JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Sunday, May 31, 2009

Makanan Perlu Elak Darah Jenis A

Daging kambing, lembu, kerbau, ayam, itik, arnab



Hati – lembu, ayam



Ikan barracuda, keli, lala, kerang, tamban, belut, ketam,

Sotong besar dan kecil, udang



Minyak jagung, kacang tanah, safflower, lenga



Butter, semua cheese, ais krim



Kacang brazil, pistachio, biji janggus

Kacang merah, buah pinggang, lima



Roti multigarain, gandum, matzos, English muffins, pumpernickel



Buah betik, oren, tomato



Sayur kacang parang, kobis, kulat, keladi, keledek, buah zaitun

Cili, lada



Pisang, kelapa, mangga, tembikai oren, limau



Mayonais



teh catnip, cayenne, consilk, rhubarb, the hitam,

soda, semua minuman berkabonat, seltzer

Sumber : 100% Nutrition

Friday, May 29, 2009

Bukankah Saya Selalu Makan Buah dan Sayuran...

Senang Bertutur Daripada Berbuat
Kita sedia maklum, untuk menyediakan tiga hidangan yang segar dan seimbang setiap hari itu memang bukannya senang, tetapi ramai di antara kita masih percaya bahawa kita boleh mendapat semua zat yang diperlukan daripada makan.

Dalam kehidupan harian, orang berhati-hati pun berasa sukar untuk memastikan dirinya menerima semua vitamin, galian dan fitonutrien yang diperlukan oleh badan daripada diet setiap hari. Ini adalah kerana:

1.Tabiat Makanan dan Tabiat Memakan
Kita tidak makan semua jenis makanan yang diperlukan, kita hanya memilih beberapa jenis makanan yang kita suka. Contohnya bayam memang penuh dengan zat, tetapi kalau hanya makan bayam sahaja, Popeye pun tidak semestinya sihat.

2.Terlampau Masak
Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan zat makanan yang berharga. Namun kita suka mendidih, menggoreng, panggang, dan meng’grill’ makanan kita supaya ianya lebih sedap walaupun pada masa yang sama banyak nutrien yang sudah hilang.

3.Kandungan Zat Makanan yang Pelbagai
Makanan yang sama, sekiranya ditanam di tempat yang berlainan dan musim yang berbeza atau diproses pada tahap yang berlainan, akan membekalkan nutrien yang sangat berlainan.

Oleh demikian, sebenarnya, hari ini kita terpaksa bergantung kepada penambahan bahan-bahan asas bagi kesempurnaan kesihatan. Para saintis perubatan telah mengenalpasti 4 kumpulan asas yang mesti di tambah secara berterusan bagi mengelak dan merawat penyakit-penyakit degeneratif seperti diabetes, darah tinggi, alzheimier, multiple sclerosis, osteoarthritis dan kanser (semuanya dijanjikan tiada penawar atau ubat setakat hari ini) iaitu;

Galian
Vitamin dan enzim
Antioksidan
Asid lemak essential


Sumber : 100% Nutrisyen

Thursday, May 28, 2009

Nasi Lebih Teruk Daripada Gula

Sesudah perincian dibuat dan beberapa banyak penyangkalan diketengahkan, pakar-pakar makanan dan pemakanan telah secara senyap-senyap memperakui keburukan gula. Gula memberikan banyak kalori tanpa nutrien yang penting yang menolong menghadam dan menyerapnya.

Gula dirujuk sebagai kalori kosong. Satu gram membekalkan 4 kalori dengan nilai nutrisi sifar. Anda memperolehi apa disifatkan sebagai “api besar dengan asap yang banyak”. Asap itu adalah radikal-radikal bebas yang kemudiannya menyerang sel-sel lain menyebabkan degenerasi, penyakit dan penuaan.

Walaupun anda memerlukan glukos untuk menjadi bahanapi bagi metabolisma dan ‘peruntukan’ untuk tumbesaran dan kesihatan, anda memerlukannya bersama-sama antioksidan – galian dan vitamin antioksidan dan nutrien-phyto seperti klorofil, betakarotin dan astaxanthin.

Terdapat banyak asas dalam menyatakan kelemahan nasi seperti:

1.nasi menjadi gula – kebanyakkannya.

Fakta ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana perunding pemakanan. Nasi adalah kalori. Satu mangkuk nasi memiliki kalori bersamaan 10 sudu teh gula. 10 sudu teh! Tidak kira samada nasi putih, nasi perang atau nasi herba. Ia masih persaman kalori dalam 10 sudu kecil gula. Untuk mendapatkan 10 sudu teh gula yang sama, anda perlu memakan 10 mangkuk kangkong.

2.nasi, sesudah dimakan mudah dan cepat dihadamkan menjadi gula.

Beras tidak dapat dihadamkan sebelum dimasak menjadi nasi. Bagaimanapun, selepas dimasak dan diserap ia menjadi gula dan mempengaruhi gula yang beredar dalam darah; dalamasa ½ jam seakan-akan sepantas yang berlaku sesudah anda memakan gula-gula.

3.nasi tidak mengandungi banyak antioksidan.

Antioksidan adalah penting untuk penggunaan, pengendalian gula yang berkesan. Buah memiliki gula bergelar fruktos. Bagaimanapun buah-buahan tidaklah kosong kalari kerana mereka sarat dengan segala nutrien. Dengan itu, buah dan sayur atau ulam adalah makanan asli sebenar.

4.nasi tidak mengandungi serat.

Serat kangkong memenuhi perut anda jauh lebih awal sebelum tahap gula naik dalam darah. Ini adalah disebabkan serat mengembang menjadi ‘ketulan’ besar memenuhi perut anda. Oleh sebab nasi tiada serat, anda menjadi penyumbat kalori kerana terpaksa makan banyak nasi sebelum ia mampu memenuhi perut anda.

5.nasi tiada rasa/perisa.

Gula adalah manis. Ada had pada memakannya. Berapa sudu gula mampu anda makan sebelum menjadi loya dan memuntahkannya? Bolehkah anda bayangkan memakan 10 sudu teh gula dalam sekaligus? Berapa mangkuk nasi anda makan pada makan malam?

6.nasi sentiasa menjadi sebahagian’ makan’ anda.

Sementara gula memenuhi makanan ringan sarapan dan minum petang atau pemanis dalam kopi anda, ia tidak menjadi sebahagian daripada ‘makan’ anda. Anda mampu mengambil 2-3 sudu kecil gula pada satu makan. Bagaimanapun anda mampu makan nilai bersamaan 2-3 mangkuk (20-30 sudu kecil) gula dalam satu makan. Saya selalu merasa hairan bila melihat seseorang biasanya memakan 4 mangkuk nasi (bersamaan 40 sudu kecil gula) di kedai ataupun warung dan kemudian semasa memesan teh tarik,”kurang manis! “.

MAHADI BIN ARIFIN, R Ph


***

“dalam menokok membuang homeostasis badan, kelebihan gula dalam darah menghasilkan akibat-akibat seperti:

-menekan sistem imun dan mengganggugugat pertahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

-mengalih dan merusakkan pertalian galian-galian dalam badan; menyebabkan defisiensi kromium dan kuprum dan mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium.

-gula ‘dimakan’ sebagai makanan utama sel-sel kanser dan telah dihubungkan dengan kejadian kanser payudara, ovari, prostat, usus besar, pankreas, saluran biliari, peparu, perut dan hempedu.”


NANCY APPLETON, Ph D

Sumber : 100% Nutrisyen

Ayah dan Excelerade...




hahahahaha...tergelak besar sy setelah menerima sebuah bungkusan berwarna merah dr ayah sy...



"Apa ni Yah (ayah)??"



"fat burner"



"apakah??"



"kamu ada makan or minum ape2 fat burner ke?"



"takde.."

haishhh...macam tahu2 jer yg anak dia nak masuk The Biggest Loser Contest..
skodeng sy di alam maya ke??hahaha...
sebenarnye, tak ramai yg tahu sy begitu aktif di alam maya (internet) baik dalam bidang perniagaan, mahupun blogging...
even my parents tak tahu...haha...

lepas google name minuman yg ayah sy baru belikan utk sy ni, sy jumpe SATU SITE SAHAJA berkenaan dgn Excelerade drink ni...kalu berat sy turun byk or ade byk perubahan lepas sy minum air ni, sudah pasti berbisnes laa sy...muahahaha...

harga minuman ni di paket RM28.50 dan dalam nye ade 15 sachet...
so, dibawah ni ade info mengenai minuman fat burner yg merupekan salah satu strategi pemakanan sy utk memenangi The Biggest Loser Contest...MUAHAHAHA...
belum rase lg...tunggu I JUN!!!

yg bestnye, di sponsor oleh ayah...yahuuu!!
tengs ayahku...
pssssst ; ni seybuk2 psl The Biggest Loser ni, data maklumat diri dah hantar kat host TBL lum??? hahaha...lum lagi laa...sowy kak kaseh...tengah usaha nak dapatkan the BEST SHOT utk gmbar separuh badan and whole...wakaka...mcm nak masuk american next top model plak gamaknye...hehe..




Koko adalah makanan amat tinggi dengan antioksidan. Ia mengandungi 2 kali kandungan antioksidan wain merah dan sehingga 3 kali teh hijau. Tetapi ia, koko hendaklah diminum gelap( dark). Carilah coklat atau minuman koko dengan kandungan 70% ke atas. EXCELERADE menggunakan koko ketulinan 90% dan mengandungi sekurang-kurangnya 85% koko.

EXCELERADE adalah minuman bantuan nutrisi adunan ahli farmasi yang lazat, asli lagi organik untuk lelaki dan wanita didatangkan dalam bentuk sistem deliveri yang unik. Ia adalah pilihan penggemar coklat yang dikayakan dengan adaptogen yang membekalkan tenaga tanpa perlu menambah kalori. EXCELERADE amat sesuai sebagai penambah antioksidan bagi menangani serangan radikal bebas dan mengawal berat badan.

Minuman coklat berasaskan koko teobroma yang dialih menjadi coklat organik yang ‘bioavailable’ ini menyelesaikan pencarian minuman kaya ‘phytonutrient’ membantu melansingkan badan. Kombinasi unik adunan ekstrak antioksidan-antioksidan terpilih mampu menyelesaikan ‘middle-obesity’ dengan mudah dan selamat.


tenaga, tumpuan langsing & lasak

GANDINGAN ADAPTOGEN DAN MADU LIAR HUTANHUJAN

MADU
Dalam sejarah madu digunakan dalam pengubat luka, merawat sakit tekak, batuk, selsema, bermacam-macam penyakit degeneratif dan sebagai sumber tenaga . Ia memiliki kandungan yang kompleks daripada:

. 38% fruktos . 31% glukos . 17% air . 2% sukros

Oleh demikian madu membekalkan tenaga dalam dua langkah. Glukos diserap oleh badan dengan cepat membekalkan tenaga segera manakala fruktos diserap perlahan membekalkan tenaga berpanjangan.

Madu mengandungi sebatian-sebatian yang membantu merembat radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit. Bahan sedemikian dinamakan antioksidan. Hakikatnya ‘pinocembrin’ HANYA terdapat dalam madu. Dengan hanya mencampurkan madu ke dalam secawan teh hijau akan memaniskannya dan terus melindungi badan daripada penyakit.

EKSTRAK TEH HIJAU
Bukan sekadar antioksidan seperti vitamin ia juga membantu meningkatkan metabolisma. Teh hijau bersifat antiinflamatori (antiradang) dan antipenuaan dengan itu memanfaatkan rawatan di dalam dan di luar organ dan tisu kulit. Ia mengandungi polifenol yang bersifat antioksidan dan antibakteria.

EKTRAK GARCINIA CAMBOGIA
Garcinia cambogia mengurangkan lemak dengan menyekat sintesis lipid dan asid lemak. Ia menekan selera makan kerana ia menekan penyerapan dan sintesis lemak, kolestrol dan trigliserid. Kajian mendapati ia meningkatkan kemampuan badan menukar makanan menjadi glikogen. Glikogen, sumber tenaga, menghantar isyarat ke otak supaya menekan selera makan. Garcinia cambogia memiliki kemampuan melambatkan pembentukan lemak dan dengan itu meringankan ketagihan kabohidrat. Ia kaya dengan asid hidroksisitrik yang memiliki kemampuan membakar kalori, meransang thermogenesis dan akhirnya mengakibatkan kenaikan kadar metabolik asas.

EKSTRAK GUARANA
Penghuni hutanhujan menggunakn guarana utamanya sebagai peransang mood dan merawat ciritbirit kronik. Dalam perubatan asli ia digunakan bagi merawat aterosklerosis, lemah jantung, ciritbirit, peransang seks, obesiti, darahtinggi, migrain, neuralgia, digunakan sebagai febrifuge, analgesik dan astrinjen.

EKSTRAK MINYAK BIJI ANGGUR
Kandungan OPC (oligomeric proanthocyanidins), antioksidan perembat radikal bebas yang amat kuat lebih berkuasa daripada vitamin C, E dan beta-karotin. OPC digunakan bagi merawat aliran darah yang perlahan, kejang otot, diabetes, varicose vein, kebas, bising pada telinga, kanser, eczema, psoriasis dan matipucuk.

EKSTRAK HOODIA GORDINII
Terbukti sebagai ubat menurunkan berat badan yang cepat, berkesan lagi selamat. Ia adalah sejenis kaktus yang masyhur mampu mengurangkan selera makan justru badan memecahkankan lemak melalui pengurusan hormon glukagon. Hoodia juga digunakan bagi merawat buasir, kurang hadam, darah tinggi dan diabetes.

EKTRAK POMEGRANATE
Buah delima memang kaya dengan antioksidan poliphenol dan juga asid folik. Poliphenol paling banyak ialah tannin yang terhidrolisis terutamanya punicalagin. Punicalagin bukan saja menyenggara tisu jantung dan arteri malah ia berkemampuan tinggi menurunkan kolestrol, mengurangkan aggregasi platlet, menurunkan tekanan darah, merawat dan mencegah aterosklerosis. Ia juga membantu mematikan sel-sel kanser payudara, prostat, leukemia, disamping mampu meransang reseptor serotonin yang meningkatkan ketumpatan tulang.

Kombinasi phytonutrien adaptogenik dengan koko asli 90% dan madu liar diperkaya dengan galian-galian peransang metabolisma yang unik mengurangkan selera makan, memecahkan simpanan lemak, membekalkan tenaga tanpa perlu menambah kalori sambil melindungi rembatan radikal-radikal bebas menghasilkan badan yang langsing bertenaga.


Wednesday, May 27, 2009

Masalah Imej Diri

Perubahan diri

Anda akan mengalami perubahan-perubahan badan apabila anda menujui kedewasaan.Tanpa anda sedari, beberapa bahagian badan anda telah mula membesar dan terdapat pertumbuhan rambut di bahagian yang anda tidak sangka akan berlaku, dan banyak lagi perubahan lain:

Dengan banyaknya perubahan kepada diri anda, anda akan lebih peka terhadap rupa paras anda dan kadang-kala menjadi kurang yakin tentang rupa paras anda
Perubahan tubuh badan menjadi kebimbangan kepada ramai remaja. Ini akan menjadi masalah apabila kebimbangan ini bertukar menjadi satu obsesi
Apakah masalah imej diri?
Apabila anda rasa tidak gembira mengenai paras rupa anda, dan anda sangat teringin untuk kelihatan berlainan, maka anda mempunyai masalah imej diri.



Jika anda mempunyai masalah ini, anda akan merasa tidak gembira dengan:

Keseluruhan rupa anda : (Contohnya, "Saya sangat gemuk, punggung saya terlalu besar !!")

Anda tidak berpuas hati dengan salah satu bahagian tubuh anda (contohnya : "Saya berharap mempunyai dagu seperti Anuar Zain")
Apabila anda tidak berpuas hati dengan tubuh badan anda, ia sangat normal bagi anda mahu menukarnya, dan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan perubahan ini.



Mencari perubahan boleh menjadi satu obsesi sehingga anda tidak mampu untuk menumpukan fokus pada aktiviti harian anda.

Jika anda mempunyai masalah imej diri anda akan menumpukan perhatian kepada berat badan dan takut menjadi gemuk. Masalah ini sering terjadi di kalangan remaja perempuan.


Remaja lelaki menumpukan perhatian untuk menjadi lelaki "macho" supaya nampak menarik kepada remaja perempuan.



Apakah jenis-jenis masalah imej diri?
Terdapat dua jenis iaitu:

Masalah Pemakanan - makan terlalu sedikit atau terlalu banyak disebabkan persepsi yang salah mengenai bentuk badan sendiri.

1.Anorexia Nervosa
2.Bulimia Nervosa
3.Binge-eating Disorder

Body Dysmorphic Disorder (disebut : dis-mor-fik) - ini ialah terma klinikal di mana anda mempunyai pandangan yang serong dan negatif terhadap tubuh badan anda sehingga anda mahu menukarnya


Akibat masalah imej diri?
Jika anda mempunyai masalah imej diri, anda akan mendapati anda terlalu obsesi dengan cara untuk mengubah tubuh anda.


Anda mungkin:

1.Mengamalkan diet yang tidak sesuai
2.Senaman berlebihan
3.Mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan atau melindungi beberapa bahagian
4.Punya keyakinan diri yang rendah
5.Merasa sensitif dengan pandangan orang lain terhadap anda
6.Memikirkan bagaimana rupa paras anda dan mahu kelihatan yang berlainan

Anda akan mati sebelum anda menjadi cukup kurus!!!


Apakah Anorexia Nervosa?

Anoreksia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus.Senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa.



Akibat Anoreksia Nervosa?
1.Anda akan merasa murung.

2.Anda tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka dengan itu akan kelihatan dan merasa tidak sihat.

3.Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan

4.Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah

5.Rambut akan gugur

6.Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
Remaja perempuan akan lewat datang haid. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ.

Apakah Bulimia Nervosa?
Masalah yang berlaku apabila anda cuba untuk mengekalkan berat badan yang rendah dengan mengeluarkan kembali apa yang anda makan sama ada dengan memuntahkannya atau membuang air besar.Seperti anoreksia nervosa, anda fikir yang anda tidak cukup kurus dan akan mengurangkan pemakanan anda.

Akibat Bulimia Nervosa
Anda akan mengalami:
1.Berat badan anda akan kerap berubah-ubah

2.Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan

3.Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut yang dimuntahkan keluar.

4. Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak

5.Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit)

6.Kelewatan haid bagi remaja perempuan

7.Serangan sawan

Apakah Binge-eating disorder?
Satu masalah bila anda makan berlebihan dan tidak dapat mengawal apa yang anda makan pada satu-satu masa.

"Binge" bermaksud makan secara gelojoh dan tanpa kawalan.
Anda mungkin sedar yang anda mempunyai masalah pemakanan
Walaupun anda sedar, anda masih tidak dapat mengawal cara pemakanan anda kerana makan dalam kuantiti yang banyak sudah menjadi kebiasaan anda




Kegemukan bukanlah satu jenaka!

Akibat Binge-Eating Disorder
Anda akan:

1.Menjadi gemuk (lebih berat badan) dan sangat gemuk (obes)

2.Merasa tertekan kerana tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda lakukan sebelum anda gemuk

3.Menghidap beberapa penyakit yang berkaitan dengan Obesiti seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan masalah pernafasan

4.Mendapat sakit perut kerana makan terlalu banyak dan cepat

Apakah "Body Dysmorphic Disorder"?
Anda menjadi sangat muram dan sentiasa risau tentang salah satu kekurangan pada rupa paras anda. Contohnya "Hidung saya terlalu besar", "Muka saya terlalu senget", "Payudara saya terlalu kecil", "Rambut saya kelihatan pelik". Kerisauan ini menyebabkan susah untuk anda menumpukan perhatian kepada aktiviti harian dan pelajaran anda. Anda cenderung untuk menukar paras rupa dan sentiasa tidak berpuas hati dengan bahagian tubuh badan anda. Pembedahan plastik adalah satu kaedah yang digemari bagi menyelesaikan masalah ini.

Akibat "Body Dysmorphic Disorder"

Anda mungkin:

1.Mencederakan diri anda apabila mencuba untuk mengubah bahagian badan yang anda tidak suka

2.Bersenaman berlebihan untuk menegangkan otot atau mengubah bahagian-bahagian badan

3.Berasa risau apabila berada di khalayak ramai dan akan mengurangkan aktiviti sosial anda

4.Cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan bahagian badan yang anda tidak suka

Bagaimana menghadapi masalah konsep diri yang tidak rasional?

1.Tumpukan perhatian pada konsep "Kesihatan Itu Harta" - Lebih baik MEMPUNYAI daripada mendapatkan paras rupa yang dikehendaki.

2.Orang yang sihat secara semula jadinya akan nampak menarik dan mempunyai lebih ramai rakan

3.Makan secara sederhana dan makanlah makanan yang seimbang

4.Bersenam selalu dan dengan cara selamat

5.Belajar cara untuk gembira dan menerima rupa paras anda sendiri

6.Belajar cara mencintai diri anda dan memperbaiki keyakinan diri

7. Lebih berfikiran positif dan belajar menukarkan fikiran negatif kepada positif tidak kira betapa teruknya situasi yang dihadapi

8.Bersahabat dengan mereka yang boleh menerima anda dengan seadanya dan bukan kerana rupa paras anda

Sumber : Info Sihat

Tuesday, May 26, 2009

Khasiat Buah Naga


Menurut pakar pemakanan dan perubatan, daragon fruit atau buah naga, dikatakan berkhasiat untuk kesihatan. Apa khasiatnya?

* Kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium berbanding buah lain.

* Dikatakan mampu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan.

* Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.

* Memberi tindakbalas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Monday, May 25, 2009

Pengurusan Berat Badan

Untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, anda mesti ada matlamat kenapa anda ingin kurangkan berat badan. Mengurangkan berat badan bukanlah jawapan untuk semua masalah anda tetapi ia boleh mengubah anda kepada berat badan yang sihat dan meningkatkan keyakinan anda, kerja anda, kehidupan sosial anda, kepercayaan pada diri sendiri dan boleh berinteraksi dengan orang lain.

Menguruskan badan tidak melibatkan diet yang menjadi kegemaran anda atau cara makan yang aneh. Anda boleh menguruskan badan dengan selamatnya sekiranya makanan yang seimbang kurang lemak diambil dengan jumlah yang sederhana.

Makanan yang anda ambil akan bertukar menjadi tenaga. Tenaga boleh didapati daripada protin, karbohidrat dan lemak. Tenaga disukat dengan kalori. Kurangkan kalori dari makanan dan minuman. Sekiranya anda mengambil kalori yang lebih dalam pemakanan anda dan kurang bakar lemak, tambahan tenaga akan menyimpannya sebagai lemak. Badan menggunakan banyak tenaga apabila anda bersenam dan ia akan mengurangkan lemak di dalam tisu badan anda.

Makanan yang berlemak hendaklah dikurangkan. Elakkan daging berlemak tinggi seperti sosej dan daging kisar. Ayam hendaklah dimakan tanpa kulit dan ikan hendaklah dipanggang, bakar atau ketuhar dan tidak digoreng. Pilih daging yang telah dibuang lemaknya. Kurangkan makanan manis, gula, pai dan pastry berempah, biskut, kek, makanan rangup dan kacang. Semua ini berlemak tinggi dan kurang nutrien. Gantikan susu berlemak penuh dengan yang kurang lemak seperti susu kurang lemak, yogurt kurang lemak dan keju kurang lemak.

Sentiasa melakukan senaman kerana ia penting untuk anda. Tiga kali seminggu dalam jangkamasa dua puluh minit sehari boleh membakar lemak. Lakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti berjalan, memanjat tangga dan tidak menggunakan lift, berbasikal dan berenang. Menari juga adalah cara yang baik untuk senaman tambahan. Ia boleh mengurangkan berat badan dan kesihatan dan kesegaran badan akan menjadi bertambah baik. Berat badan anda akan sentiasa berubah setiap hari. Oleh itu, timbang berat anda seminggu sekali.

Anda mesti makan secara teratur. Jangan tinggal waktu-waktu makan anda. Apabila hendak makan, gunakan pinggan yang kecil supaya makanan anda nampak banyak. Anda mesti lebih prihatin terhadap apa yang anda makan. Elakkan makan snek waktu malam dan makan di hadapan TV.

Jangan fikir untuk mengurangkan pengambilan makanan secara mendadak (makan ganti kalori rendah, minuman, sup dan sebatang snek). Makanan-makanan ini tidak memberi makanan seimbang bernutrien seperti makanan biasa. Air dan protin akan hilang daripada badan dan bukannya lemak yang berlebihan. Apabila anda makan seperti sediakala, air dalam badan akan bertambah dan ini akan menambahkan lagi berat badan anda. Mereka yang mengamalkan cara pemakanan begini akan menambahkan lagi berat badan mereka setiap kali mereka makan seperti biasa.

Sumber : Izalin

Saturday, May 23, 2009

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

MALAYSIAN BLOGGER
THE BIGGEST LOSER CONTEST

1. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia, tak kira sama ada lelaki atau perempuan yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Pertandingan ini akan dilakukan secara ONLINE jadi tidak akan ada weekly physical challenge antara peserta tetapi cabaran lain yg akan diberikan. ( akan ditentukan kelak - idea dari anda semua amat dialu2kan).

2. Peraduan ini akan berlangsung selama 3 bulan. Bermula pada 1 June 2009 sehingga 30 September 2009.

3. Tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan didalam pertandingan ini.

4. Bayaran penyertaan sebanyak RM20 akan dikenakan. Bayaran ini hanya akan di collect pada Gathering Malaysian Blogger TBL Contest 4hb October 2009 -tempat dan lokasi akan diberitahu kelak. Ini bukan scam atau sebarang bentuk penipuan. Support la kengkawan ku sekalian yek...

5. Hadiah akan diberikan kepada peserta yang layak iaitu Peserta yg mempunyai `highest percentage weight loss`sepanjang sesi contest ini berjalan. Seandainya ada SERI diantara peserta maka peserta yg mempunyai kurang denda akan memenangi hadiah tersebut.

6. Sebarang bentuk sponsor amat di alu-alukan.

7. Sekiranya berat badan naik (semasa sesi timbang berat mingguan) walaupun 0.01 kg anda akan dikenakan DENDA RM 5.00. Jikalau berat anda tidak berubah anda tidak akan dikenakan apa-apa.

8. Bayaran wang RM20.00 bersama denda RM5.00 ( jikalau ada ) akan digunakan bagi membiayai Gathering Malaysian Blogger TBL Contest serta t-shirt "Gathering Malaysian Blogger TBL Contest 2009" bagi setiap peserta untuk digunakan masa sesi final timbang berat. (kalau tak cukup nati saya carik sponsor lagi )

9. Minima 10 peserta, Jikalau kurang daripada itu maka pertandingan ini mungkin atau tidak diteruskan.Terpulang kepada pihak penganjur. Harap-harap lebih la yang memasuki pertandingan ini nanti.

10. Terpulang kepada setiap peserta bagaimana cara untuk menurunkan berat badan. Samada bersenam, makan ubat, guna trainer ke, pam hampagas ke atau apa sahaja, janji setiap minggu ada turun tau... :]

11. Peserta juga wajib menghantar data tentang berat badan, gambar penuh, gambar mesin timbang berserta berat setiap hari jumaat sebelum pukul 12:00 malam. Kerana kami akan mengemaskini kan data setiap para peserta setiap minggu.

12. Keputusan terkini para peserta akan di umunkan setiap hari sabtu jam 12:00 tengahari. (paling lewat hari Isnin sebab organizer kadang2 sibuk dengan kerja) :)

13. Setiap para peserta juga dikehendaki memberikan maklumat seperti :-
(semua data peribadi yg anda akan dirahsiakan, kecuali blog url, berat, nama dan umur akan dipamerkan ). Kalau takde blog tu silalah buat satu yek...

contoh seperti berikut :-


( gambar ni sebagai contoh sahaja, kasi la gambar anda yang betul jangan malu dengan diri sendiri kerana itu lah diri anda - kami memerlukan sekeping gamba penuh head to toe dan satu gamba closeup dari muka hingga ke dada )


1.Nama : Aminah Bte Hasan
2.Umur : 29 tahun
3.Alamat : 66, Jalan Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia
4.No Telefon : 012-3456789
5.Tujuan : sy ingin mengurangkan berat badan sy kerana sy rasa berat badan sy naik membuak-buak selepas melahirkan anak sulung sy.
6.Berat Badan : 130 kg
7.Berat badan yang ingin di capai : 70kg dalam masa 3 bulan
8.Blog URL :
www.AmySan.blogspot.com


14. Diharap semua para peserta yang memasuki pertandingan ini "JUJUR" dengan data yang mereka hantar. Jikalau anda "MENIPU" bermakna anda hanyalah "MENIPU" diri sendiri dan tiada apa-apa kemajuan yang akan dicapai.

15. Buktikan diri anda boleh berjaya. Buatlah untuk diri anda dan bukan untuk orang lain.Kerana itu yang terbaik.

16. Pertandingan ini dibuat bukanlah untuk mencari "NAMA MAHUPUN WANG RINGGIT"tapi hanyalah sebagai pembakar semangat dan motivasi utk diri sendiri dan kepada yang lain diluar sana.

17. Hadiah akan diberikan kepada peserta yang layak pada Gathering "Malaysian Blogger TBL Contest" pada 4hb October 2009. (NEXT ENTRY utk list hadiah eh)


18. Majulah sukan untuk negara dan Selamat berjaya diucapkan kepada semua para peserta.

19. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 May 2009. Kepada yg berminat boleh beri segala data peribadi yg dikehendaki pada kami selewat2nya pukul 12 mlm 29/5/09, dan emailkan kepada mydreamweight@yahoo.com

20. Kami akan create satu blog khas untuk contest ini tapi masih under construction. Insyallah bila dah ready akan kami umumkan. Anda akan tahu perkembangan peserta2 dari masa ke semasa melalui blog ini.


P/s : Terima kasih atas sokongan semua.. Tarikh utk Gath TBL contest itu mungkin bertukar, mengikut kesesuaian peserta. To be announce later ok..




Daripada Host TBL ; Kaseh

Petua Awet Muda


Kiriman: aliah96 pada Sabtu, 12 Julai, 2008 - 08:31 AM CCT

1. Sejurus bangun pagi (bangun pagi je ya, bukan bangun tengahari atau bangun petang), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu penawar berbagai penyakit.

2. Lepas buat petua no.1 di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas ye, kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak.Amalkan setiap hari.

3. Kalau ikut petua orang2 tua (otai kata org sekarang), amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun ke muka, rambut dan kulit badan. Air embun ni banyak khasiatnya. Insya Allah muka akan berseri , badan sihat serta awet muda. Tapi kalau duduk kat bandar mana nak cari air embun? Pandai2 lah!

4. Baca ayat 35 - 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula2 nak mandi.

5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

6. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

7. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. Orang sekarang ni kebanyakannya main buang je merata. Nak potong kukupun ada petuanya, bukan main belasah je. Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing2…lebih mengeratkan hubungan suami isteri…hehh! Rumahtangga yg bahagia pun penyebab kpd awet muda.

8. Macam2 petua lagi sebenarnya. Antaranya senyum selalu, jangan busuk hati, berhenti makan sebelum kenyang, rajin makan ulam-ulaman, jangan merokok, dsb. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.


Sumber : Wanita2u

Friday, May 22, 2009

Malaysian Blogger The Biggest Loser Contest



THE BIGGEST LOSER


Dont miss your opportunity to participate in the 1st

Malaysian Blogger
The Biggest Loser Contest


Hosted by: MyDreamWeight (Kaseh)
http://transformasi2009.blogspot.com


Start Date will take place June 1st,09
End Date will be September 30th,09


Win Big Prizes $$$ for losing Weight!

Tuesday, May 19, 2009

14kg Gone Foreva


Berat : 122.5 kg
Tarikh : 30 November 2008

nak pinjam ayat Kak Kaseh bleh?? "HORROR" DOWHHHH!!!haha...




Gambar ni baru amik tadi...adik sy, allya yg tangkap gune camera fon dia...hehe...


Current weight ; 106kg...
Date : 19 Mei 2009


14 kg lost in almost 6 months...

progress lambat sikit berbanding rakan2 lain, maybe sebab tak amik any supplement or medication...cume control food intake and work out at gym...dan terkini, aerobik ngan dvd...hehe...

ade perbezaan tak?? komen sikit sahabat2 sekalian...


Tidur 8 Jam Setiap Hari Rahsia Badan Kurus


Sekumpulan saintis berpendapat tidur mencukupi selama lapan jam setiap malam adalah rahsia untuk mengekalkan badan yang kurus.

Kajian itu mendapati mereka yang tidur kurang enam jam setiap malam atau lebih sembilan jam memiliki berat badan berlebihan berbanding mereka tidur selama tujuh atau lapan jam setiap malam.

Kajian disiarkan dalam Journal Sleep mendapati mereka yang tidak mendapat tidur mencukupi bertambah berat badan hampir dua kilogram (kg) berbanding mereka tidur bagi jumlah jam dicadangkan.

Mereka yang tidur berlebihan juga bertambah berat badan sebanyak 1.58 kg lebih berbanding mereka yang tidur selam enam jam yang dicadangkan.

Mereka yang tidak cukup tidur pula mempunyai 27 peratus lebih untuk menjadi obes manakala mereka yang terlebih tidur pula 21 peratus lebih berbanding golongan yang mendapat tidur yang mencukupi.

Kajian juga mendapati perkara paling buruk bagi mereka yang tidak cukup tidur ialah golongan terbabit 35 peratus akan bertambah berat badan sekurang-kurangnya 5 kg selama lebih enam tahun berbanding mereka yang cukup tidur.

Mereka yang tidur berlebihan pula 25 peratus akan mendapat kenaikan berat badan sebanyak 5 kg selama tempoh yang sama.

Alasan tidur mempengaruhi berat badan seseorang ialah kerana tidur akan menjejaskan peringkat hormon terutama membabitkan selera dan rasa kenyang selepas makan.

Kajian berkenaan dijalankan Jean-Philippe Chaput dari Universiti Laval di Quebec, Kanada.

“Kajian kami memberikan bukti tidur yang berkurangan dan berlebihan diramalkan meningkatkan risiko berat badan dan lebihan lemak di kalangan orang dewasa,” katanya.

“Tambahan keputusan ini menekankan keperluan tambahan waktu tidur dalam senarai faktor alam sekitar yang menjadi kelaziman dalam masyarakat kita dan menyumbangkan kepada penambahan berat badan dan obesiti.”

Kajian dibuat terhadap 276 orang dewasa berusia antara 21 hingga 64 tahun dan penyelidik mengambil kira berat badan mereka sejak permulaan kajian.

Pakar tidur Amerika Syarikat dan England berpendapat peluang untuk mendapatkan rehat yang baik pada waktu malam adalah sekiranya kita tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari walaupun pada hari minggu dan menetapkan rutin rehat sebelum tidur seperti mandi atau membaca.

Sumber : Rahsia Diet

Sunday, May 17, 2009

Khasiat Kurma, Kismis dan Madu

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "



Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.


Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Sumber : Wanita2u

Pemakanan Yang Sihat

Makanan dapat diibaratkan sebagai bahan bakar yang paling mustahak untuk manusia. Ia boleh dikatakan bahawa kesihatan kita adalah dibina daripada makanan yang kita makan pada setiap hari. Walaupun pembangunan yang pesat dalam ekonomi negara, peningkatan taraf kehidupan dan kemajuan teknologi perubatan, tetapi kesihatan kita tidak semestinya meningkat secara mendatar.

Sebaliknya, semakin ramai menghidap penyakit moden pada masa kini. Untuk mengelakkan penyakit moden, pemilihan makanan berkhasiat untuk kesihatan menjadi isu yang hangat untuk zaman moden ini. Menurut Hippocrates (460-377 B.C.) dari Greek, dia juga dikenali sebagai "father of Medicine". Beliau pernah berkata, :" Food is your medicine, and you are the doctor of your body, but no one else" yang bermaksud bahawa makanan adalah ubat semulajadi anda, dan anda adalah doktor kepada badan anda, tiada sesiapa pun dapat menggantikannya.
Bagaimanakah memilih makanan yang sihat? Cara-cara untuk menjaga kesihatan badan seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, mencegah penyakit kanser , tekanan darah tinggi dan penyakit jantung; cara-cara ini telah memaparkan satu prinsip yang sama, iaitu "3 RENDAH 1 TINGGI". Prinsip ini mengutamakan makanan lemak yang rendah, mengurangkan pengambilan gula dan garam serta meningkatkan pengambilan fiber.


Lemak adalah sumber yang baik dan diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan. Ia boleh membekalkan tenaga kepada badan manusia. Sumber lemak boleh didapati daripada minyak masakan, makanan tinggi lemak seperti makanan bergoreng, kuih-muih dan daging. Pengambilan makanan yang tinggi dalam lemak akan menyebabkan tenaga mudah distor dalam tisu adipos tubuh. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar, kegemukan dan lain-lain masalah kesihatan.
Memilih minyak berlemak rendah seperti minyak zaitun atau minyak tumbuhan, mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, makanan daging, kuih-muih tinggi lemak, snek dan kekacang merupakan cara yang baik untuk mencegah diri daripada makanan berlemak tinggi. Di samping itu, cara masakan seperti stim, kukus, memanggang dan rebus boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam tubuh. Manakala dari segi makanan berdaging, digalakkan mengambil daging putih seperti hasilan laut, ayam dan mengurangkan daging merah seperti lembu dan kambing. Ini adalah kerana daging putih kurang kolesterol dan lemak jika dibandingkan dengan daging merah.


Granul Gula adalah sumber utama rasa manis dalam makanan. Gula digunakan secara meluas dalam industri makanan memproses dan snek yang manis. Ramai orang mengemari memakan makanan yang diproses dan makanan manis pada zaman kini. Walau bagaimanapun, gula hanya memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan, ketidakseimbangan nutrisi dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Pengambilan makanan yang manis untuk suatu jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegemukan, mempengaruhi menjejaskan selera seseorang, mengakibatkan kerosakan gigi, meningkatkan kandungan bakteria yang berbahaya dalam usus badan dan sebagainya.
Untuk menjamin kesihatan anda, pengawalan pengambilan gula dan makanan manis adalah sangat penting. Kurangkan pengambilan snek yang bergula tinggi, minuman bergula dan kuih-muih yang manis.


Garam adalah unsur utama menambahkan rasa makanan. Makanan yang kurang garam akan menyebabkan seseorang tiada selera untuk memakan. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Garam yang berlebihan dalam tubuh juga membebankan pesakit buah pinggang. Orang yang sihat dinasihatkan supaya pengambilan garam dalam purata hariannya tidak melebihi 6-8g. Manakala pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi pula dinasihatkan supaya mengehadkan kadar pengambilan garam. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang telah mengambil garam yang lebih daripada apa yang disyorkan.
Cara mengurangkan pengambilan garam termasuk mengehadkan penggunaan garam dalam masakan, kurangkan makanan mengasin, rempah segera, makanan mengetin dan makanan segera. Selain daripada itu, anda juga digalakkan supaya selalu menyediakan makanan sendiri di rumah dan menggelakkan memakan di luar.


Fiber tumbuhan seperti beras kasar, oats psyllium husk, hawthorn berry adalah pelincir usus semulajadi . Fiber boleh mengurangkan masa yang diambil oleh sisa makanan untuk melalui saluran usus besar. Fiber membantu mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan. Ia dapat membantu membersihkan kolon secara efektif, menggalakkkan pertumbuhan bakteria baik dan merendahkan risiko penyakit kolon supaya badan akan sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Selain daripada itu, fiber juga berefektif untuk mengawal berat badan dengan memberikan perasaan kenyang dan membantu mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan. Maka, makanan berfiber tinggi boleh mendatangkan manfaat untuk kesihatan badan.

Sumber : Wanita2u

Saturday, May 16, 2009

Senarai Makanan dan Hikmahnya dalam Islam


Kiriman: kagomi pada Selasa, 19 September, 2006 - 04:19 PM CCT

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Daging kuda:

Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

Sumber : Wanita2u.com

Tuesday, May 12, 2009


Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

SENAMAN adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam
mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu
membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan
meningkatkan motivasi rohani dan jasmani.

Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan
riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang
lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.
Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dan
ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagi
mengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asas
senaman ialah:

1. Senaman Ketahanan
Aktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesan
melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan
kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja
baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda
melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis ini
melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing
manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam
senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang.

2. Senaman Keseimbangan
Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongan
dewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendi
dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan
mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu
perkara. Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan
otot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal
berfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.

3. Senaman Fleksibiliti
Ia adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada
bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas
melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan
menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan
pemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga,
gimrama dan aerobik.

4. Senaman Kekuatan
Senaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada
diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkan
kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Ia
penting kerana penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalah
kesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah,
senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat
adalah jenis kekuatan.

Justeru, pilihlah senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan
anda. Pilihan senaman yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senaman
perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.
Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan senaman, sekiranya aktiviti
kecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan pemanasan ringan ia
mampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini kadang kala
mengambil masa lama untuk pulih.

INFO
Tip senaman yang baik

 Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukan
sebaliknya.
 Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu
doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian.
 Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi
mengelak ketidakselesaan dan kecederaan
 Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan
jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel
 Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda
 Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga,
jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.

- Berita Harian

Sumber : MOIS

Sunday, May 10, 2009

Senaman Menggunakan Dumbell


Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my


MENYUSULI teknik senaman dada yang ditampilkan minggu lalu, XY Fizikal kali ini memperkenalkan satu lagi teknik iaitu menggunakan dumbell.

Selain menggunakan mesin flat bench press, mereka yang ingin memantapkan otot dada boleh mencuba dumbell. Manfaatnya tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan mesin flat bench press. Namun, senaman yang diperkenalkan kali ini memberi kesan kepada jalur otot yang berlainan.

Gerakan senaman menggunakan dumbell membabitkan satu lagi otot iaitu anterior deltoid (sekitar kawasan penjuru bahu).

Seperti senaman yang ditunjukkan sebelum ini, anda boleh menentukan berat dumbell yang bersesuaian dengan kemampuan anda melalui kaedah repetition maximum (RM).

Dalam menentukan berat dumbell, lakukan ujian ini. Angkat sebuah dumbell dan mula mengira hingga lapan. Jika tidak ada masalah, inilah dumbell yang sesuai untuk anda.

Ketika melakukan senaman ini, pastikan anda menggenggam kemas menggunakan kelima-lima jari pada pemegang dumbell.

Anda dinasihat berhati -hati dalam melakukan senaman ini kerana jika tersalah teknik, ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada otot.

Ikuti panduan senaman seperti yang ditunjukkan jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis dalam gambar berikut.

Selamat mencuba!


Langkah demi langkah

1. Mulakan senaman dengan berbaring di atas bangku senaman seperti ditunjukkan dalam gambar. Anda boleh berbaring sepenuhnya, dari kepala hingga ke kaki di atas bangku namun anda lebih digalakkan untuk meletakkan kedua-dua tapak kaki ke atas lantai supaya dapat menyokong dan menyeimbangkan badan ketika melakukan senaman.


2. Pegang dumbell dengan tangan lurus ke atas dada (tapak tangan menghadap ke dalam) dan tarik nafas.


3. Kemudian turunkan tangan perlahan ke sisi sama ke paras permukaan dada. Selang satu saat, angkat semula dumbell ke atas seperti pergerakan permulaan tadi dan hembus nafas.


4. Lakukan senaman ini dalam kiraan lapan hingga 12 kali dalam dua set untuk tahap permulaan.


5. Untuk tahap seterusnya, tingkatkan berat dumbell, kiraan atau bilangan set bergantung kepada objektif anda atau nasihat jurulatih kecergasan anda.

Sumber : Berita Harian

10 Cara Meningkatkan Daya Ingatan


Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang.

Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya. Disini disenaraikan 10 perkara yang boelh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik.


Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori

Zat Besi
Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak

Kopi
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein

Latihan Mental
Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

Latihan Fizikal
Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

Mengunyah Gula-Gula Getah
Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

Ginkgo Biloba
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.

Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.

Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

Sumber : Forum Jom Layan

Friday, May 8, 2009

Wanita Perlu Ke Gym


Kenapa kita lihat trend di Malaysia ni, hanya lelaki sahaja yang selalu memenuhi gym gym?Kenapa wanita tidak banyak ke gym?Adakah kerana dilarang?tidak!kerana wanita tidak perlu kekuatan?tidak sama sekali! Wanita zaman sekarang dah masuk ke era dimana wanita berada sama taraf dengan lelaki..tapi kenapa wanita tidak ke gym? Sebabnya majoriti wanita bertanggapan jika mereka ‘workout’ di gym,mereka akan menjadi seperti lelaki, ada otot2 besar, dan tegap seperti lelaki..SEMUANYA SALAH!


Tahukah anda wahai wanita, wanita mempunyai hormon Astrogen yang banyak dan sedikit hormon testosteron. Walau serajin mana pun anda,sekuat mana pun,segigih mana pun anda ‘workout’di gym macam lelaki buat, anda tidak akan berotot otot besar seperti mereka!Anda tidak akan nampak seperti wanita yang tegap atau "tough’ macam lelaki..Kenapa?


Sebabnya jumlah hormon testosteron yang sedikit dalam badan wanita tidak dapat membesarkan otot2 anda, yang cuma bertambah adalah kekuatan,flexibitili dan ketahan fizikal anda! Wanita yang mengikuti pertandingan bina badan berotot otot kerana mereka mengambil supplement dan menyuntik hormon testosteron ke badan mereka. Jadi takkan anda nak macam tu kot?


Dengan kekuatan,flexibiliti dan ketahanan fizikal yang tinggi, anda sihat,cergas,otak cerdas, anda tidak akan mengalami masalah besar dalam mengharungi PMS anda, mengelakkan kerapuhan tulang (osteoporosis) selepas putus haid bila dah tua nanti, tiada sakit tulang belakang dan tiada masalah sendi2 badan..


Anda tidak percaya?memang anda tidak akan merasainya sekarang,tetapi ia banyak akan membantu anda di masa tua nanti.Percaya lah!

Sumber : Healthy Lifestyles

The Biggest Loser ; Cardio Max DVD



erkk...keciknye gambo...ni jelaa gmbr yg ade kat google...maybe, diz is the latest one kowt...
mule2 pening tak tau nak pilih yg mane...byk sgt kan...seb baik ingat gmbr depan DVD yg kak einaz punye..."Jillian Michaels"..

tanye kaunter, takde stock lak!!adoih, tensi2...
org kaunter suggest amik yg ni..coz dia kate org yg buat senaman ni pun org besar2...dah tentu sy leh ikut...hehe..

balik jer dr 1utama, terus bukak DVD ni and tengok senaman ni sampai abes...mule2 ingat nak start esok jer...tp tetibe lak rase semangat nak ikut sbb macam best jer...
hehehehe..

fiuhhhhh lencun wooo...sy try cardio level 1 dulu...dalam 30 minit...
dia ade 3 cardio level...level 1 kne wat dalam 1st two weeks, level 2 ; minggu ke-3 n ke-4, level 3 ; minggu 5-6 dan seterusnyee smpai kuruihhh....
skrg ni, my betis, ankle and back-side mcm sengal2 sikit...adehhh...
mase tang pumping, my back-side ade bunyi, "kriuk" laaaa...smpai skrg sengal...
adoih, jgn jadi ape2 laak...hrp2 skejap jer rase kesengalan ni...isk3...
dah beli DVD ni, lepas ni kne rajen buat...

sy plan start drp esok pagi, sy akan buat cardio max aerobic kat rumah dan petang sy akan ke gym...

nway, tak puase laa arini...dtg bulan..ekekeke...perempuan kalu dah dtg bulan, faham2 jelaaaa..asyik rase nak makan jer...hehe...
so todays menu adalah...

Breakfast
1. a cup of oats (HPA minuman bijirin)

Lunch
1. a small cup of hazel white coffee OldTown...

2. polo bun ditengah2nye ade one slice of turkey ham and one slice of cheezzz...

3. secubit garlic bread...(rase my fren nye makanan..dia order garlic bread cecah half-boiled eggs)

4. half kaya n butter bread toast...(rase my fren nye makanan gak..wakaka!!)
-hehe...kalu anda semua lihat makanan2 diatas seperti makanan di waktu pagi jer kan...hehe...sebenarnye, mmg pun..my fren ajak teman dia breakfast kat OldTown Coffee house kat hill park...sy dah breakfast dah sebenarnye..so, kwn dah lame tak jmpe punye pasal, kene laa temankan...oleh itu, sy jadikan ia sebagai makanan tengahari saye...i had lunch at 10.45am!!hua hua hua...

CHOP!!
- lepas beli DVD, gatal singgah St Anne's teringin makan pretzels eclairs!!tekak ni macam kempunan nak makan sumting yg berchoc!!pure choc sy kurang sikit..suke yg choc wif sumting...mcm donut kee..pretzels kerr..kek ker...eskrem kerr...waffles choc ker...sy makan coklat sebulan sekali jer...itu pun adalah kerana effect dtg bulan, hrp maklum!!kalu tak, mmg tak sentuh....

Dinner
1. setengah pinggan spaghetti bolognese (mama masak, yeay!!)

2. dua cawan orange juice...(orange diperah gune squizer tanpe gula..)

p/s : tgh job-hunting ni...nak keje cepat2..mcm2 nak beli..exspecially a camera!!blog sy ni dull jer tanpa pix2 ori dr sy...uhuhuhu...


Mahu Beli CD Aerobik...

haishh..tercabar rase bile kebanyakan bloggers dah mule beraerobik sndiri...
lagi2 si kakak einaz, seperti mahu membina gym sndiri di rumah nyee...
hahaha...tahniah2!!

lebih tercabar apabila kak surya (blog beliau telah diprivatekan) sedang beraerobik semasa sy menelepon beliau...tensi tensi...

well, ade tips tak camne nak pilih cd aerobik yg sesuai?
yg mane yg bagus n senang ikut?

agak tertekan tak dapat join kelas aerobik kat gym...
bukan tak bleh, tapi sendiri tak mahu...
sebabnye, badan masih besar lagi takut tak mampu nak ikut..
tak yakin lagi nak join...uhuk3..
n malu ngan org lain dlm kelas pown ade..huhu
sangat rugi besar!!

ape2pun, mahu cuba menari-nari dirumah dulu..
agak2 dah yakin baru join kelas aerobik kat gym...

cepat sahabat2 sekalian...
suggest me any cd aerobik yg u all rase sesuai utk sy...
yg senang ikut..
and the main thing, satu cd tuu complete..
tak mo yg focus on one type of gerakan jer...

petang ni mahu pi cari n beli...
sila respon cepat..
hehe..
thank u...

Thursday, May 7, 2009

Menu Hari ke-4 Puasa

Sahur
-tak makan..
-tp esok kne start sahur...sebab hari ni, petang jer sy dah pancit...seb baik leh tahan tak buka...pancit sbb tak larat nak gi gym...gym atas katil...huhu...

Berbuka
1. 2 pax biskut julie's berkrim cheez...1 pax ade 4 ketul biskut kecik...kalu 2 pax, kire sndiri laa..hehe...adoih..

2. daging goreng butter satu mangkuk!!
-marinate daging+1 sudu kicap masin+setengah sudu sos tiram+halia n bawang putih tumbuk halus+black pepper secubit..
-goreng ngan buttercup..
-hias ngan sebiji buah tomato raw..

Senaman
-kuak lentang atas katil...ngeh ngeh ngeh

Stair Stepper

contoh stepper sy gune kat gym...


stepper mcm kak reen punye...tp kak reen nye warne kuning..heehee...



Teruja tengok post kak reen tentang stepper dia...stepper warne kuning dia tu begitu menarik perhatian sy..mane taknye, kat gym trainer kurang mempromot mengenai stepper..so, sy x brape pandang machine ni..kesian machine stepper ni tercangak jer sbb takde org gune pown kat gym tuu...ehehehe...

trainer pernah bgtahu machine stepper ni utk shape punggung (UP SIKIT!!) and betis..kalori yg dibakar kurang laa..

machine stepper ni application nye macam kite naik tangga...kat monitor machine ni tunjuk masa, bilangan tangga/minit, bilangan kalori yg telah dibakar dan yg bagusnye bilangan tingkat!!

semalam sy buat 15min jer for the first try...2 tangga per min jer (SLOW GILER!!) and bilangan tingkat lak sy tak ingat...rasenye dlm 30++ tingkat...

waaaaaaahh, mcm sukar percaye jer sy naik sampai 30 tingkat??tp memang berpeluh lencun tak ingat mase gune stepper...

hmmm...lepas 15min tengok monitor, sy agak terkejut bilangan kalori yg terbakar hanye 60 kalori sahaja!!sy berpeluh bagai nak rak, camne leh bakar 60 kalori jer??

kalu naik treadmill 10min, lebih kurang 70++ kalori terbakar...tp takdelaa beria2 berpeluh...pelik2..hehe..



Stepper machines provide a good workout for your legs and glut muscles, as well as a low impact cardiovascular workout for your heart and lungs, if used in proper manner. Numerous people make just when using a stepper machine is to support their body weight with their arms. It, combined with leaning too far forward, places excessive pressure on the lower back. Few things should be taken care of while using stepper, always aim to keep a smooth rhythm, with medium size steps for beginners, and those of a good fitness level can increase the size of the stepping. Just keep your back upright, and using your hands as balance, when holding the machine, will promote good technique

Source : Times Street.com



INSTRUCTIONS

Step 1 : Begin with a five-minute warm-up using the stair-stepper at a low intensity. This way you'll be warming up the same muscles you'll be working.

Step 2 : Pick up the intensity once you're warmed up.

Step 3 : Understand that proper form is crucial - don't lean your arms on the machine. Keep your upper body upright and centered over the legs.

Step 4 : Keep the back straight.

Step 5 : Avoid staying up on your toes. Keep the heel pressed down on the step - this keeps the work in the buttocks area and not just in the calf muscles.

Step 6 : Don't push the step all the way down or allow it to come all the way up. Keep the distance between your steps short.

Step 7 : Use a variety of program settings. For example, try an interval workout, then a hill workout, and mix in high- or low-intensity sessions.

Step 8 : Vary the resistance - make it fast and easy at times and harder and slower during other workouts.

Step 9 : Begin with 10-15 minutes of exercise. You can go all the way up to an hour, depending on your fitness and the health club's maximum time limit.

Step 10 : Stretch the glutes, hamstrings and calf muscles at cool-down.

Source : ehow.com

Wednesday, May 6, 2009

Menu Hari Ke-3 Puasa

Sahur
-tak makan..hehe

Berbuka
1. setengah biji jambu batu + serbuk asam (beli..)

2. satu botol mineral kecil air soya

3. satu keping ikan tongkol goreng

4. satu mangkuk sup seleri

5. 10 ketul kecil ayam goreng halia (mcm chicken popcorn)

Senaman
1. 30min crossramp

2. 15min stepper

3. work out muscles

4. sauna 10min (berani mati buat ni..hehe)


Seleri


oleh kerane hari ni sy makan sup seleri, ni ade artikel mengenai khasiat daun seleri...
sup kalau tak letak sayur seleri, rase mcm ade sumting wrong sumwhere...hehe..

alaaa, sup seleri yg sy makan mase berbuka td simple jer...buat basahan tekak selepas bersauna...betul kate ibuani, lepas sauna kene makan sup....syok wooo lepas sauna makan sup...rase mcm segar jer badan ni...

Resepi Sup Seleri

1. satu batang seleri dipotong nipis..(tebal pun boley)

2. satu sudu serbuk stok ayam..kalu rajin, gune rebus ayam..letak ayam pun bleh..tp akan jadi sup ayam..hehe

3. air panas satu mangkuk..

masukkan semua bahan dalam mangkuk n kacau...masuk dlm microwave..
2 minit jew, level tinggi..






Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.

Sumber : PK UKM

oleh kerane hari ni sy makan sup seleri, ni ade artikel mengenai khasiat daun seleri...



oleh kerane hari ni sy makan sup seleri


Pegaga


Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Antara khasiat pegaga adalah:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin

Sumber : Koleksi Petua, Rahsia, Tips, Panduan, Teknik & Cara Bagaimana Dalam Bahasa Melayu

Tuesday, May 5, 2009

BOHSIA : Jangan Pilih Jalan Hitam



teruja sebentar apabile kawan baik sy, adelina ajak menonton wayang...yelaaa kan, baru abes exam mestilah mahu beronggeng-ronggeng....

"nak tengok cite ape?"

saje jer tanye padahal dah tahu mahu tengok X-mens : Wolverine origins...cite ni tgh hot skrg..

"BOHSIA!!"

"eyhhh, beg ur pardon gal??"

ku gelak besar...sangat besar smpai guling2....hahaha...since when laa my bestfren nii sooooo into the cite melayu...haha...jangan misunderstand..kami tengok jer cite melayu..cume kalu nak spend duet ke pawagam, kami usually akan pilih movie yg ade "impact" pd kami kalu tengok wayang...kirenye tak same ngan tengok tv laaa...contoh movie yg ade impact mcm cite2 seram ; Jangan Tegur, Jangan Pandang Belakang, Cermin, Congkak dan sebagainya, upin n ipin sy tengok kat panggung gak...

tp kalu cite mcm bohsia ni...alahai...mcm story di tv jer...better tunggu kat astro jer, tak yah tunggu raya...hehe

"bukan aku yg nak tengok ar..aku mahu wolverine..tapi, ofismet aku ajak teman..dia ajak ko sekali..."

"alaaa please...temankan die jer..aku sanggup bayarkan tiket utk ko.."

~nie yg aku sayang betul kat adelina...dia sangat menjage hati n perasaan seorang kawan...ni baru ofismet dia...kalu aku?? kalah boypren tawww, ahahaha...jgn jeless..

***

not bad air tangan pertama anak yusuf haslam, shamsul (betul ke eja?)...
bleh layan ar cite ni...hehe

bg sy cite ni dia exposekan kat public kehidupan budak2 jalanan ni...
masing2 ade masalah masing2 and tak semua adalah buruk atau hitam...
mereka juz hang out ramai2 utk release tension...
the most best thing ialah semangat setia kawan dorg...

sy kagum teramat kagum sgt ngan satu character ni...
amy name die..
walaupun kehidupan dia sgt kucar-kacir n teruk, dia still leh manage utk kawal diri n maruah dia...and even ayah dia penah rogol dia, dia still sayang giler ngan ayah dia...

hmmm,cite ni mmg ade laa kelucahan sedikit...moderate laaa...takdelaa teruk sgt..
lawak pun ade, mmg kelakar ar...

ape2pun, kesimpulan dr cite ni, yg baik kite ambil, yg teruk kite jadikan iktibar dan buang jauh2...


Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.