JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, January 28, 2009

Kutukan

sy terpana sebentar apabila melihat shoutout seorang drp shbt sy di facebook...kata-kata shoutoutnye adalah seperti dibwh..sila klik gambar berkenaan utk bacaan yg lebih jelas dan terang...



(terima kasih buat faiz yg sudi memberi kebenaran)

hmm..zulfaiz ni adalah teman sekolej..dia merupekan batch sy...dan insyaALLAH, kami akan same2 konvo pd bulan 8 ni...kami bukan coursemate...beliau merupakan student undang2 dan sy ni student sains sahaja...hehe...

tak dpt dinafikan, mmg terdpt perubahan pd tubuh badan dia...die dah put on weight..nampak tembam dan agak berubah berbanding mase first year dlu..kami skrg dah 4th year...mase 1st n 2nd year dlu, mmg slalu jumpe die..exspecially mase 3rd year, kami ade "projek" bersame(kenangan!!hahaha..)...sejak sy duduk rumah dan tidak lagi menginap di kolej, sy mmg dah tak jumpe die langsung..batang hidung pon dah tak nampak dah...sedey2..rindu pon ade..hehe...

so, juz melalui friendster n facebook jelaa sy dpt melihat gmbr2 terkini beliau..mmg nmpak perubahan ketara, dan sy agak terkejut..

sbenarnye, sy bukan nak precise on isu die dah put on weight...cume sy nak highlight statement beliau yg mengatekan beliau dikutuk..padahal bg sy, beliau tidaklah segemuk mane, cume dah nampak berisi sikit...

well, badan dah berisi sikit je dah menerima pelbagai kutukan, apelagi sy yg sejak sekolah ni mmg gemuk??

then, another problem is discrimination...

these is normal for the fat buddies!!

kite tak leh elak...

kite tak leh ubah their perception on us..

we cant stop them...

ape yg bleh kite wat??
KITE MESTI UBAH DIRI KITE!!

p/s : x sempat nak menemubual beliau bagaimana atau dgn cara ape beliau menerima kutukan..one day ill get his story n insyaALLAH akan sy post..tu pon kalu beliau tak keberatan to share wif us...

Kenduri

aduhh...sedih sungguh...dalam seminggu dah 2 kali makan besar!!adoihh..haha..mmg tak leh nak elak...

2-2 tuu sebab ade kenduri...satu di Melaka pd hari ahad lepas, rumah mak ngah sy dia wat house-warming...and lg satu ialah pada petang td, di Senawang, N9, rumah pak lang sy wat kenduri selamat utk anak beliau yg akan fly ke UK utk sambung pengajian penghujung bulan ni...

dua-dua buah rumah mempunyai menu yg same iaitu nasi minyak (sort of nasi briyani tp x berempah) dan lauk2nye seperti biase ; ayam masak merah, arca, daging kurma....dan pelbagai jenis kuih-muih (org melaka kaya dgn kuih tradisional nye) juga tidak dilupakan pencuci mulut ; bubur kacang n bubur pulut hitam (respectively)...

dan juga utk 2 hari dlm mase sminggu sy skip dr pergi ke gym...haish...ape nak jadi ni??

makanan kat kenduri ni mmg tak leh elak laa...dah lame tak pekene nasi, ape lg nasi minyak??hahaha...dah ade depan mata, ape lg belasah jelaa...tp alhmdulillah, sy bleh kurangkan sikit jumlah pengambilan nasi...sy amik lauk je byk...

dah kat kenduri, takkan lah kite still nak elak makan nasi lg kan...malu org tgk pon ade terase jugak...tp sy dpt cover laa nasi yg sikit tuuu ngan lauk2 yg byk..so, nmpak mcm kite amik nasi byk...

bukan ape, public ni kalu tahu kite tgh diet, lagi mahu diperlinyee kite..bukannye nak bagi semangat...betul x??

sepatutnye kita kene sabar n pedulikan ape yg org nak kata...

Saturday, January 24, 2009

Panduan Makanan dan Pembakaran Kalori


Click image for large view...
Bukan susah nak makan sedap..
Bukan senang nak bersenam..
hahahaha...

Kesan Kegemukan Secara Fisiologi


Click image for larger view..

Friday, January 23, 2009

Atkins Diet

Ini adalah summary or review berkenaan dgn Atkins Diet...

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

For more info, KLIK DISINI

Target

sy baru je dapat info dan dah pon post info tersebut bahawa...


8000 kalori = 1 kg lemak


dgn info ni, sy terfikir pula mahu set goal bg setiap minggu..hehe..before this, sy seperti balun je ape yg sy mampu n cume set goal pada jangka mase yg panjang iaitu ingin mencapai berat badan yg ideal iaitu 60kg...


berdasarkan mesin crossramp, setiap sejam sy work out akan membakar sebanyak 400 kalori...utk trademill pula dlm mase 10minit boleh membakar sebanyak 50 kalori...jadi bg setiap sesi di gym, sy akan work out dgn trademill sbyk 2 kali, jadi 100 kalori akan terbakar...


jadi kesimpulan nya,


Trademill warm up : 10 minit = 50 kalori


Crossramp : 60 minit = 400 kalori


Trademill penutupan : 10 minit = 50 kalori


Jumlah kalori = 500 kalori


500 kalori akan di bakar bg satu sesi sy di gym...


sy target akan ke gym setiap hari...insyaALLAH bermula hari isnin depan...


500 kalori X 7 hari = 3500 kalori


3500 kalori akan dibakar pada satu minggu...


3500 kalori X 4 minggu = 14, 000 kalori


Jadi, dlm masa sebulan, 14,000 kalori akan dibakar...


Ini bermakna...


8000 kalori = 1 kg lemak


14, 000 kalori = 1.75 kg lemak


1.75 kg lemak akan terhapus dalam masa sebulan!!


dan ini hanya melibatkan kalori yg terbakar semasa sesi di gym sahaja...
belum lagi include aktiviti2 yg lain...


kalau pemakanan kita tidak terlebih dari 1200 sehari, for sure lah 14,000 kalori akan terbuang...


Maka dengan ini target sy ialah


2 kg dalam masa sebulan!!


anda pula bagaimana??
cuba buat calculation kalori seperti yg sy buat di atas utk set target..


utk mengetahui berapa kalori terbakar dalam sesuatu aktiviti, anda boleh klik disini...

Thursday, January 22, 2009

Aktiviti di Gym

Before start work out, sy wat stretch out...lari setempat and longgar2 otot tangan, kaki n pinggang...hehe..




lepas dah stretch out, sy terus naik ke trademill and set 10 minit utk warm up...speed sy skrg ni baru 4.7...speed ni leh increase ikut kemampuan kite..dulu mase sy mule2 masuk gym, 4.3 pon sy dah mengah..skrg ni alhamdulillah...incline sy set 3.0..incline ni mcm darjah ketinggian naik bukit laaa...makin tinggi incline, makin berpeluh sbb seolah2 jog naik bukit...setting ni depends on kemampuan kite...jgn pakse diri kite, takut injured...

mcm sy ni, sy x larat nak terus berlari atas trademill..sy amik mase dlm 2 minit utk berjalan dgn pantas, kmudian baru sy start berlari...kemudian, amik mase 2 minit juga utk cool down...cool down ni dia akan decrease speed sampai 0.0..

lepas tu, sy work out on muscle kaki and tangan...gune alat2 kat gym tu laa...sy berusaha cari gambar, tp xde laa plak..maybe sy tak tahu name spesifik alat2 tuu...



kemudian, sy continue dgn mesin crossramp...kat atas ni laa alat crossramp...dlm sejam sy work out...mule2 mmg agak payah laa nak work out smpai sejam...mule2 masuk gim dulu, trainer bg timing 10 minit je atas crossramp sbb mase tuu tak fit lg...mase atas cross ramp ni sy increase kan day by day...mule2 10 min, astu 20min, continue 45mins and now alhamdulillah sy leh tahan till one hour...in 1 hour, crossramp leh bakar sbyk 400 kalori...
selesai sejam atas crossramp, sy ulang balik work out dgn muscle..
and sebagai penutup, naik trademill balik for 10 mins...
inilah sedikit sbyk ape yg bleh sy kongsi berkenaan dgn rutin sy di pusat gimnasium...kat sane juga ade dianjurkan kelas, tetapi sy x mampu lg menyertainye...badan sy masih besar, so, mmg susah sikit laa nak join exspecially kelas tarian...

Friday, January 16, 2009

Punca Kegemukan

Pada umumnya keupayaan tubuh wanita membakar kalori adalah 1,200 sehari manakala lelaki 1,800 sehari ketika rehat...




Jika dalam sehari, kita terlebih mengambil 300 kalori, maka dalam masa sebulan jumlahnya menjadi 9,000 kalori...




Bagi setiap 8,000 kalori yang tidak digunakan, ia akan tersimpan menjadi 1 kg lemak...




Maknanya setiap bulan akan ada penambahan berat dalam lemak sebanyak 1 kg!!



Breeze walking membakar lemak sebanyak 300 dlm mase sejam, not bad...cycling plak more than 400...kite leh try to use other option besides breeze walking and joging..ikut kemampuan, keselesaan and kesukaan kite...

Well rakan-rakan seperjuangan sekalian, this shows that we have to work hard!!I think what ive done now is not enough to get the rapid result...Wateva it is, jangan cepat berputus asa..Chaiyok!!Musnahkan lemax..hehe..

Tumpu Akademik Punca Obesiti


Klik image di atas for larger view...


Its true...ape2 pun, gaya hidup yg sihat ni haruslah bermula sejak dr kecil lagi..ibu bapa yg patut memulakannye...supaya kite use to it and jadikan sesuatu yg menjadi kebiasaan dlm hidup kite...kalu tak, masakan kite harus bersusah-payah dan memaksa diri seperti skrg ni kan..hehehe...tak leh nak blame ibu bapa kite juge..mereka sayangkan kite sehingga terlalu dan mengharapkan sejuta kejayaan dr kite dlm bidang akademik utk membanggakan mereka...thats why kite ni well-fed...haha...
^_^

Progression 1




Alhamdulillah..
Baru timbang semalam..
2 kilo reduce..
Syukur...
Sy lagi bersemangat ni nak turun lg byk..hehe..

hmm, ckp psl timbang ni, kalu leh tak yah la timbang tiap2 hari...
timbanglaa seminggu skali ke, atau sebulan sekali..

sebelum kite timbang berat, mesti kite mengharapkan yg berat kite akan reduce..so, bile kite timbang tiap2 hari, ditakuti diri kite akan kecewa sbb tgk jarum penimbang tu tak turun2...kekecewaan ni leh menyebabkan kite down, and wat kite cepat berputus asa...

another thing utk dikongsi...
andai kate ni 1st time anda berusaha utk menurunkan berat badan anda..anda dah berusaha selama katekan 2 minggu..kemudian anda timbang berat anda dan anda dapati berat anda tidak turun and masih berada dlm berat yg asal, anda janganlah bimbang....sebab ni proses normal..sebenarnye, badan kite di "tone" kan dan di shaping kan terlebih dahulu...lemak ditukarkan jadi muscle terlebih dahulu...thats y berat tak reduce bile anda timbang...ini ialah pengetahuan am sy..kalu ade silap, harap diperbetulkan yee...

untuk menyenangkan kite, belilah satu alat penimbang letak kat rumah..bile nak timbang berat badan, janganlah tengok scale nye sendiri..minta tolong kat sesape utk tengokkan...mase naik kat penimbang tu badan mesti tegak, tak leh bongkok.bile badan bongkok, secara fiziknye akan menambah tekanan ke atas penimbang, jadi skala akan jadi tidak accurate...

Penulis dan Senaman

Maaflah, dah lame tak bloging..agak sibuk dgn urusan duniawi..hehe..


ok, berbalik dgn topik...buat mase ni, sy baru je menjadi ahli di sebuah pusat gimnasium..jadi, sy memaksimumkan segala penggunaan alat dan mesin yg ade disitu...


sebelum ni, aktiviti senaman sy hanye bertumpu dengan joging sahaje...before jog, panaskan badan dgn wat stretch out dlu, astu jog kat taman ikut kemampuan...kalu sy larat, 3 kali sy pusing taman...kalu tak larat, memadai dgn satu pusingan sahaje...asalkan keluar peluh, itu dah memadai...lepas jog, stretch in badan balik...utk kurangkan kesengalan badan..hehe...


bagi sy lah kan, kalu nak kuruskan badan, tak memadai dgn kawal makan jer...senaman pon sgt penting and seryesly kalu istiqmah tiap2 hari, mmg cepat turun berat badan...

sy sgt memahami jikalau ade dikalangan anda yg malu utk ke taman dan beriadah...perasaan tuu seharusnya kene buang...sy dulu pun slalu mengelak utk jog sbb sy rase malu...kalu sy pi jog pon, sy akan jog awal2 pagi pade hari bekerje sahaja...sebabnye ialah pada waktu itu tiada org yg akan ke taman utk beriadah...situasi tiada org di taman riadah pada waktu awal pagi hanya ada di kawasan kampus sahaja, harap maklum...hahaha..biasalaah, student2 ni mane larat nak bangun pagi sbb malam sebelumnye stay up utk bljr kononnye...takpun, pagi tuu ade kelas, so tak larat nak berjoging sblum kelas...


buat mereka yg jadi ahli gym ataupon mane2 yg duduk condo atau apartment yg ade kemudahan gym, gunakanlah peluang itu sepenuh2nye....kalu anda tak tahu nak menggunakan alat2 gym, sy rase, anda bleh google dlm internet ni utk mencari kaedah penggunaan serta mcmane cara ia berfungsi pada tubuh badan kite...nanti sy akan try carik info penggunaan alat2 gym utk anda, insyaALLAH...


selain malu, sy rase ade satu lg sebab utk anda mengelak...mungkin anda merasekan diri anda tidak larat utk bersenam..pesanan sy lah kan, kalu anda rase anda tak larat, sbenarnye ade satu cara utk anda bersenam sambil relax, iaitu cara breeze walk, maknenye anda berjalan sahaja seperti anda bersiar2...cara ini pun leh membakar lemak...jgn expect dgn berlari sahaja yg bleh membakar lemak...takpun, anda bleh berjalan dgn cepat...tapi pusingan utk anda berjalan tuu jangan lah satu pusingan sahaja atau 100meter sahaja, gandakan lah jaraknye..motifnye, supaya anda berpeluh...


tiap2 hari anda wat breeze walk, and lebih kurang dlm sebulan selepas itu, percayalah, anda bleh start berjoging dgn jayanye...dan dlm 3 bulan, anda mungkin dah bleh berlari...percayalah ckp sy!!


InsyaALLAH..


ade usaha, kejayaan itu tak ke mane...

Monday, January 12, 2009

Salam alaik semua...
Buat mase ni, mase sy terhad utk bloging...
Byk perancangan mase depan yg perlu sy buat..
Lagipun, kelas dah pun bermula...
Sy tinggal 4 bulan sahaja lagi utk menamatkan pengajian...
doakan sy...
ape2pun, focus nak kuruskan badan insyaALLAH tak kan lari..
cume aktiviti membloging sahaje..hehe...
diharapkan anda juga istiqamah dgn usaha anda...
insyaALLAH...

Tuesday, January 6, 2009

Penulis dan Pemakanan

Alhamdulillah..sy dah dpt time yg sesuai utk sy bloging..hehe..tau x bile?hmm, smestinye di awal pagi yg hening..motifnye adalah mengelakkan sy dr tdo balik lepas solat subuh..anda bgmane?ermm, sbnrnye sy terpana dgn kata2 shbt sy iaitu Sheila..die x bg org tersyg die tdo lepas subuh..haha..sy tahu x elok..tp almaklumlaah cuti pjg, jujur sy katekan bahawa sy mmg agak jrg laa berjage lepas solat subuh..kalu dlu time blaja, leh laa study skit2 lepas subuh tuu..atau borak2 ngan rumet yg tercinta (nik dlm kenangan..), tp ni kat rumah, adik2 terbongkang balik, kakak die pon terbongkang same…heh heh heh..(terime kasih Sheila for ur indirect reminder)…

Well, ade eh yg rindu sy dah lame tak bloging?hehe..sy tgk hits blog alhmdulillah dah lebih 50 org yg dtg menziarah..syukran ana ucpkan..hehe..rsenye sy takdelaaa mempublisitikan beria blog ni..cukup hanye inform pade shbt handai yg terdekat…papepun,, terime kaseh atas sokongan anda semua…


Oklaaa…sebelum kte go on ngan part yg lebih seryes, maksud sy review sy on artikel2 yg sy dah bace kat internet and newspaper and also infos from all the macho men yg sy sayangi amat2 at my gym (konon!), sy akan beritahu anda laa ape usaha sy setakat ni…kalu anda nak cuba ikut, dipersilakanlah..tapi kalu ade sebarang masalah kesihatan pd diri anda apabila mengikut ape yg sy buat, awal2 sy katekan sy xkan bertanggungjawab atas sebarang masalah yg timbul..sbb sy sndiri x tahu pd tahap mane kesihatan anda..sy bukan doctor, sy bukan dietician, sy bukan personal trainer, sy bukan perunding pelangsing badan, sy cume seorang perempuan yg nak kurus…heh heh heh…


Sebelum tu, sy nak nyatakan bhw berat sy 120kg tu adalah ditimbang pada 1 Muharam..bape haribulan ek??carik sendirilaa…hahaha..sebulan sebelum 1 Muharam, berat sy 122.5kg…dlm lingkungan 2.5 kg alhamdulillah turun dlm mase sebulan..Jadi, sy nak ingatkan kpd anda…penurunan berat yg mendadak dlm mase sebulan adalah tidak normal..lagipun, akan mengundang risiko…setahu sy, risiko nye adalah bile tak maintain penurunan mendadak tuu, berat akan terus naik 2 kali ganda…contoh yg terdekat pernah sy alami sndiri setahun yg lalu…ni nanti sy cite next post..haha..dan sy akan try search secara saintifiknya bagaimane hal ni bleh berlaku…yg penting, jgn obsess sgt nak turun 5kg dlm sminggu…itu menempah maut namenye..huhu…jangan ehh…

Baiklah…firstly, sy start ngan cara sy makan…secondly ialah senaman…and thirdly ialah aktiviti harian…

Pemakanan

First two weeks start dieting…
Hmm, ni mmg laa tak leh elak..nak tak nak makan mmg kene jage…utk breakfast, almaklumlah cuti2 ni kan, sy jarang amik breakfast..slalunye lunch terus…sbb mak sy die pon cuti gak (cekgu), so die masak lunch awal..skip breakfast ni sbnrnye amalan yg tak elok…nanti kite tengok kenape…For lunch, sy makan nasi berlauk as usual, cume pengambilan nasi tuu sy kurangkan jadi setengah senduk..astu, for dinner sy tak makan nasi..sy belasah lauk yg mak sy makan cecah ngan roti sekeping...bleh tahan kenyang laa gak…time dinner plak mak sy suke masak lambat…after magrib baru die start masak dinner…so, petua dinner kne makan at 7.00pm and stop at 8.00pm, mmg sy tak leh nak ikut…sbb kne ikut rentak mak sy…hehe…

Jujur laa sy kate, mak sy kalu masak mmg smua lauknye berminyak n bercili…mane laa sy tak gemuk…even sayur pon, mesti sayur goreng atau sup sayur ade minyak utk tumis bwg…buah plak slalunye mangga laa kalu musim mangga sbb depan rumah ade pokok mangga..hehe..besides, buah yg dibeli slalunye tembikai, epal, pear cina dan juge pisang…

After 2 weeks…
Selepas itu, barulaah sy nak berdiet bersungguh2…dah x ala kadar mcm sbelumnye….sampai skrg ni, sy dah stop 100% pengambilan nasi…sy juge stop makan lauk-pauk yg mak sy masak…ape yg sy makan??jeng jeng jeeeenggg…hehe…
Utk breakfast, slalunye sy akan makan telur masak mentah 2 biji dibuang kuningnyee…kadang2 lak sy makan oats campur ngan susu bancuh tepung (anelene)…tukar2 laa ikut selera sy pagi tuu..kadang2 amik roti sapu mentega olive tanpa kolestrol…dan minuman sy tukar2 kopi dan susu anelene…astuu, kalu tak kenyang lagi, sy belasah pisang…hehe…my feveret wooo….


Utk tengahari, sy dah mule masak utk diri sy sendiri…setakat ni tiap2 hari sy buat bubur oats…kdg2 sy campur ayam (dibuang kulits) atau daging (dibuang lemaks) atau sayur atau kentang (dikupas kulit) rebus (maksudnye letak air sikit) dgn oats…letak garam secukup rase…tadaaaaa..siaplaaa…kalu sy teringin nak pedas, sy tumbuk cili api belakang rumah…ngeh3…jgn risau, nanti sy akan cari resepi diet yg sodap2 and sy post utk anda k…

Utk pengetahuan anda, sy ni tak suke oats sbenarnye…bile masuk tekak jer, rase mual and nak muntah balik…tapi sy terpakse sukakannyeee..so, sesuke hati sylaa nak tambah ape2 yg sy rase sy leh telan….sy penah blend mangga + susu + oats jadikan minuman…mmg kenyang sesuai utk dinner..cubalahh…oats tuu sy sesuaikan dgn tekak sy…anda sesuaikan dgn tekak anda yeee…(adakah ini menyebabkan salah satu punca sy kene tonsil???WAKAKA!!)

Utk org yg severe obes mcm sy ni, pengambilan oats adalah amat2 penting dan perlu…utk serap kolestrol dan dibuang dr tubuh…oleh itu, sy gantikan nasi dgn oats utk pemakanan sy sehingga hari ini…dlm 2 bulan lagi, sy akan check kadar kolestrol dan compare ngan kadar yg sy dah buat 5 bulan yg lalu…utk check kolestrol, darah diperlukan dan ade mesin yg canggih akan detect kadar kolestrol dlm tubuh anda..2 jenis kolestrol yg ade, nanti kite belajar…hehe..penting ni…

Dinner sy tak makan langsung…cume amik susu segelas…kalu sy rase sy lapar, susu sy bancuh 2 gelas…hahaha…

Tapi sy tak menyeksa diri sy tetiap hari wat menu seperti di atas, selepas 6 hari, hari yg ketujuh sy tibai jer ape yg sy rase nak makan…tp seryes sy ckp kan, hari yg ketujuh tuuu anda pasti ade perasaan nak makan banyak2 n makan puas2..percayelah ckp sy, hari yg ketujuh tuu, tak byk makanan leh masuk dlm perut anda…bygkan haritu sy belasah KFC, seketul ayam je sy leh telan, nak masuk ketul yg kedua, sy dah rase penuh sgt perut sy and rase sperti ingin muntah (symptom terlebih makan)….biasenye 2 ketul licin habes sy makan…

Selain makan2 ni, sy banyakkan minum air… ^_~

Kalu anda kuat lawan diri anda utk displinkan diri anda, insyaALLAH, tiada halangan...

Hmm, post ni sy stop smpai sy dan pemakanan jelaaa...kalu ade ape2 komen, alkesah ke, dgr cite burung kakak tua ke, ape2 jelaaa, tolonglaaa tulis di ruangan respon...ni tidak, bercerita kat ym laa, call laa, sms laaa..byk sy dpt ucapan tahniah tp tak tercatat pon, blog ni mcm tak meriah and takde org jerrr…hit blog leh tahan tinggi gak…pe cer nii???sila lah type kat bhg respon tuuu...org lain pon nak dgr anda membebel jugeee...ni nak marah ni…kuang3...disamping itu, silalah letak name samaran kalu kowt ye malu pon...tidak digalakkan letak "anonymous", sy agak pantang sbb sy tak kenal readers blog sy..mekacehh..kalu nak borak2, jomlaaa masuk network Gadis XXL...jgn malu yeee...sy tak malu, mengape anda perlu malu???sebab anda gemuk??sy pon gemuk…heee heee heee…
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.