin membantu tubuh dalam sistem peredaran darah dan menurunkan tahap kolesterol selain ia juga baik untuk kesihatan kulit.

SUP TOMATO
Sup tomato merupakan satu lagi hidangan sup yang popular dan menjadi pilihan ramai. Sememangnya khasiat dan keistimewaan buah tomato itu sendiri telah diakui ramai. Hasil daripada 21 kajian yang telah dijalankan dan diterbitkan di dalam Cancer Epidemiology Biomakers and Prevention membuktikan bahawa sup tomato baik untuk menjaga kesihatan lelaki khususnya dalam mencegah dan meminimakan risiko diserang kanser prostat. Sup tomato juga kaya dengan potasium, niacin juga folat. Ia juga kaya dengan vitamin A, baik untuk kesihatan mata dan merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat.

SUP CENDAWAN
Cendawan dianggap sebagai sayur yang mempunyai khasiat yang lengkap. Sup cendawan dipercayai mempunyai khasiat yang mampu meminimakan risiko obesiti, penyakit hati, diabetis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser. Sup cendawan mengandungi selenium yang mempunyai pelbagai khasiat dan berkeupayaan menentang kanser prostat. Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard School of Public Health, lelaki yang mengambil 160 mikrogram selenium setiap hari akan mempunyai risiko yang amat remdah untuk diserang kanser prostat. Sup cendawan dipercayai menyediakan kandungan selenium sebanyak satu pertiga seperti yang diperlukan setiap hari.

Sumber : 1001 Resipi

1 comment:

ibh_sue said...

Errrmmm..bukan jer sedap kan..banyak juga khasiatnyer...
Akak selalu jenguk blog zulaika ni...

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.