Diet adalah makanan yang perlu kita makan dan makanan yang kita tidak perlu makan.
Mudah kan :)
Apa? Susah juga?
Ok, biar saya jelaskan…. Apa yang kita perlu kisah dalam sesuatu makanan adalah kuantiti gula, creamer, kafein, garam, lemak tepu, trans fat, minyak dan kalori. Jika semua yang saya sebut mengandungi kuantiti yang tinggi, so, kurangkan dan kalau boleh elakkan. Gantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih berkhasiat dan seimbang.
Di bawah saya sediakan contoh makanan yang perlu dielakkan
Minuman ringan/berkarbonat
Minuman ringan memang sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila di minum ketika sejuk. Awas!! Minuman ringan mengandungi kafein dan gula yang sangat tinggi.
Cara yang terbaik adalah gantikan minuman ringan dengan jus buah-buahan….jangan letak gula dalam jus pula ya :)
Kopi di kedai
Selalu kita pesan, Mamak!! Kopi ‘o’ kurang manis satu… Anda pasti kah kopi yang anda minum di kedai betul-betul selamat?
Biar saya beritahu anda kebanyakkan kedai memilih kopi yang mengandungi creamer, kafein, gula dan penambah perisa yang banyak supaya kopi menjadi lebih sedap.
Jika kita mahukan kopi seelok-eloknya kita bancuh sendiri. Anda boleh mencampurkan kopi dengan gula atau creamer dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini lebih selamat.
Kek dan Muffin
Kek dan muffin telah menjadi makanan harian untuk rakyat Malaysia. Memang makanan ini sedap dan ringkas. Tahukah anda apa yang terkandung di dalam kek dan muffin?
Kebanyakkan makanan ini mengandungi lemak tepu, gula dan bahan-bahan perasa yang tinggi. Jadi, elakkan daripada makan kek dan muffin terlalu kerap.
Makanan bergoreng
Tidak kisah lah mee goreng atau bihun goreng. Bila sebut perkataan bergoreng kita perlu berhati-hati, lebih-lebih lagi makanan bergoreng dari kedai.
Kebiasaannya kedai akan menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu yang banyak dan ditambah pula dengan telur yang banyak supaya sedap.
Lebih elok kita menggoreng sendiri kerana kita dapat mengawal bahan-bahan yang kita letakkan di makanan bergoreng kita.
Makanan segera
Makanan segera seperti McD, KFC dan lain-lain lagi mengandungi kalori yang tinggi. Memang sedap. Saya sendiri akui.
Tahukah anda setiap set hidangan makanan segera mengandungi kalori sehingga 2000 kalori. Jumlahnya sangat besar.
Tapi jika kita terasa nak makan makanan segera juga, cuba kurangkan. Makan sebulan sekali sahaja :)
No comments:
Post a Comment