JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, September 30, 2009

PENANGAN RAYA PENGHIDAP PSORIASIS

Post ni atas request ramai orang yg nak tengok perubahan sy untuk gejala psoriasis terhadap vco (minyak kelapa dara)...
raye ni mcm2 makan...so, ni laa kesannye..but now dah reda sikit...so u all can see the differences...


tinggal bahagian atas dahi jer yg problem..rasenye part ni sbb faktor makanan..bahagian lain semua dah clear, alhamdulillah..sy bersyukur sbb kuping dah takde..kalu silap makan, part ni akan jadi merah menyala macam ni...ni gambar latest hari raya ke-4..makan macam2, ni laa hasilnye...kalu makan pantang, merah2 takde..tinggal bekas warna putih jer..



ni result 3 hari lepas letak tonik + makan kapsul vco..dah jadi pinkish...and ade tompok yg dah jadi warna puteh mcm panau tuuu...



4 tompok inflam,tidak berkuping...macam tangga kawww bersusun tuuu...uhuk3..kalu tak jage makan, naik merah2 macam ni jer...tak macam dulu, berkuping2..tengok hairline kat blakang telinga tuuu, dah clear kan???dulu masyaALLAH..kurap bagai blakang telinga..nak tunjuk pown malu...uhuk3...




baru lepas letak Tonik Rambut VCO...sy pakai tonik bile inflam naik balik..kalu tak, sy menten kapsul vco je..


nanti, kalu dah betul2 clear..sy akan letak gambar terbaru..nantikan..

p/s : untuk gambar badan sy, hanye utk permintaan sahaja.sy akan email anda..PEREMPUAN SAHAJA HOKAY..huhu..thank u..


Tuesday, September 29, 2009

Solat Taubat dan Doa Nabi Zakaria Sebagai Usaha Mendapatkan Zuriat

Zuriat atau anak adalah anugerah Allah dan rezeki untuk memperolehi anak juga dalam ketentuannya. Sebagai Muslim jangan lupa yang pertama mestilah memohon kepadaNya dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal.

Suami dan isteri kena buat amalan berikut setiap malam:

Solat taubat 2 rakaat

Solat hajat 2 rakaat- niat untuk dapat zuriat

Baca ayat : " Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami' uddua" - ayat 38

Surah Al-Imran (Doa Nabi Zakaria)

Wiridkan ayat ini 40 kali lepas tu doa minta pada Allah dalam bahasa masing-masing.

Amalkan dengan penuh Yakin... sangat mustajab...

Sumber : Ratu Hati

Berat Badan Pengaruhi Kesuburan dan Kitaran Haid

Berat badan memainkan peranan penting dalam menentukan bila dan bagaimana waktu subur dan haid. Ini kerana sel lemak dalam badan melepaskan estrogen, yang penting untuk kesuburan dan haid. Untuk memastikan kitaran haid tetap, kebanyakan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 17%-22% lemak dalam badan.

Kurang berat badan: Anda mungkin alami haid tidak tetap atau mungkin juga ketiadaan haid (amenorrhea). Pastikan anda makan makanan berkhasiat dan mendapatkan berat badan ideal supaya lemak dalam badan anda dapat menghasilkan estrogen.

Lebih berat badan: Anda juga mungkin alami kitaran haid tidak tetap jika terlebih lemak dalam badan anda. Estrogen yang berlebihan mengganggu proses kesuburan dan haid.

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk kedua-dua masalah (terlalu kurus, terlalu gemuk) ini.

- Sumber: No Periods After Stopping the Pill dan Improving Fertility Health: Lifestyle, Women's Health Information, womens-health.co.uk

Sumber : Ratu Hati

Monday, September 28, 2009

Telur Separuh Masak Baik Untuk Jantung

Bersarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak memang menyelerakan. Pasti tidak cukup sekeping roti. Namun tahukah kamu akan kebaikan set sarapan ini? Jika kamu mengambil putih telur separuh masak bersama mayones bebas lemak dan hirisan salad hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kamu sepanjang hari. Mengikut kajian, hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung kamu! Tunggu apa lagi ambillah telur separuh masak untuk sarapan kamu.

Sumber : Seri Kasih

Tips Menurunkan Berat Badan

Dr. Pakar,
BARU-BARU ini saya mengalami pertambahan berat badan yang amat ketara dan keadaan ini amat merunsingkan saya. Saya cuba mengawal berat badan dengan cara berdiet tetapi hasilnya sama seperti sediakala.Saya berusia 29 tahun dan berat badan saya sekarang mencecah 98 kilogram.

Masalahnya, saya tidak pasti dengan pemakanan yang sepatutnya saya ambil. Besar harapan saya agar doktor boleh memberikan menu yang sesuai sebagai diet saya selama seminggu. Apakah makanan yang perlu saya tambahkan ke dalam diet dan apakah pula makanan yang perlu dielakkan. Sekian, terima kasih.

– DEWASA BERAT

Dewasa Berat,

Bergantung kepada ketinggian tubuh anda (dan bukannya umur anda), doktor akan menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes menggunakan pengiraan indeks jisim tubuh (BMI).

Saya anggarkan, dengan berat badan 98 kg, anda mungkin termasuk dalam kategori obes. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.

l Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.

Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.

Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.

l Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.

l Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.

* Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.

* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh. Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ.

Sebarang tambahan baik dari segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit, sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.

* Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).

* Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.

Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.

* Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.

Untuk mengurangkan berat badan secara berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga berjaya!

Jawapan disediakan oleh Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

Sumber : intim

Cara Mengamalkan Diet Sihat

Tubuh badan adalah aset yg penting.Kita perlu berusaha menjaga dan memperbaiki aset kita.Melabur dlm diet yg berkhasiat dan seimbang penting untuk menjaga aset kita yg paling berharga iaitu kesihatan kita.Berikut adalah beberapa langkah mudah utk merancang pengambilan makan kita sambil memastikan ia sesuai dgn usia dan keadaan fizikal kita.

Kurangkan Lemak dan Kolesterol
Lemak dan kolesterol adalah punca utama sekatan arteri yang menigkatkan risiko serangan jantung dan strok.Oleh itu,usaha mengehadkan lemak tepu yang anda makan merupakan langkah paling penting yang boleh diambil utk mengurangkan kolesterol darah dan menurunkan risiko penyakit arteri koronari.
Cara terbaik utk mengurangkan pengambilan lemak tepu ialah dengan mengehadkan jumlah lemak pejal seperti mentega ,marjerin dan lelemak apabila memasak makanan.Jika boleh,gunalah gantian yg rendah lemak.
Apabila anda menggunakan lemak,pilih lemak mono x tepu seperti minyak zaitun atau minyak jagung.Ini kerana lemak mono x tepu dan poli x tepu boleh membantu mengurangkan kolesterol darah anda secara keseluruhan.Bagaimanapun,kesederhanaan adalah sangat penting.Segala jenis lemak mempunyai nilai kalori yg tinggi dan hendaklah diguna secara sederhana.

Cara Mudah Untuk Kurangkan Pengambilan Lemak dan Kolesterol
#Membakar,memanggang atau menyalai makanan.Dan jika boleh,elakkan menggoreng makanan.
#Pilih daging yang rendah lemak seperti ayam,ikan,daging tanpa lemak yang boleh dilihat dan tanpa kulit.
#Hadkan daging yg mengandungi terlalu banyak lemak seperti sosej,salami,pepperoni,lamb chop dan daging goreng.
#Banyakkan makan buah-buahan dan sayur2an segar.Gunakan buah-buahan sebagai pencuci mulut untuk menggantikan manisan tinggi lemak dan gula seperti aiskrim,kek dan kuih-muih.
#Gunakan produk tenusu rendah lemak seperti susu rendah lemak,keju rendah lemak tau tanpa lemak,krim masam rendah lemak atau keju krim.

Pilih Protein Rendah Lemak
Daging,ayam,itik,ikan, susu dan telur adalah antara sumber protein yang terbaik.Tetapi anda perlu berhati2 memilih sumber protein yg rendah lemak seperti susu skim,bukan susu penuh dada ayam tanpa kulit,bukan kepak dan bahagian2 lain yg banyak lemak dan kulit.
Ikan adalah satu lagi pilihan yang lebih baik daripada daging tinggi lemak.Sesetengah jenis ikan seperti bass laut,bawal putih,kod dan tuna lebih rendah lemak keseluruhan lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging,ayam dan itik.
Kekacang seperti kacang pis dan dal juga merupakan sumber protein yang baik.Ia bukan sahaja tidak mengandungi kolesterol tetapi juga rendah lemak.Kacang soya juga salah satu jenis lagi kekacang yang sangat baik untuk jantung.Ini menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk menggantikan daging.

Tambah Sayur-sayuran dan Buah-buahan Dalam Diet Anda
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah rendah kalori,kaya dengan serat makanan,vitamin dan zat galian yang baik.Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu menurunkan kolesterol darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
Pengambilan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet boleh mengenyangkan dan membantu mengelakkan pengambilan makanan snek yang tidak sihat.
Bila makan di luar,pilih resepi yang mengandungi sayur-sayuran atau buah-buahan sebagai ramuan utama.Jangan mencicah sayur-sayuran atau buah-buahan dalam kuah,santan,sos pekat atau krim.

Pilih Bijirin Penuh
Bijirin penuh adalah sumber serat,vitamin dan zat galian seperti tiamina,riboflavin,niasin,vitamin E dan magnesium,fosforus,selenium,zink dan zat besi.
Pelbagai nutrien yang terdapat dalam bijirin penuh memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung.Anda boleh menambah pengambilan bijirin penuh dalam diet anda dengan membuat penggantian yang mudah.
Pilih roti bijirin penuh bagi menggantikan roti putih.Pasta gandum penuh untuk menggantikan pasta biasa dan beras perang untuk menggantikan beras putih biasa.
Pilih bijirin tinggi serat untuk sarapan seperti emping bran atau gandum pecah untuk menggantikan mufin dan donat.Dan gunakan tepung gandum penuh bagi menggantikan tepung putih biasa bila membuat kuih.

Amalkan Kesederhanaan
Mengetahui jenis makanan yang boleh dimakan dapat membantu anda mengamalkan diet yang sihat.Tetapi anda juga perlu tahu berapa banyak makanan yang boleh diambil.
Mengisi pinggan hingga penuh,mengambil tambahan kedua dan memilih sajian bufet boleh menyebabkan anda mengambil kalori,lemak dan kolesterol secara berlebihan.
Sajian yang disediakan di restoran biasanya jauh lebih banyak daripada yang anda perlukan.Sentiasa pastikan yang anda mengambil sedikit sahaja daging,ayam dan ikan supaya anda mempunyai ruang untuk mengambil banyak sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin penuh.

Perancangan Adalah Penting
Adakah anda sudah bersedia untuk memberi komitmen kepada kesihatan anda?Jika anda sudah bersedia,bermakna anda juga sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan tindakan anda.
Pilih makanan untuk setiap waktu makan dan snek dengan mengutamakan sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin penuh,Hadkan pengambilan daging dan makanan berlemak.
Awasi jumlah makanan yang anda ambil dan pelbagaikan pilihan menu anda.Pilih segala jenis makanan tetapi makanlah secara berpatutan.Sesetengah makan mengandungi lebih banyak lemak secara semula jadi.
Jangan ketepikan makanan berkhasiat daripada diet anda disebabkan kandungan lemaknya.Ambillah dalam jumlah berpatutan.
Sebaliknya,cuba kurangkan sajian makanan yang disediakan dengan lemak tambahan seperti makanan bergoreng dan kek.Sebagai contoh,sepotong keju lebih sihat daripada kentang goreng atau French fries.
Mungkin terdapat beratus-ratus lagi petua lain yang boleh membantu anda membaiki kesihatan anda.
Walau siapapun diri anda dan tahap kecergasan anda,amalan diet yang lebih sihat dan usaha menurunkan berat badan adalah lebih mudah daripada yang disangkakan.Penting untuk anda menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan untuk mengamalkan diet yang sihat.
Menahan diri daripada makan makanan kegemaran anda boleh mendatangkan kesan yang sebaliknya dalam usaha menukar diet atau tabiat makan anda dalam jangka panjang.Ia boleh menimbulkan keinginan yang meluap-luap dan mencetuskan pelbagai kitaran yang tidak diingini dalam pengurusan diet anda.
Sebaik-baiknya,anggaplah taniat makan yang sihat sebagai larian maraton dan bukannya larian pecut.Hanya dengan melakukan perubahan-perubahan yang boleh anda amalkan sepanjang hayat,anda dapat menikmati diet yang sihat.

Sumber : MyMesra

Sunday, September 27, 2009

Perlukah Diet Hari Raya

Oleh HAMDAN AHMAD

SELEPAS sebulan berpuasa, kini tiba saat untuk kita berhari raya. Ibadah puasa banyak memberi kebaikan sekiranya kita benar-benar menghayati kenapa ia difardukan kepada umat Islam.

Puasa dapat membentuk dan meningkatkan disiplin malah mampu meningkatkan kualiti peribadi kita kepada suatu tahap yang lebih baik dan bermakna.

Dan hari raya pula merupakan suatu hari gembira dan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berjaya melaksanakan tuntutan Allah pada bulan Ramadan.

Semasa berpuasa, kita dikehendaki menahan diri daripada nafsu termasuk makan, minum dan melakukan perkara yang dilarang. Inti puasa ialah bagi membentuk disiplin diri dan peribadi kepada tahap yang lebih baik dan hebat - jasmani dan rohani.

Biasanya pada bulan puasa, berat badan akan menurun dan ia mampu dikawal. Seluar yang dipakai akan semakin longgar.

Nikmat berbuka, kita akan cepat terasa kenyang dan tidak perlu makan berlebihan ketika berbuka.

Membazir itu perangai syaitan. Walau pun dikatakan ketika bulan puasa, syaitan-syaitan itu 'dirantai' tetapi masih ada kalangan kita yang gagal membendung nafsu.

Nafsu kita merupakan 'syaitan' yang masih berleluasa dan kita masih lagi gagal merantainya walau pun ketika itu bulan Ramadan. Secara tidak langsung, kita gagal mendisiplinkan diri kita. Sepatutnya pada bulan Ramadanlah patut menjadikan masa dan permulaan terbaik untuk kita memberi keutamaan dalam mendisiplinkan diri untuk semua aspek.

Semasa berpuasa kita seakan-akan berdiet dan sepatutnya usaha baik itu diteruskan selepas bulan puasa. Kita berdiet bukan sekadar pada bulan puasa tetapi lebih penting bulan-bulan selepasnya. Yang menjadi masalah, hari raya dan bulan seterusnya dijadikan lesen untuk kita mengamalkan budaya dan rutin biasa dari segi pemakanan seperti mana yang pernah kita amalkan. Tiada bezanya kita ketika bulan Ramadan dan bulan-bulan sebelum dan selepas bulan Ramadan.

Hari raya memang patut kita sambut dengan bergembira dan memakan makanan sedap-sedap tetapi kita hanya perlu mengawalnya. Maklum sahaja, setiap hari raya kita sudah tentu akan dijamu pelbagai makanan yang berat-berat seperti lemang, nasi impit, rendang, ketupat dan sebagai. Sudah tentu kebanyakan kita tidak akan melepaskan peluang tersebut, lebih-lebih lagi hari raya di negara ini terdapat banyak rumah terbuka. Kita boleh ambil peluang tersebut tetapi secara berhemah dan berhati-hati.

Apakah diet terbaik dan sesuai untuk berhari raya? Sebenarnya tiada diet khusus untuk berhari raya. Sambutlah dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan berat. Musim berhari raya jangan dijadikan pesta makan - bulan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan. Kalau ini dilakukan, maknanya puasa kita itu gagal menepati objektif sebenar.

Nasihat yang biasa diberikan, cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi. Juga kurangkan minum minuman berkarbonat. Kita perlu kawal nafsu makan walau pun bulan puasa telah berlalu. Bulan-bulan selepas berpuasa merupakan ujian sebenar sama ada kita mampu mengekalkan tahap disiplin diri yang tinggi dari segi pemakanan sebagaimana yang kita amalkan ketika berpuasa.

Lazimnya, berat badan kebanyakan kita akan meningkat ketika bukan bulan puasa kecuali bagi mereka yang mengamalkan disiplin pemakanan seimbang dan sederhana dan melakukan senaman mengikut jadual.

Peribahasa Inggeris pernah menyebut, "You are what you eat." Kemampuan mengawal apa yang dimakan terletak pada diri kita dan bukan pada orang lain.

Kita perlu ada budaya makan terkawal iaitu suatu disiplin dari segi makanan harian yang dimakan. Kita tidak boleh makan ikut sedap rasa dan juga kerana kita mampu membelinya.

Apa yang penting kita perlu bersederhana dan makan makanan yang seimbang dan buruk padahnya kalau kita ikut rasa dan nafsu makan secara sembrono. Ikut rasa binasa bak kata pepatah. Oleh kita, kita perlu lebih berhati-hati apabila kita mengambil makanan dalam kehidupan setiap masa.

Kebanyakan penyakit yang dihadapi oleh manusia disebabkan oleh makanan. Oleh itu diri kita sendiri yang patut dipersalahkan dan bukan makanan jika kita mendapat penyakit. Jika kita makan makanan berkhasiat, maka kita akan jadi lebih sihat dan bukan sebaliknya. Ini semuanya terletak pada diri dan apa yang kita makan.

Betapa seriusnya isu pemakanan - diperkatakan setiap masa. Bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik - sebagai contoh, jika kita makan sekeping kek blackforest yang beratnya kira-kira 100gm, dikatakan kita perlu membakar kalori hasil daripada memakan kek tersebut dengan berjalan sejauh dua kilometer. Begitulah seriusnya amalan yang perlu diikuti dalam mengekalkan kesihatan kita pada tahap terbaik.

Pada dasarnya kita bersetuju. Kita perlu mengikut konsep 'makan untuk hidup' dan bukan 'hidup untuk makan'. Yang menjadi masalah, kebanyakan kita kerap mengamalkan konsep hidup yang salah iaitu 'hidup untuk makan'. Oleh yang demikian, kita sering dihinggapi pelbagai penyakit kronik. Yang tidak seronok didengar, masa sihatlah kita perlu makan apa sahaja yang kita hendak makan. Sudah sakit nanti apa-apa pun tidak boleh dimakan. Ini suatu konsep dan pendekatan salah yang selalu dikaitkan dengan pemakanan.

Masalah pokoknya, kita masih lagi tidak memandang serius tentang apa yang kita makan setiap hari, walau pun kita mengetahui makanan yang dimakan itu berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Tahun demi tahun statistik menunjukkan meningkatnya bilangan warganegara yang dihinggapi pelbagai penyakit, antaranya termasuklah kencing manis, sakit jantung, kanser dan sebagainya. Kempen demi kempen dijalankan bagi memberi kesedaran kepada kita semua, namun tidak ramai mengambil iktibar daripadanya.

Sudah sampai masanya kita perlu mengubah sikap dan mindset sebelum terlambat. Mengubah sikap itu sesuatu yang sukar bagi setengah-tengah daripada kita. Kita lebih selesa dengan status quo sedia ada dan tidak berani berubah walau pun kita mengetahui akan kepentingan menjaga makanan dan kesan pada kesihatan. Selagi kita tidak sakit, selagi itu kita makan ikut nafsu.

Sampai bila kita harus begini? Tepuk dada, tanya selera! Tidak perlulah kita bercakap fasal diet hari raya kerana secara hakikinya tiada istilah diet hari raya. Kalau pun kita mampu berdiet pada bulan puasa dan sebulan berhari raya, ia cuma dua bulan, bagaimana pula dengan sepuluh bulan yang lain dalam tahun yang sama? Tidakkah ia juga sama?

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

UiTM Shah Alam

Sumber : Utusan

Tuesday, September 15, 2009

Minyak Kelapa Dara-seribu guna menyimpan seribu rahsia

Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:


1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

Sumber : Muslimah Shop Sdn Bhd

Petua Cantikkan Betis Kaki

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.

Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen.

Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.

Sumber : PetuaMelayu.com

Tips Memutihkan Bawah Lengan

Untuk mendapatkan bawah lengan yang lebih putih, gaulkan semangkuk hampas kelapa bersama air perahan limau nipis. Kemudian gosokkan pada bawah lengan anda ketika mandi. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Jika diamalkan selalu, anda akan melihat perubahannya dalam masa dua minggu. Selamat mencuba.

Sumber : PetuaMelayu.com

10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai


Sumber : PetuaMelayu.com

Monday, September 14, 2009

Keperluan Kalori

ANDA berlari di atas mesin treadmill selama 20 minit setiap pagi di pusat kecergasan. Paparan papan bacaan di atas treadmill menunjukkan anda telah membakar 150 kalori dalam sesi itu.Kemudian anda bertukar pula kepada mesin cross trainer selama 10 minit untuk membakar kira-kira 100 lagi kalori. Rasa penat dan letih terasa di seluruh badan semata-mata untuk membakar sekitar 250 kalori itu.Tetapi tahukah anda sebenarnya di sebalik penat lelah bersenam membakar kalori setinggi itu, kita sebenarnya hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk menambahkannya semula. Kenapa?

KITA mengambil masa kurang lima minit untuk menambah semula kalori yang dibakar.
Ini kerana ramai di antara kita yang tidak pernah mengambil tahu apa nutrisi, buruk baik dan manfaat makanan yang kita makan. Bayangkan 250 kalori itu sebenarnya bersamaan dengan sepotong piza berkeju atau seketul ayam berkuah atau satu setengah cawan nasi putih.Kalau begitu cuba bayangkan pula berapa sebenarnya jumlah kalori yang kita ambil dalam sehari. Untuk makan tengah hari sahaja dengan sepinggan nasi penuh, sejenis lauk berkuah, satu telur goreng dan sayuran - kalori yang dicapai mungkin sudah mencecah 1,000 kalori. yang dicapai mungkin sudah mencecah 1,000 kalori.

Itu belum dicampur dengan makan pagi, minum petang, makan malam dan makan lewat malam yang semakin menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia.Persoalannya apakah itu kalori dan berapa jumlah yang sepatutnya diambil oleh seseorang?Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.Bagaimanapun, sekiranya diambil secara berlebihan seseorang berpotensi menjadi obesiti dan lebih buruk lagi mengganggu tahap kesihatan tubuh. Penyakit pakej zaman ini tentunya kardiovaskular, kencing manis dan tekanan darah tinggi.Keperluan tenaga seseorang juga bergantung kepada tahap keaktifan atau aktiviti dilakukan, tahap kesihatan, kehamilan selain pengaruh keadaan sekeliling. Dengan budaya kerja rakyat Malaysia yang hanya terikat di pejabat, kalori yang diperlukan adalah lebih rendah.



Sumber : Sioloon

Tip Sukses Diet Rendah Kalori

Diet keras Anda tidak akan berhasil jika tidak memperhatikan hal-hal berikut ini

1. Hindari ngemil makanan berlemak, kue-kue manis berbahan tepung, cokelat dan ice cream karena walaupun sedikit bahan pangan ini berkalori tinggi.

2. Jika timbul rasa lapar dan belum saatnya makan, atasi dengan mengkonsumsi buah atau sayuran karena bahan pangan ini kaya serat yang akan memberikan rasa kenyang lebih lama.

3. Jangan mengolah bahan pangan dengan digoreng, gunakan metode memasak dikukus, direbus atau dipanggang. Metode memasak ini tidak menggunakan minyak sehingga konsumsi lemak dapat diminimalkan.

4. Hindari sumber karbohidrat simpleks seperti gula, permen dan sirup. Konsumsi karbohidrat kompleks seperti kentang, nasi, roti dan jagung, jenis karbohidrat ini lebih lambat diserap tubuh.

5. Jika membeli daging, pilih daging tanpa lemak, hindari jeroan, kulit dan brutu. Bagian ini merupakan sumber lemak.

6. Olah raga teratur agar kelebihan lemak bisa dibakar

7. Kontrol diri dan disiplin yang tinggi sangat mempengaruhi keberhasilan diet Anda.

Sumber : sendukgarpu.com

Wednesday, September 9, 2009

Khasiat Ulam-ulaman

KHASIAT PEMAKANAN

Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia.

Secara amnya ulam-ulam jenis biji, seperti petai dan jering, mempunyai nilai kalori atau tenaga yang tinggi (102 – 124 kcal/100g). Kandungan kalori ulam-ulam jenis buah pula sederhana, misalnya 78 kcal/100g bagi terung pipit. Kandungan kalori ulam-ulam jenis daun atau pucuk agak rendah iaitu 17 – 74 kcal/100g. Biasanya kandungan kalori ini berkait rapat dengan kandungan karbohidrat dan lemak. Bagaimanapun kandungan lemak ulam-ulam utama yang dikaji kurang daripada 1.8g/100g ulam.



Kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Petai yang kecut atau bijinya tidak membulat merupakan petai yang tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Petai yang segar mengandungi kandungan protein yang tinggi (10g/100g petai) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kajian oleh MARDI menunjukkan bahawa protein di dalam petai dan jering adalah bermutu tinggi kerana mengandungi profil asid amino yang baik terutama asid-asid amino perlu. Kandungan protein bagi jering, pucuk ubi dan cekur manis pula di antara 5.8 dan 7.6 g/100g ulam. Ulam-ulam lain yang dikaji mempunyai kandungan protein yang kurang daripada 3.8 g/100g ulam.



Kebanyakan ulam mengandungi mineral-mineral utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K). Daun kaduk didapati mempunyai Ca, P dan Fe yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.



Kebanyakan ulam juga mengandungi vitamin-vitamin utama seperti karotena, vitamin A, B dan C. Antara ulam-ulam yang dikaji, cekur manis didapati amat kaya dengan karotena iaitu sebanyak 17 870 mg/100g ulam, dibandingkan dengan ulam-ulam lain yang karotenanya kurang daripada 5 700 mg/100g. Cekur manis dan pucuk ubi kayu didapati kaya dengan vitamin C (136 – 192 mg vitamin C/100g) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kedua-dua jenis ulam ini sangat mudah didapati kerana tumbuh meliar di kawasan dusun atau belukar. Ia juga mudah tumbuh jika ditanam dan tahan terhadap penyakit.

Kebanyakan vitamin yang terkandung di dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba. Ini kerana biasanya ulam-ulam dimakan mentah iaitu tidak dimasak atau jika perlu direbus seketika sebelum dimakan. Vitamin yang mudah larut di dalam air dan mudah dimusnahkan oleh haba ialah vitamin B dan vitamin C.

Serabut adalah satu lagi komponen yang penting di dalam ulam-ulam. Sungguhpun serabut tidak dihadamkan, kita memerlukan sejumlah serabut untuk menjaga kesihatan badan. Serabut berguna untuk memberikan pukal (bulk) pada bahan buangan dan untuk pergerakan bahan buangan di dalam saluran penghadaman. Kekurangan serabut dalam sajian akan menyebabkan sembelit dan buasir. Sebilangan besar ulam, terutama jenis daun, mempunyai kandungan serabut yang melebihi 1.5 g/100g ulam. Kandungan serabut daun kaduk ialah antara yang tertinggi, iaitu sebanyak 2.7 g/100g daun.



KHASIAT PERUBATAN
Ulaman tempatan yang kita miliki sebenarnya buka sahaja sebagai pembuka selera malah ada yang menjadi penawar di samping sumber makanan yang berkhasiat. Dalam perubatan tradisional Melayu, beberapa jenis ulam dikatakan mempunyai khasiat perubatan sama ada sebagai pencegah atau penyembuh penyakit (Jadual 3).

Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak. Sementara itu, Dr. Robert D. Willix Jr. dalam bukunya Health ang Longevity Newsletter menggelar pegaga sebagai “herba ajaib” kerana dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Rajen M, seorang ahli farmasi yang juga pensyarah di Universiti Malaya menyatakan khasiat pegaga telah lama diiktiraf di seluruh Asia.

Jering pula didapati mengandungi sejenis sebatian alkaloid yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Sementara bagi pesakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Khasiat daun kaduk untuk memperkuatkan tulang pula mungkin disebabkan oleh kandungan mineral, terutamanya kalsium yang tinggi.

Sumber : UKM

Tuesday, September 8, 2009

Salah Anggap Mengenai Coklat

Sejak zaman Cortez menjaja Aztec dan membawa pulang cacahuatll dari Dunia Baru, perasaan berbaur terhadap coklat - adakala suka, adakala tidak. Jika diterjemah langsung, Cacahuatll (bahasa Aztec) bermaksud 'anugerah tuhan'. Makanan penguat tenaga batin masyarakat purba ini menjadi rahsia diraja bertahun-tahun, disimpan istana Sepanyol. Hanya kini, setelah coklat dapat dinikmati ramai, barulah kita sedar mengapa masyarakat Aztec begitu menyanjunginya.
Hakikatnya, ramai menggemari coklat. Namun disebabkan tahyul yang lama tertanam dalam masyarakat, perasaan bersalah sering menghantui setiap kali kita menikmatinya. Anda mungkin tidak percaya sekiranya diberitahu kebanyakan laporan mengenai kesan negatif coklat disebabkan maklumat kurang tepat. Hasil penyelidikan terkini mendapati coklat berciri positif yang unik. Maka, kita harus mengubah tanggapan umum yang tidak tepat ini.
Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat.
Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat.
Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat
Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya.
Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.
Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid.
Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.
Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?
Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan.
Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna.
Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak. Tetapi ingat, bersenamlah selalu!
Jelita Okt 2000 Ms 209

Monday, September 7, 2009

Khasiat Taugeh



Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

o Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.

o Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

o Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

o Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

o Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

o Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

o Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

o Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!


Sumber : BUMI AGRO

***

dapat idea cari artikel ni mase makan sahur tadi..mama masak taugeh goreng campur udang+tomato+daun kucai..masakan sayur yg mmg sy takkan sentuh sebab sy tak suke taugeh!!!euwwww...astu, pagi td kene marah ngan mama sebab tak makan lauk tuu..bukan sy sorg je kene, adek n ayah pun same..sudahnye, lauk tuuu tak terusik..mama sorg je yg makan...

"makan laa toge ni..banyak khasiat.."

"ape khasiat nye mama??"

"entah..yg mama tahu semua sayur berkhasiat.."


hahahahaha..tu pasal sy google pasal toge..
marilah kite makan toge..euuuww..isk3...

Sunday, September 6, 2009

Bersenam bulan puasa boleh bakar lebihan lemak

IBADAT puasa bukanlah alasan berehat daripada aktiviti kecergasan yang sebelum ini menjadi rutin harian individu. Mungkin ada yang risau jika letih bersenam ketika diri menahan lapar dan dahaga, namun jika kena pada caranya, senaman yang dilakukan memberi kesan lebih baik kepada tubuh.

Jurulatih Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd. Mohamad Izham Mohlis berkata, ketika berpuasa, tenaga yang digunakan dalam aktiviti kecergasan tidak datang daripada makanan, sebaliknya dari lemak sedia ada.

"Inilah yang menjadi kelebihan bersenam ketika berpuasa. Dengan senaman ringkas saja, banyak kalori atau lemak boleh dibakar.

"Namun senaman tidak harus dilakukan berlebihan kerana dikhuatiri membuatkan badan letih melampau. Paling penting, pastikan anda bersahur dengan mengambil makanan karbohidrat secukupnya jika bercadang bersenam," katanya kepada XY - Fizikal.

Mohamad Izham berkata, waktu yang sesuai untuk bersenam adalah 30 minit hingga 40 minit sebelum masuk waktu berbuka atau selepas solat tarawih.

Bagi minggu pertama berpuasa, XY Fizikal memaparkan teknik senaman yang sesuai bagi fasa permulaan puasa. Senaman ini memerlukan anda menggunakan treadmill yang dilaraskan pada fungsi hill walk.

Langkah

1. Naik ke atas treadmill dan pilih fungsi hill walk. Tentukan kadar denyutan jantung maksimum (maximum heart rate-MHR) pada mesin berkenaan mencapai 60 peratus.

Mulakan dengan sesi pemanasan badan dengan berjalan selama dua hingga lima minit.

2. Selepas pemanasan badan, tingkatkan tahap kepayahan senaman ini dengan menentukan MHR pada kadar 70 peratus. Berjalan di atas treadmill selama 30 hingga 35 minit.

3. Akhir sekali, tentukan MHR pada kadar 60 peratus dan berjalan selama satu hingga dua minit untuk menyejukkan badan.

Sumber : BHarian

psssttt, thanx to kak surya coz email ika artikel ni utk share ngan readers Diari XXL..setakat ni, sy lum lagi ade kekuatan utk bersenam dlm bulan puase ni laa..huhu..nak try esok insyaALLAH..HAHAHA...~ika

Saturday, September 5, 2009

Khasiat Buah Tembikai



Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai
jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali
sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga
memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem
tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau
menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat
kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan
penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.
Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan
pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan
pengaliran darah.

Wednesday, September 2, 2009

Kalori Seimbang Penentu Berat Badan

Mengikut kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah. Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisma saja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.

Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan. Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.

Faktor Mempengaruhi Keperluan Kalori Anda
Saiz tubuh dan komposisinya
Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

Usia
Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

Jantina
Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Disebabkan itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Tip Kurangkan Kalori
Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.

Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.

Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.

Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada kesihatan.

Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini


Sumber Maklumat: Berita Minggu

Tuesday, September 1, 2009

Cara-cara Membantutkan Pertambahan Kalori

Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan? Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program diet?

Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh anda praktikkan.

1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam setiap kali anda teringat atau teringin untuk mmengudap snek.

2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.

3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun.

4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos Tobasco yg nyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).

5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi menghindarkan anda cenderung mengunyah makanan. Kajian yg dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras metabolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.

6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan belanja yg keterlaluan.

7) Tahukah anda kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABCs iaitu dgn menjauhkan alkohol, bread (roti putih) dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)

dirol.gif Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau dalam bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda dan tidur awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.

9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tubuh anda tenaga setelah menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak makan yg keterlaluan pd waktu tengahari.

10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika anda terasa anda teringin mengunyah makanan.

11) Sentiasa mendengar muzik yg memberikan ketenangan pada jiwa anda. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yg menenangkan jiwa mengurangkan mood untuk makan berlebihan.

12) Kajian yg dijalankan oleh University of Switzerland menyatakan minuman teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Dianjurkan 3 cawan sehari.

13) Perhatikan apa yg anda makan. Ketepikan semua jenis makanan tatkala anda menonton TV atau membuat actvt santai yg lain.

14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda mencai sumber makanan. Tapi ingat jgn berjalan di kompleks membeli belah, kerana di situ terdapat banyak kedai makan yg menduga 'puasa' anda.

15) Bila anda ke kompleks membeli belah, pesanlah salad, yogurt atau air kacang soya yg membuatkan anda berasa kenyang.

Sumber : JomLayan
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.