Biar saya terus terang sebenarnya kita mengalami ketagihan makanan. Apabila kita tidak dapat makan apa yang kita inginkan kita akan rasa gelisah dan hilang punca.
Memang kita perlu makan untuk dapatkan tenaga tapi berpada-pada lah.
Kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Ok?
So, bagaimana nak mengawal nafsu makan? Baca tips di bawah:
Minum segelas air kosong
Jika kita terasa mahu makan lagi walaupun kita sudah pun mengambil makanan yang cukup, cuba minum segelas air kosong. Jika terasa nak makan lagi. Tambah segelas air kosong lagi. Apabila perut kita sudah penuh dengan air kosong kita tidak akan terasa nak makan lagi.
Elakkan membawa makanan kegemaran balik ke rumah
Elakkan beli dan bawa balik makanan ringan ke rumah. Selalunya nafsu makan kita tinggi bila berada di rumah. Seeloknya ganti makanan ringan dengan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan.
Tipu minda anda
Tipu minda kita. Bayangkan kita hanya ketagih memakan makanan yang baik untuk kesihatan seperti roti berserat atau kacang.
Makan Berkala
Makan lima ke enam kali sehari dalam kuantiti yang sederhana. Kita boleh membuat jadual pemakanan mengikut keperluan kalori kita untuk sehari. Elakkan makan ketika kita terlalu lapar. Bimbang kita akan makan terlalu banyak akibat terlalu lapar.
Motivasi diri anda
Gunakan nota kecil. Tulis lah apa-apa yang boleh memotivasikan diri kita supaya tidak makan dengan banyak. Contohnya “Aku nak kurus…Aku nak jadi cantik…Aku tak kan makan terlalu banyak lagi”. Kemudian tampal di tempat yang kita selalu lihat seperti di cermin, peti sejuk atau dompet kita.
No comments:
Post a Comment